PROMOSI BAYAR CUKAI & MENANG CUKAI TAKSIRAN MBSP TAHUN 2021

Last updated on

cukai pintu 2021
 
Promosi Bayar Cukai & Menang : Cukai Taksiran MBSP Tahun 2021 akan bermula pada 1 Disember 2020 dan akan tamat pada 28 Februari 2021.
 

Kriteria yang telah ditetapkan bagi melayakkan pembayar cukai terpilih dalam cabutan bertuah ini adalah seperti berikut :-

(a) Promosi ini khusus kepada pembayaran cukai taksiran yang dibuat sepenuhnya melalui 'KIOSK, AGENSI KUTIPAN ATAU SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) SAHAJA'.

(b) Tidak layak bagi pembayaran di kaunter MBSP.

(c) Cukai taksiran setahun bagi tahun 2021 hendaklah dijelaskan sepenuhnya berserta tunggakan sekiranya jika ada.

(d) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Disember 2020 hingga 28 Februari 2021.

 
Bagi promosi cabutan bertuah tahun 2021 ini, MBSP telah menyediakan sebanyak empat puluh (40) hadiah yang amat lumayan bagi pembayaran melalui kiosk, agensi atau secara dalam talian (online) sahaja. Tiada hadiah disediakan untuk pembayaran dikaunter MBSP bagi promosi kali ini. Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi ICT yang telah disediakan kepada orang awam dalam membuat urusniaga pembayaran cukai taksiran secara online serta mengimplementasikan amalan kerja norma baharu ketika negara dilanda Covid - 19.
 
Hadiah - hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan seperti berikut :-
Kedudukan Hadiah
Jenis Hadiah
Tempat Pertama
Wang Tunai RM10,000
Tempat Ke - 2
Wang Tunai RM5,000
Tempat Ke - 3
Wang Tunai RM3,000
Tempat Ke - 4
Wang Tunai RM2,000
Tempat Ke - 5
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 6
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 7
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 8
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 9
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 10
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 11 hingga Ke - 40
Peralatan sukan / rekreasi, perkakasan teknologi maklumat / telekomunikasi serta peralatan rumah dan elektrik.
   
Sehubungan dengan itu, MBSP menyeru kepada semua pemilik premis agar segera membuat bayaran cukai taksiran tahun 2021 berserta tunggakan (jika ada), bagi melayakkan anda terpilih untuk menyertai cabutan bertuah.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 04 - 5497470 / 471 / 697 / 696 / 468 / 790 atau  emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
 
Senarai saluran bayaran secara dalam talian (online) serta agen - agen kutipan yang sah dilantik MBSP adalah seperti berikut :-
 
  •  Laman web MBSP : https://www.mbsp.gov.my.

  •  MBSPPay : https://www.mbsp.gov.my.

  •  Laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang : https://ebayar.penang.gov.my.

  •  Perbankan Internet :

  • a.
    Bank Islam Malaysia Berhad
    h.
    Alliance Bank (M) Berhad
    b.
    CIMB Bank Berhad
    i.
    Ambank (M) Berhad
    c.
    HSBC Bank (M) Berhad
    j.
    Agrobank
    d.
    Maybank
    k.
    Affin Bank Berhad
    e.
    MBF Cards Sdn Bhd (Ambank)
    l.
    Public Bank Berhad
    f.
    RHB Bank Berhad
    m.
    Bank Muamalat Malaysia Berhad
    g.
    Bank Simpanan Nasional
    n.
    JOMPAY

  •  Kiosk PayLink Global Seluruh Malaysia.

  •  eWallet BOOST Apps

  •  PBTPay KPKT

  •  Kaunter Majlis Bandaraya Pulau Pinang

  •  Kaunter Bank Rakyat

  •  Kaunter Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)

  •  Kaunter Pos Malaysia (seluruh Negeri Pulau Pinang Sahaja)