Pemberitahuan Pertukaran Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang (08/05/2006)

Adalah dimaklumkan Y.B. Dato Ng Kam Cheung telahpun bersara wajib mulai 25 April 2006.

 

Pengosongan jawatan Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang telah diisi oleh Y.B. Dato Supiah bt.Md. Yusof mulai 26 April 2006.

 

 

Majlis Pelancaran “Structuring and Institutionalising Solid Waste Management” (19/01/2006)

Pihak United Nations Development Programme (UNDP) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan kerajaan pusat telah bersetuju untuk menjalankan Projek “Structuring and Institutionalising Solid Waste Management” di Pulau Pinang melalui MPSP dan MPPP dalam aktiviti berkaitan pengurusan sisa pepejal.

 

Projek ini dijangka dapat dilaksanakan di dalam tempoh 2 tahun (2006-2007) di mana MPSP telah dipilih sebagai tempat pelancaran dan pelaksanaan projek. Majlis Pelancaran program tersebut akan diadakan pada :-

 

Tarikh : 23 Januari (Isnin)

Jam    : 2.00 petang

Tempat : Dewan Dato’ Hj. Ahmad Badawi

 

Majlis akan disempurnakan oleh Dato’ Dr. Teng Hock Nan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

Semua dijemput hadir

Jemputan Untuk Mengemukakan Cadangan Menaiktaraf Anjung Bagan, Jalan Bagan Luar Butterworth, Seberang Perai Utara (22/03/2006)

Ingin dimaklumkan bahawa pihak Majlis bercadang untuk menaiktaraf kawasan yang tersebut diatas untuk menceriakan lagi kawasan Butterworth dan persekitarannya. Adalah diharapkan cadangan-cadangan ini akan dapat menjadi tarikan orang awam, pelabur dan pelancong untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti, ekonomi dan sosial kawasan Butterworth.

Penglibatan pihak korporat adalah dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan seperti :-

a. Membina kiosk makanan

b.Taman permainan kanak-kanak

c.Cadangan papan-papan iklan

d.Melandskap dan menyelenggara kawasan tersebut

e.Atau lain-lain cadangan yang sesuai dengan kawasan tersebut

Bagaimanapun pihak Majlis adalah tidak terikat untuk menerima cadangan yang dikemukakan oleh pihak tuan kerana tawaran ini terbuka kepada pelbagai pihak. Segala tanggungan yang berkaitan dengan penyediaan cadangan ini adalah ditanggung oleh pihak tuan dan tidak boleh dituntut daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Sekiranya pihak tuan berminat untuk melaksanakan projek tersebut sila kemukakan pelan cadangan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh iklan dikeluarkan iaitu 21 April 2005.

Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Norliza bt Abdullah / Puan Norisah bt Nayan di talian 04-5497550 / 552 atau datang terus ke Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam.

KENYATAAN SEBUTHARGA - JABATAN LANDSKAP NEGARA (22/08/2006)

Tarikh Iklan - 23 Ogos 2006

Kontraktor-kontraktor bertaraf BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Industri Pembangunan Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam KELAS F dengan KEPALA 1 SUB-KEPALA 1 dan KEPALA VI SUB-KEPALA 6 (a)
di dalam DAERAH SEBERANG PERAI UTARA yang masih dibenarkan membuat tawaran dipelawa menyertai sebutharga bagi kerja CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN PERSEKITARAN DI KAWASAN KEDIAMAN PROJEK PERUMAHAN
RAKYAT (PPR) JALAN THAMBY KECHIL, BUTTERWORTH, PULAU PINANG.

Keterangan lanjut dan dokumen sebutharga boleh didapati daripada MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI, JALAN PERDA UTAMA,
BANDAR PERDA, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
No. Telefon 04-5497550 pada waktu pejabat dengan bayaran RM 50.00 senaskah
dalam bentuk Wang Pos, Kiriman Wang Pos, Bank Draf Berpalang dibuat atas nama KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN
. Bayaran ini tidak dikembalikan.

Dokumen sebutharga akan dijual mulai 30 OGOS 2006 hingga 06 SEPTEMBER 2006 pada waktu pejabat dan dijual kepada wakil
kontraktor yang sah sahaja. Kontraktor/wakilnya hendaklah membawa Sijil Pendaftaran CIDB dan PKK ASAL yang masih sah
tempoh lakunya serta salinannya.

Satu lawatan tapak akan diadakan pada 29 OGOS 2006. Kontraktor/wakilnya yang berminat DIWAJIBKAN menyertai lawatan tersebut
dan dikehendaki melaporkan diri di TAPAK PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) JALAN THAMBY KECHIL, BUTTERWORTH jam 2.00 petang pada
hari yang berkenaan. Kenderaan untuk lawatan tidak disediakan.

Dokumen sebutharga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri, ditulis nama sebutharga di sebelah
kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam kotak sebutharga MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI, pada atau sebelum 06 SEPTEMBER 2006
jam 12.00 tengahari. Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. JABATAN LANDSKAP NEGARA tidak terikat menerima tawaran
terendah atau sebarang tawaran.      

Tawaran Sewaan Ruang Legar Kaunter Berpusat dan Tingkat Menzanine MPSP Bagi Tujuan Jualan Dan Pameran (22/05/2006)

Sukacita dimaklumkan bahawa MPSP kini membuka tawaran kepada mana-mana pihak untuk menyewa ruang legar Kaunter Berpusat dan Tingkat Menzanine MPSP di Bandar Perda bagi tujuan dan jualan mulai 1 Jun 2006.

Sewa yang dikenakan adalah RM50 sehari bagi satu tapak yang bersaiz 13 X 8 kaki. Lain-lain syarat adalah seperti yang tercatat di borang penyertaan.

Untuk pengetahuan pihak tuan, MPSP mencatat bilangan pengunjung yang melebihi 1,000 orang setiap hari. Jumlah akan bertambah pada bulan Disember sehingga Mac, dan Jun sehingga Ogos. Selain dari itu, kakitangan Majlis yang berada di bangunan ini juga adalah seramai 600 orang dan bilangan pembayar cukai Majlis adalah berjumlah 250,000 orang.

MPSP juga akan menghebahkan promosi setiap hari melalui laman Internet dan Intranet, untuk pengetahuan orang ramai dan kakitangan. Oleh yang demikian, sewaan di ruang legar ini akan membantu pihak tuan menambah bilangan pelanggan serta membantu MPSP dalam menggalakkan ekonomi setempat.

Tempahan dan bayaran sewaan boleh dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu lebih awal di Kaunter Berpusat MPSP, di Bandar Perda. Promosi tuan adalah amat dialu-alukan. Untuk maklumat lanjut sila e-mail ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  atau telefon ke 04-5497555.