KEMPEN PENANGKAPAN TIKUS BERSAMA KOMUNITI TAMAN CHAI LENG PARK
Dimaklumkan bahawa kempen ini akan dijalankan selama sebulan mulai 25 Mac 2012 sehingga 25 April 2012 bertempat di Pasar Awam Taman Chai Leng Park.
Perasmian Kempen Penangkapan Tikus Bersama Komuniti Taman Chai Leng Park akan disempurnakan oleh Y.B. Timbalan Ketua Menteri 2 pada 25 Mac 2012 (Ahad) jam 8:00 pagi.
Kehadiran dan sokongan tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Kesihatan


