PROMOSI "JOM BAYAR CUKAI SECARA ONLINE" BAGI BIL PENGGAL KE 2 / 2021 MULAI 1 JULAI 2021 HINGGA 31 OGOS 2021

Tarikh kemaskini pada

cukai pintu 2021 ke - 2
 
Promosi “Jom Bayar Cukai Secara Online” akan bermula pada 1 Julai 2021 dan akan tamat pada 31 Ogos 2021.
 
Promosi ini diadakan sebagai insentif dan galakan berterusan kepada warga Seberang Perai supaya membayar cukai taksiran serta menjelaskan tunggakan dalam tempoh yang ditetapkan dengan menggunakan mana - mana platform saluran pembayaran yang telah disediakan secara dalam talian (online) atau melalui agensi yang dilantik serta kiosk.
 

Syarat - syarat penyertaan bagi promosi kali ini adalah seperti berikut :-

(a) Promosi ini khusus kepada pembayaran melalui kiosk, agensi kutipan atau dalam talian (ONLINE).

(b) TIDAK LAYAK bagi pembayaran di kaunter bayaran MBSP termasuk kaunter cawangan.

(c) Cukai taksiran tahun 2021 hendaklah dijelaskan sepenuhnya berserta tunggakan sekiranya jika ada.

(d) Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan iaitu mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021.

 
Lima (5) hadiah cabutan bertuah yang lumayan telah disediakan adalah seperti berikut :-
Kedudukan Hadiah
Jenis Hadiah
Tempat Pertama
Wang Tunai RM8,888
Tempat Ke - 2
Wang Tunai RM5,000
Tempat Ke - 3
Wang Tunai RM3,000
Tempat Ke - 4
Wang Tunai RM2,000
Tempat Ke - 5
Wang Tunai RM1,000
   
 
Istimewa bagi promosi kali ini, pihak Penang Smart Parking telah berbesar hati untuk menaja cenderahati khas berupa token tambah nilai eWallet Penang Smart Parking bernilai RM5 setiap satu kepada 2,000 pembayar cukai terawal yang memenuhi syarat utama serta membuat sekurang - kurangnya satu (1) transaksi bayaran tempat letak kereta di mana - mana lokasi di Seberang Perai dalam tempoh masa yang sama iaitu antara 1 Julai hingga 30 Ogos 2021. Token tambah nilai ini akan mula dikreditkan ke akaun PSP yang berjaya selewat - lewatnya 31 Oktober 2021.
 
Cabutan nama pemenang yang bertuah akan ditentukan selepas Mesyuarat Majlis Penuh pada bulan September 2021 nanti.
 
Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat sila layari laman web https://www.mbsp.gov.my, atau hubungi di talian 04 - 5497470 / 471 / 696 / 697 atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Berikut adalah senarai saluran pembayaran yang disediakan :-
 
  •  Laman web MBSP : https://mbsppay.mbsp.gov.my (melalui MBSPPay).

  •  Laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang : https://ebayar.penang.gov.my.

  •  PBTPay KPKT : https://pbtpay.kpkt.gov.my.

  • Perbankan Internet (14 saluran) :

  • 1.
    Bank Islam Malaysia Berhad
    8.
    Alliance Bank (M) Berhad
    2.
    CIMB Bank Berhad
    9.
    Ambank (M) Berhad
    3.
    HSBC Bank (M) Berhad
    10.
    Agrobank
    4.
    Maybank
    11.
    Affin Bank Berhad
    5.
    MBF Cards Sdn Bhd (Ambank)
    12.
    Public Bank Berhad
    6.
    RHB Bank Berhad
    13.
    Bank Muamalat Malaysia Berhad
    7.
    Bank Simpanan Nasional
    14.
    JOMPAY (5322)

  •  Kiosk Payquik (PayLink Global) seluruh Malaysia

  •  Aplikasi BOOST

  •  Semua kaunter kedai 7 Eleven seluruh Malaysia

  •  Senarai agensi kutipan kaunter yang sah dilantik MBSP adalah seperti berikut :-

    •  Kaunter Majlis Bandaraya Pulau Pinang

    •  Kaunter Bank Rakyat

    •  Kaunter Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)

    •  Kaunter Pos Malaysia (seluruh Negeri Pulau Pinang sahaja)