Telco Towers

Peraturan / akta yang digunakan oleh MPSP untuk kuatkuasakan kepada syarikat dan menara atas tanah serta pemancar atas bangunan adalah seperti berikut :

  • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
  • Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986.
  • Prosedur dan Garispanduan Pembinaan Menara dan Struktur Pemancar Telekomunikasi Negeri Pulau Pinang yang disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 25 November 2009

Tiada bayaran permit yang dikenakan ke atas menara di atas tanah dan bangunan.  Walau bagaimanapun, MPSP mengenakan kadar fee proses Pelan Bangunan untuk menara di atas tanah dan bangunan mengikut kiraan seperti berikut:

  • Permohonan Baru : RM500.00.
  • Binaan Tanpa Kebenaran : Denda 10 kali ganda akan dikenakan daripada RM500.00.

Sekiranya  wujud menara yang beroperasi tanpa kelulusan, Jabatan Bangunan akan mengeluarkan laporan kepada Jabatan Direktorat Penguatkuasaan untuk tindakan meruntuh.  Seterusnya Direktorat Penguatkuasaan akan mengambil tindakan penguatkuasaan seperti meruntuh dan tindakan mahkamah

Jabatan-jabatan lain yang terlibat adalah seperti berikut:
       

  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  • Tenaga Nasional Berhad.
  • Jabatan Penerbangan Awam Malaysia / Tentera Udara Diraja Malaysia.