Tatacara Pendaftaran Peniaga

Berikut adalah Panduan Pengisian Maklumat Peniaga di dalam portal eBazar MBSP.

Tatacara mengisi borang berkenaan adalah seperti berikut :

 

  1.   Pilih Pendaftaran Peniaga.
  2.   Pilih Borang Pendaftaran.
  3.   Pilih borang mengikut Kategori pada menu drop down, iaitu :
    1.   Penjual Juadah Ramadan.
    2.   Penjual Barangan Ramadan.
    3.   Syarikat Perkhidmatan Penghantaran.
  4.   Tekan butang Next untuk ke borang berkenaan.
  5.   Terdapat dua (2) bahagian di dalam borang tersebut, iaitu :
    1.   Bahagian A : User Details yang terdiri daripada :
      •   Nama.
      •   Email.
      •   Sila masukkan Nama dalam satu perkataan saja dan Email. Ini bagi membolehkan anda dihubungi sekiranya ada perubahan di masa hadapan.
    2.   Bahagian B : Entry Details adalah untuk maklumat perniagaan :
      •   Pengisian maklumat adalah mengikut borang yang perlu diisi.
      •   Bagi membolehkan ianya dipamerkan pemohon hendaklah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
      •   Bagi Penjual Juadah Ramadan, syarat suntikan Typhoid perlu dikemukakan.
  6.   Setelah semua maklumat diisi, perlu tandakan pada bahagian Pengesahan Maklumat. Ini bagi memastikan peniaga memasukkan maklumat yang betul
      di dalam portal berkenaan sebelum ianya dipamerkan.
  7.   Penggunaan Catcha adalah diaktifkan bagi memastikan pengisian dibuat oleh individu dan bukannya komputer. Pengguna diminta untuk memasukkan
      Katakunci seperti yang ditunjukkan di gambar di atasnya.
  8.   Klik butang Hantar.

 

  •   Maklumat ini akan di semak oleh Pentadbir sebelum ianya dibenarkan untuk dipamerkan di ruangan pengiklanan.