PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KEMPEN TANDAS BERSIH MPSP (KATEGORI PASARAYA) 2012
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan di bawah payung MPSP akan mengadakan Pertandingan Mewarna sempena Kempen Tandas Bersih MPSP (Ketegori Pasaraya) 2012 pada :
Tarikh : 14 JULAI 2012(SABTU)
Masa : 12.00 tengah hari - 2.00 petang
Tempat : bersebelahan Food Court, CARREFOUR BUKIT MINYAK
Masa Pendaftaran : 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta(anak-anak) dikehendaki membawa peralatan melukis.
Hadiah akan diberikan kepada 10 penyertaan terbaik mengikut Kategori 3-6 tahun dan Kategori 7-12 tahun. Semua peserta juga akan menerima hadiah saguhati.
Kepada yang berminat bolehlah mendapatkan borang dari Urusetia Kempen,Puan Rozita Ismail di sambungan 551 Tingkat 7, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, MPSP Perda.
Selain itu, aktiviti-aktiviti dari agensi-agensi Jabatan Alam Sekitar(pameran), Hospital Bukit Mertajam/Seberang Jaya(Kempen Derma Darah), Pejabat Kesihatan Daerah(Pemeriksaan Kesihatan ( BMI ) dan Kempen Tak Nak Merokok), Pameran Syarikat Coway(peralatan tandas) juga diadakan.
Kehadiran tuan/puan bersama anak-anak amat dialu-alukan.


