Slider

Petikan

Dari Datuk Bandar
"No one should be left behind. MBSP mewujudkan portal eKatalog dan eBazar Ramadan untuk membantu rakyat Seberang Perai pada bulan Ramadan."

Portal eBazar Ramadan

 

Portal ini dibangunkan untuk membantu pengunjung bagi mendapatkan perkhidmatan carian juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan ini.

Portal ini menyenaraikan laman web yang dapat membantu pengunjung untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Bagi pihak yang berminat untuk menyenaraikan laman web di dalam portal ini diminta untuk membuat permohonan secara atas talian (online) melalui Borang Permohonan.

Terdapat beberapa jenis jaringan web, sosial media dan aplikasi messenger, iaitu :

  •   Perkhidmatan penghantaran makan
  •   Laman web
  •   Facebook
  •   WhatsApp

Manakala, pengunjung pula boleh mendapatkan maklumat juadah melalui eKatalog yang menyenaraikan semua laman web mengikut pilihan masing - masing.

MBSP kini dalam usaha untuk mengerakkan kempen kebersihan pembungkusan makanan dan norma baru pembelian makanan dalam talian. Dalam menjamin kualiti makanan dan kebersihan makanan digalakkan penggunaan pembungkusan dengan penggunaan pelekat keselamatan dalam usaha untuk memberi keyakinan kepada pembeli . Di bawah adalah contoh pembungkusan yang boleh digunapakai. 

Adalah dimaklumankan bahawa MBSP tidak bertanggungjawab di atas sebarang transaksi yang diuruskan oleh laman web atau individu yang disenaraikan di Portal eBazar MBSP ini.  

Sekian, terima kasih.

Resolusi

Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi jika menggunakan portal eBazar Ramadan :


Sokongan

Memberikan sokongan kepada peniaga atau penjaja untuk memaparkan juadah berbuka puasa.

Kemudahan

Memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa.

Mudah

Memudahkan orang ramai untuk memilih juadah yang diingini.

Pantas

Peniaga atau penjaja boleh mendaftar laman web masing - masing dengan lebih pantas.