Perasmian Pasar Awam Kepala Batas (01/01/2002)

Tarikh kemaskini pada

 

MAJLIS PERASMIAN PASAR AWAM KEPALA BATAS

Majlis perasmian Pasar Awam Kepala Batas telah diadakan pada 24 Mei 2002 (Jumaat), Jam 8.30 Pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pasar yang terletak di Jalan Permatang Manggis ini dibuka secara rasminya untuk perniagaan mulai 15 Jun 2002. Pasar baru dibina bagi menggantikan pasar lama yang tidak lagi sesuai untuk aktiviti perniagaan. Pasar ini dilengkapi dengan kemudahan yang lebih baik untuk peniaga dengan ruang yang lebih selesa dan luas

Pecahan gerai/petak dan kadar sewa untuk pasar ini adalah seperti berikut :-


Jenis Jualan Gerai Kadar Sewa (RM)

     Sayur 30 65.00
     Ikan 30 75.00
     Daging Lembu 12 65.00
     Gerai Makanan 20 120.00
     Gerai Barangan/Runcit 24 120.00
     Petak 108 30.00
     Ayam Proses 18 75.00