KENYATAAN MEDIA KEGIATAN PENIPUAN OLEH SCAMMER YANG MENYAMAR SEBAGAI “DEBT COLLECTOR” YANG DILANTIK OLEH MBSP UNTUK MENGUTIP BAYARAN CUKAI TAKSIRAN - 11 MAC 2025
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI
KENYATAAN MEDIA 11 MAC 2025 KEGIATAN PENIPUAN OLEH SCAMMER YANG MENYAMAR SEBAGAI “DEBT COLLECTOR” YANG DILANTIK OLEH MBSP UNTUK MENGUTIP BAYARAN CUKAI TAKSIRAN |
Baru - baru ini, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah menerima aduan mengenai penyamaran (scammer) sebagai “Debt Collector” yang dilantik oleh MBSP untuk mengutip bayaran cukai taksiran. Kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah mengganggu usaha - usaha MBSP untuk mengutip tunggakan cukai taksiran.
|
MBSP telah melantik “Debt Collector” untuk mengutip tunggakan cukai taksiran sejak tahun 2010 hingga kini. Terdapat lima (5) syarikat yang dilantik untuk tempoh 2 tahun iaitu dari 3 Oktober 2022 hingga 2 Oktober 2024. Antara syarat yang termaktub dalam perjanjian adalah kakitangan syarikat tidak dibenarkan untuk menerima sebarang bayaran dari pemilik premis bagi pihak MBSP.
|
Namun begitu, penyebaran maklumat berkaitan pelbagai program berkaitan cukai taksiran di media sosial telah menarik perhatian scammer di luar sana untuk menjalankan aktiviti penipuan dengan menyamar sebagai “Debt Collector” yang dilantik oleh MBSP.
|
Sehubungan itu, pihak MBSP ingin menasihatkan pembayar cukai, pemilik premis dan orang ramai supaya lebih berwaspada dan berhati - hati dengan taktik scammer ini agar tidak mudah tertipu dengan kegiatan yang makin berleluasa. Sila dapatkan kepastian atau mengesahkan maklumat dengan MBSP dan membuat aduan kepada MBSP atau PDRM terlebih dahulu sekiranya ada pihak - pihak tertentu yang meminta bayaran ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh MBSP.
|
MBSP juga memberi amaran kepada scammer bahawa tindakan tegas akan diambil termasuk tindakan undang - undang. Kerjasama masyarakat amat diperlukan untuk membanteras jenayah penipuan ini. Bersama kita membanteras scammer dan lindungi hak serta keselamatan kewangan warga Seberang Perai.
|
Sebarang keraguan, boleh menghubungi Bahagian Hasil di talian 04 - 5497 470 / 471 /696 / 697 atau email di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|
Majlis Bandaraya Seberang Perai
Tarikh : 11 Mac 2025 |