BORANG PENYERTAAN ANUGERAH KOMUNITI MAMPAN 2012-2013 - SEBELUM ATAU PADA 14HB JUN 2013

Tarikh kemaskini pada

1. Tujuan Anugerah ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada inisiatif dan/atau penambahbaikan pencapaian komuniti yang cemerlang dalam menambah-baik kualiti alam persekitaran dan kemampanan komuniti seperti yang termaktub di dalam Pelan Tindakan Local Action 21 Seberang Perai.

 

2. Penerima Anugerah akan dihadiahkan:

     i. TEMPAT PERTAMA: RM 3,000.00 dan Sijil Kepujian.
    ii. TEMPAT KEDUA: RM 2,000.00 dan Sijil Kepujian .
    iii. TEMPAT KETIGA: RM 1,500.00 dan Sijil Kepujian .
    iv. TEMPAT SAGUHATI; (5 hadiah) RM1,000.00 dan sijil kepujian

 

3. Maklumat Penyertaan hendaklah dikemukakan mengikut format berikut: -   

    A. Profil Kejiranan
    B. Profil Komuniti
    C. Profil Organisasi
    D. Inisiatif Komuniti ke arah kemampanan
    E. Kemajuan
    F. Perakuan

 

4. Borang penyertaan boleh diperolehi melalui 3 cara : menerusilaman web / internet (http://www.mpsp.gov.my/La21/) atau dalam bentuk cakera padat atau dalam bentuk kertas. Cakera padat boleh didapati dalam versi ” MICROSOFTWORD”, jika diminta.

 

5. Penyertaan hendaklah kemukakan dalam 2 salinan Laporan Penyertaan. Penyertaan dalam format digital digalakkan.

 

6. Borang Penyertaan dan laporan sampingan hendaklah dikemukakan kepada Unit Local Action 21 , Majlis Perbandaran Seberang Perai sebelum atau pada 14hb Jun 2013, . Semua penyertaan akan diperakui terima.

 

Untuk maklumat lanjut dan muat turun borang, sila klik di sini.

Untuk ke laman Unit Local Action 21, sila klik di sini.