Let's Pay Assessment Bill 2023 And Win A Cash

Last updated on

cukai pintu 2023
 
Promosi “JOM BAYAR CUKAI TAKSIRAN MBSP 2023 & MENANG !!!” bagi bil cukai taksiran penggal 1/2023 akan bermula pada 1 Disember 2022 dan akan tamat pada 28 Februari 2023. Promosi ini diadakan sebagai insentif dan galakan berterusan kepada warga Seberang Perai supaya membayar cukai taksiran serta menjelaskan tunggakan dalam tempoh yang ditetapkan dengan menggunakan mana-mana platform saluran pembayaran secara dalam talian (online) atau melalui kiosk dan agensi kutipan yang telah dilantik oleh MBSP.
 

Syarat-syarat penyertaan bagi promosi kali ini adalah seperti berikut:-

(a) Cukai taksiran setahun 2023 hendaklah dijelaskan sepenuhnya berserta tunggakan jika ada melalui saluran dalam talian (online), kiosk atau agensi kutipan yang dilantik sahaja.

(b) Tidak layak bagi pembayaran di semua kaunter bayaran MBSP termasuk kaunter cawangan.

(c) Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Disember 2022 hingga 28 Februari 2023. .

 
Empat puluh (40) hadiah cabutan bertuah yang lumayan telah disediakan seperti berikut :
 
Hadiah - hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan seperti berikut :-
Kedudukan Hadiah
Jenis Hadiah
Tempat Pertama
Wang Tunai RM8,888
Tempat Ke - 2
Wang Tunai RM5,000
Tempat Ke - 3
Wang Tunai RM4,000
Tempat Ke - 4
Wang Tunai RM3,000
Tempat Ke - 5
Wang Tunai RM2,000
Tempat Ke-6 hingga Ke-40
Pelbagai Hadiah Menarik Yang Lain
   
Majlis cabutan pemenang yang bertuah akan ditentukan pada bulan Mac 2023 nanti.
 
Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat penyertaan, sila layari laman web https://www.mbsp.gov.my atau hubungi talian 04-5497470/ 471/ 697/ 696 atau emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
 
Berikut adalah senarai saluran pembayaran yang telah disediakan:-
 
  •  Aplikasi baharu MBSP iaitu ASPIRE Seberang Perai. Muat turun di Google Play Store, Apple App Store & Huawei AppGallery atau https://aspire.mbsp.gov.my.

  •  Laman web MBSP atau : https://mbsppay.mbsp.gov.my.

  •  Portal eBayar Penang: https://ebayar.penang.gov.my.

  •  Portal Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan: https://pbtpay.kpkt.gov.my.

  •  Perbankan Internet (12 saluran):

  • a.
    Bank Islam Malaysia Berhad
    g.
    Public Bank
    b.
    Maybank
    h.
    Bank Muamalat
    c.
    Ambank
    i.
    CIMB Bank
    d.
    RHB Bank
    j.
    HSBC
    e.
    BSN
    k.
    MBF Cards (Ambank)
    f.
    Affin Bank
    l.
    Jompay – Biller Code 5322

  •  Kiosk Payquik (PayLink Global) Seluruh Malaysia

  •  Aplikasi BOOST, Shopee & Touch n Go eWallet

  •  Semua kedai 7 Eleven seluruh Malaysia

  •  Pos Online: https://www.posonline.com.my.

  •  Senarai agensi kutipan kaunter yang sah dilantik MBSP adalah seperti berikut :

  •  (a) Kaunter Majlis Bandaraya Pulau Pinang
     (b) Kaunter Bank Rakyat
     (c) Kaunter Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
     (d) Kaunter Pos Malaysia (seluruh Negeri Pulau Pinang Sahaja)