Cukai Taksiran 2020
 
Promosi Hebat Cabutan Bertuah Bayaran Cukai Taksiran MBSP 2020 akan bermula pada 1 Disember 2019 dan akan tamat pada 29 Februari 2020.
 

Kriteria yang melayakkan pembayar cukai taksiran terpilih dalam cabutan bertuah ini adalah seperti berikut :-

(a) Pembayar cukai taksiran mesti membayar keseluruhan cukai setahun untuk tahun 2020 berserta tunggakan (jika ada).

(b) Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Disember 2019 hingga 29 Februari 2020.

(c) Pembayaran boleh dibuat secara online, kiosk, laman web dan agen - agen yang sah dilantik serta di semua kaunter MBSP. (Lampiran A)

 
Bagi promosi cabutan bertuah tahun 2020 ini, MBSP telah menyediakan sebanyak empat puluh (40) hadiah bagi kategori A iaitu bayaran secara ONLINE / AGEN KUTIPAN / KIOSK manakala lima (5) hadiah bagi kategori B iaitu BAYARAN DIKAUNTER MBSP.
 
Jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan adalah sebanyak empat puluh lima (45) hadiah yang menarik dan lumayan.
 
Bagi kategori A iaitu pembayaran cukai taksiran dibuat secara ONLINE / AGEN KUTIPAN / KIOSK, hadiah - hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan seperti berikut: -
Kedudukan Hadiah
Jenis Hadiah
Tempat Pertama
Wang Tunai RM8,000
Tempat Ke - 2
Wang Tunai RM4,000
Tempat Ke - 3
Wang Tunai RM2,000
Tempat Ke - 4
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 5
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 6
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 7
Wang Tunai RM1,000
Tempat Ke - 8 hingga Ke - 40
Peralatan sukan / rekreasi, perkakasan teknologi maklumat / telekomunikasi serta peralatan rumah dan elektrik.
   
 
Manakala, bagi kategori B iaitu pembayaran cukai taksiran yang dibuat di Kaunter MBSP, 5 hadiah telah disediakan.
 
Bagi promosi kali ini, 4,000 pembayar cukai yang terawal akan menerima cenderamata khas daripada MBSP. Setiap akaun yang layak hanya akan diberikan satu (1) cenderamata sahaja. Selagi stok masih ada.
 
Sehubungan dengan itu, MBSP menyeru kepada semua pemilik premis agar segera membuat bayaran cukai taksiran tahun 2020 berserta tunggakan (jika ada), bagi melayakkan anda menerima cenderamata serta terpilih untuk cabutan bertuah.
 
Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat serta senarai hadiah yang ditawarkan, sila layari laman web https://www.mbsp.gov.my atau hubungi di talian 04 - 5497470 / 471 / 697 / 696 / 468 / 790 atau  emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
LAMPIRAN A
 
Saluran bayaran secara ONLINE adalah seperti berikut (16 saluran):-
 
  •  Laman web MBSP : https://www.mbsp.gov.my (melalui MBSPPay).

  •  Laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang : https://ebayar.penang.gov.my.

  •  Perbankan Internet :

  • a.
    Bank Islam Malaysia Berhad
    h.
    Alliance Bank (M) Berhad
    b.
    CIMB Bank Berhad
    i.
    Ambank (M) Berhad
    c.
    HSBC Bank (M) Berhad
    j.
    Agrobank
    d.
    Maybank
    k.
    Affin Bank Berhad
    e.
    MBF Cards Sdn Bhd
    l.
    Public Bank Berhad
    f.
    RHB Bank Berhad
    m.
    Bank Muamalat Malaysia Berhad
    g.
    Bank Simpanan Nasional
    n.
    JOMPAY

  •  Kiosk PayLink Global Seluruh Malaysia.

  •  Manakala senarai agen - agen kutipan kaunter yang sah dilantik MBSP adalah seperti berikut (5 agensi) :-

  • a.
    Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
    b.
    Bank Rakyat
    c.
    Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
    d.
    Pos Malaysia (Seluruh Negeri Pulau Pinang Sahaja)
    e.
    Pejabat Daerah Dan Tanah (Seluruh Negeri Pulau Pinang Sahaja)

  •  Kaunter Bayaran MBSP di Ibu Pejabat Menara Bandaraya Bandar Perda, Pejabat Cawangan Kampung Jawa, Butterworth dan Pejabat Cawangan di Jawi.