KENYATAAN YANG DIPERTUA, SIDANG MEDIA PADA 6 OGOS 2011, ISU PENJAJA YANG MENDIRIKAN KHEMAH (CANOPY) DI UPTOWN BANDAR PERDA

Tarikh kemaskini pada

KENYATAAN YANG DIPERTUA
SIDANG MEDIA PADA 6 OGOS 2011
ISU PENJAJA YANG MENDIRIKAN KHEMAH (CANOPY)
DI UPTOWN BANDAR PERDA

1.0LATAR BELAKANG

MPSP telah menerima aduan daripada orang ramai dan peniaga dalam premis di sekitar Perda Utama sebelum bulan Ramadhan bermula. Aduan disalurkan melalui laman web, e-mail, surat dan telefon. Selain daripada itu, MPSP juga menerima banyak bantahan dari peniaga-peniaga di dalam permis sekitar kawasan berkenaan membantah Uptown Ramadhan kerana ianya mengganggu perniagaan harian mereka. Bantahan yang diterima melibatkan isu berikut :

i)Menyebabkan lalulintas yang sesak
ii)Pelanggan tetap premis tidak dapat masuk ke lokasi
iii)Tempat letak kereta tidak dapat digunakan pada siang hari

Penganjur Uptown Ramadhan Bandar Perda ini adalah JKKK Permatang Rawa/Permatang Baru/Simpang Ampat. Kebanyakan peniaga yang berniaga di Uptown Ramadhan ini tidak berniaga pada hari biasa.

2.0TINDAKAN MPSP

Pada 29 Julai 2011, MPSP telah mengadakan pemeriksaan tapak dan menasihatkan penjaja yang berniaga di tempat yang menghalang lalulintas supaya menghentikan perniagaan di kawasan yang menghalang lalulintas. Kemudianya penganjur juga menasihatkan peniaga yang berniaga di LUAR KAWASAN UPTOWN ASAL supaya tidak memasang khemah (canopy) tetapi peniaga enggan mematuhi arahan ini dan telah memasang canopy ini dari sebelah jalan susur petronas sehingga ke jalan hujung lorong Perda Utama 1.

MPSP telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan mengeluarkan notis seperti berikut :

i)Notis Untuk Meruntuhkan Canopy     : 23
ii)Tindakan rampasan Canopy yang telah dibuat   : 3

Kawasan yang dibenarkan pemasangan canopy adalah di kawasan tempat letak kereta berhadapan dengan Restoran Nashmir sahaja kerana lokasinya agak tertutup dan tidak menggangu aliran trafik. Bagi kawasan lain dibenarkan berniaga secara konsep pasar malam yang mana peniaga boleh memasang khemah semasa waktu perniagaan sahaja.

3.0RUMUSAN

MPSP menasihatkan peniaga ini supaya menurunkan sendiri canopy yang telah diberi notis dan sekiranya masih enggan MPSP akan mengambil tindakan tegas dengan merobohkan canopy ini.