By - Laws : UUK Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (MPSP) 1990

Ya, terdapat Undang - Undang Kecil yang digubal oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (“MBSP”) berkaitan iklan pilihanraya iaitu Undang - Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) (Majlis Perbandaran Seberang Perai) 1990.

Undang - Undang Kecil ini digubal bagi memberi satu garis panduan kepada parti - parti politik sebelum memasang iklan pilihanraya.

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan permit hendaklah dibuat kepada Yang Dipertua :

(a) oleh parti politik yang berhasrat untuk meletakkan calon dalam bahagian pilihanraya berkenaan; atau

(b) jika orang yang akan bertanding dalam pilihanraya itu tidak mempunyai gabungan politik, oleh orang itu sendiri; dan

sesuatu permohonan ini hendaklah dibuat dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Yang Dipertua.

Tiap - tiap pemegang permit mestilah mengalihkan semua iklan pilihanraya yang dipamerkan dan segala papan tanda atau struktur lain yang didirikan dalam masa 14 hari selepas hari mengundi.

 

Sesuatu iklan pilihanraya hendaklah dipamerkan mengikut mana - mana cara yang berikut :

(a) dengan melekatkannya pada suatu papan tanda atau struktur lain yang didirikan oleh pemegang permit;

(b) dengan menggantungkan iklan pilihanraya itu disepanjang mana - mana lebuh, pada pancang - pancang yang didirikan oleh pemegang permit;

(c) dengan menanam penopang iklan pilihanraya itu ke dalam mana - mana paras tanah selain daripada laluan jalan kaki yang diubinkan atau kaki lima; atau

dengan apa - apa cara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Dipertua dalam permit.

Iklan pilihanraya tidak boleh dipamerkan :

(a) dengan meliputi atau melindungi apa - apa isyarat lalulintas, tanda arahan atau lampu perhiasan;

(b) di atas atau merintangi mana - mana lebuh; atau

(c) dengan menggunakan paku, gam atau pelekat lain di mana - mana bangunan awam atau struktur lain atau dengan apa - apa cara lain yang akan merosakkan atau mencacatkan permukaan bagunan atau struktur tersebut.

Mana - mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana - mana peruntukan Undang - Undang Kecil ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00.