PEMERIKSAAN ANJING DARI PREMIS KE PREMIS

Tarikh kemaskini pada

Untuk makluman Bahagian Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPSP, akan mengadakan pemeriksaan dari premis ke premis bagi pelesenan anjing peliharaan bermula 14.02.2017.
 
Mana - mana pemilik anjing yang didapati melakukan kesalahan seperti menyimpan anjing tidak berlesen, tidak mempamerkan patil anjing, memelihara anjing melebihi had, dan lain-lain kesalahan akan dikompaun oleh pegawai pemeriksa.
 
Sehubungan itu, pemilik anjing dinasihatkan untuk mendapatkan patil anjing dari pihak MPSP sebelum 14.02.2017 dan mengambil tindakan sepatutnya bagi mematuhi syarat-syarat pelesenan anjing MPSP supaya tidak diambil tindakan penguatkuasaan.