A)        OBJEKTIF           

Mewujudkan penyeragaman tindakan jabatan - jabatan dalam penguatkuasaan Binaan Tanpa Kebenaran.

 

 B)        SKOP  

Tindakan terhadap binaan tanpa kebenaran termasuklah apa - apa tambahan  terhadap binaan yang sedia ada atau binaan baru seluruh Seberang Perai mengikut undang - undang yang digunakan dibawah Majlis Bandaraya Seberang Perai.

  

C)        PERATURAN PENTADBIRAN 

i.    Pengesanan kes boleh diterima dari rondaan biasa dan aduan samada bertulis atau tidak.

ii.   Setiap aduan hendaklah dilakukan siasatan tapak oleh individu yang berkelayakan secara terperinci dan maklumat laporan mestilah lengkap.

iii.   Maklumat Siasatan boleh diterima untuk tindakan penguatkuasaan melalui panggilan telefon atau Mesej Pesanan Ringkas (SMS) dan disusuli dengan surat bertulis.

iv.   Bagi kes yang mempunyai aduan, maklumbalas hendaklah diberi dalam tempoh 3 hari bagi Jabatan Kemasyarakatan dan 24 jam bagi Bahagian Pembangunan Korporat.

 D)        TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TEMPOH

JPB, JK, DP,JB , JUU

1

Rondaan ditapak

i.                    Seperti jadual jabatan masing - masing

ii.                   Bagi skim perumahan yang baru diluluskan CCC, Rondaan secara bersama akan dilakukan oleh Jabatan Bangunan dan Direktorat Penguatkuasaan mengikut perancangan bersama.

-

JKM, BPK, JPP,JP, JK, JB, JPB, COB, DP, JUU

2

Penerimaan Aduan dari pelbagai sumber

i.                    Pegawai aduan jabatan hendaklah mendaftarkan aduan ke dalam Sistem Aduan MBSP

-

JB, JPB

3

Siasatan Binaan Tanpa Kebenaran

i.                     Rumah Kediaman

ii.                   Premis Perniagaan (Rumah Kedai)

iii.                  Perumahan Strata

iv.                 Menara Telekomunikasi

v.                  Rumah Ibadat Bukan Islam

- Kes akan dirujuk kepada Jawatankuasa RIBI jika perlu.

 

vi.                 Premis Burung Walit

vii.               Kilang / Bangsal Terbuka

 

viii.              Premis diatas Tanah Kerajaan

- Kes akan dirujuk kepada Pejabat Tanah dan Daerah jika perlu

 

Setiap binaan baru dan binaan tambahan / pindaan disyaratkan oleh Jab Bangunan untuk mempamerkan pelekat kelulusan di tempat yang senang dilihat. Sekiranya tidak kelihatan, notis akan dikeluarkan serta - merta. 

 

Selewatnya 1 hari dari tarikh aduan

JB, DP

4

Serahan Notis bagi kesalahan :

i.                   Binaan Tanpa Kebenaran dibawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Hari yang sama  dengan Siasatan Tapak

JPB

ii.                 Binaan Tanpa Kebenaran Merancang dibawah Akta Perancangan Bandar dan Desa  1976

Hari yang sama  dengan Siasatan Tapak

JB, DP

iii.                Halangan di tempat awam

-                     sisa - sisa binaan di tempat awam

Hari yang sama  dengan Siasatan Tapak

JP

iv.               Binaan didalam kawasan pasar awam atau bazar milik Majlis

Hari yang sama  dengan Siasatan Tapak

JK

v.                Binaan yang menghalang laluan sesuatu jalan

Hari yang sama  dengan Siasatan Tapak

JPP

vi.               Binaan Slab penutup parit atau longkang

Hari yang sama  dengan Siasatan Tapak

JB,JK, DP

vii.             Kacau ganggu

Hari yang sama  dengan Siasatan Tapak

JB, JPB, JP,  JPP, JK

5

Setiap jabatan berkaitan dikehendaki mengemukakan maklumat seperti berikut ke Direktorat Penguatkuasaan.

i.                    Nama pemunya atau wakil

ii.                  Tarikh dan masa

iii.                 Pelan Lakar lokasi premis

iv.                Keterangan kesalahan

v.                 Kategori Binaan

vi.                Gambar premis dari sudut - sudut berbeza

vii.              Lain - lain maklumat berkaitan

Hari yang sama  dengan Siasatan Tapak

DP

6

Pemantauan di tapak

i.                    Jika premis masih engkar notis, keluarkan notis pemberitahuan kuasa memasuki premis

 1 Hari selepas  siasatan tapak

DP,JB,JPB

7

Tindakan Meruntuh

(Ikut prosedur meruntuh sedia ada)

1 Hari selepas Pemantauan tapak

JPB, JB

8

Pembentangan di Task Force Binaan Tanpa Kebenaran (untuk bangunan telah siap dibina).

Jab Bangunan & Perancang Bandar akan bentang dalam Task Force

Selewatnya 30 hari dari tarikh aduan

JUU, JPB,JB, DP

9

Pelaksanaan Keputusan

i.                    Meruntuh

ii.                  Kes Mahkamah

iii.                 Lain - lain

Maklumbalas tindakan mesyuarat task force

JKM, BPK, JPP,JP, JK, JB, JPB, COB, DP, JUU

10

Kemaskini Rekod

-

 

 

JUU        -                Jabatan Undang - Undang                                       JKM  -                Jabatan Kemasyarakatan

JPB        -                Jabatan Perancang Bandar                                      JK   -                Jabatan Kejuruteraan

JB           -                Jabatan Bangunan                                               JP    -                Jabatan Pelesenan

BPK        -                Bahagian Pembangunan Korporat                          COB  -                Pesuruhjaya Bangunan

JPP        -                Jabatan Perkhidmatan Perbandaran                        DP   -                Direktorat Penguatkuasaan

E)        CARTA ALIR

cartaalirdirektorat

SEKSYEN DAN AKTA BERKAITAN

Seksyen 70 (1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974

Notis mengenai bangunan baharu

70. (1) Tiada seorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.

Seksyen 72 (1)(b), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974

Meruntuh atau memindahkan bangunan yang tidak dibenarkan

72 (1)(b) meruntuhkan bangunan itu dalam masa yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tempatan;

 

Seksyen 120 (1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974

Menyampaikan notis

120. (1) Tiap - tiap notis, perintah, saman atau dokumen yang dikehendaki atau diberi kuasa oleh Akta ini atau oleh mana - mana undang - undang kecil yang dibuat di bawahnya untuk disampaikan kepada seseorang boleh disampaikan -

(a) dengan menyerahkannya kepada orang itu atau dengan menyerahkannya kepada seseorang anggota atau pekerja dewasa keluarganya di tempat tinggalnya yang akhir diketahui;

(b) dengan meninggalkannya di tempat tinggal atau tempat perniagaan orang itu yang biasa atau yang akhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau

(c) dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu sampul yang telah dijelaskan bayarannya dan yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggal atau tempat perniagaannya yang biasa atau akhir diketahui.