By - Laws : UUK Hotel (MPSP) 2017

Di bawah Undang - Undang Kecil Hotel, ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan - kesalahan di bawah Undang - Undang kecil ini.

Permohonan untuk mendapatkan lesen hotel boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

Pemilik hotel, pemilik rumah tumpangan biasa dan pemilik asrama perlu memohon lesen hotel.

Permohonan untuk mendapatkan lesen hotel akan dikenakan fi pentadbiran sebanyak RM50.00 dan fi lesen seperti berikut:-

i. Hotel:

a) Jumlah bilik kurang daripada 10 bilik, akan dikenakan fi lesen sebanyak RM500.00 setahun atau sebahagian daripadanya.

b) Tiap tambahan bilik akan dikenakan fi lesen sebanyak RM10.00 setahun atau sebahagian daripadanya.

ii. Rumah tumpangan biasa dan asrama:

a) Jumlah katil kurang daripada 10 katil, akan dikenakan fi lesen sebanyak RM250.00 setahun atau sebahagian daripadanya.

b) Tiap tambahan katil akan dikenakan fi lesen sebanyak RM10.00 setahun atau sebahagian daripadanya.

Bagi hotel yang bertaraf tiga (3) bintang dan ke bawah, kadar fi yang dikenakan adalah sebanyak RM2.00, manakala bagi hotel yang bertaraf empat (4) bintang dan ke atsa, kadar fi yang dikenakan adalah sebanyak RM3.00.