Dua Jalan Utama Ditutup Untuk Sambut Bulan Kemerdekaan (24/08/2005)

Tarikh kemaskini pada

 

Dua jalan utama akan ditutup iaitu Jalan Bagan Luar dan Jalan Hong Choon Thian berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah SPU pada 27 & 28 Ogos (untuk raptai) dan 31 Ogos untuk acara perbarisan Hari Kemerdekaan ke-48 di Dataran Pemuda Merdeka bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

 

Kenderaan dari arah Sungai Petani akan dilencongkan ke Jalan Kg. Paya memasuki Jln Raja Uda sebelum ke Jln Siram dan terus ke Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE).

 

Bagi pengguna feri dinasihatkan guna Jln Sungai Nyior menerusi Jln Siram. Pengguna dari Seberang Jaya yang ingin ke arah utara melalui jalan persekutuan akan dilencongkan ke Jalan Siram dan kemudian ke Jalan Raja Uda.

 

Kenderaan dari feri diarahkan ke Jalan New Ferry, Jalan Sungai Nyior dan terus ke BKE untuk ke Selatan atau Jalan Siram untuk ke utara.

 

Orang ramai yang ingin menyaksikan perbarisan diminta meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan Taman Selat, sekitar Jalan Jeti Lama, Kampung Benggali dan di belakang IPD SPU.