Notis Pemberitahuan - Cabutan Kerja Undian Bil. 12/2009 (15/12/2009) (09/12/2009)

 

Adalah dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan Cabutan Kerja Undian kali keduabelas bagi tahun 2009.
(Sila Klik untuk maklumat lanjut)

KURSUS PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS 14001) SERTA KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OHSAS 18001) KEPADA KONTRAKTOR (13/11/2009)

 

Dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan Kursus Pengurusan Alam Sekitar (EMS 14001) serta Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001) kepada kontraktor pada :

 

Tarikh : 22 Disember 2009 (Selasa)

Jam : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Dewan Datuk Hj. Ahmad Badawi,

             Butterworth.

 

Sehubungan itu, kepada semua kontraktor yang berminat boleh membuat pendaftaran dan bayaran di Kaunter Berpusat MPSP sebanyak RM50.00 sebelum atau pada 15 Disember 2009.

Berita Baik Kepada Semua Pembayar Cukai (11/12/2009)

 

Untuk makluman semua pelanggan MPSP, stok promosi kupon harian untuk bayaran cukai taksiran 2010 telah kehabisan. Walau bagaimanapun pemberian kupon harian ini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2009. Para pelanggan yang telah menjelaskan cukai tahun 2010 di dalam bulan Disember 2009 bolehlah menuntut kupon harian tersebut bermula 4hb Januari 2010 di Kaunter Bayaran MPSP Bandar Perda, Bukit Mertajam dengan membawa resit asal bayaran. Pemberian ini adalah tertakluk kepada terma & syarat asal promosi.

Penguatkuasaan Kompaun Letak Kereta Di Kepala Batas Dan Nibong Tebal (16/11/2009)

 

1. Adalah dimaklumkan bahawa kawasan Kepala Batas di Seberang Perai Utara dan Kawasan Nibong Tebal di Seberang Perai Selatan akan dikuatkuasakan kutipan tempat letak kereta bermula pada 01 November 2009 keatas semua tempat yang telah diwartakan sebagai petak letak kereta berkupon berdasarkan arahan Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Berkupon) MPSP 1995.

2. Penguatkuasaan tegas keatas semua tempat letak kereta yang telah diwartakan.Semua pemilik kenderaan dinasihatkan untuk mempamerkan kupon yang sah dari MPSP.

3. Kupon-kupon boleh didapati daripada agen-agen yang dilantik,dan PESUKA di Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda. Orang awam yang berminat menjadi agen adalah dijemput memohon.