Kacau Ganggu

Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mentafsirkan "kacau ganggu" ertinya sesuatu perbuatan, ketinggalan atau benda yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan, bau atau pendengaran atau membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejaskan keselamatan atau hak-hak penduduk-penduduk umum.

Kacau ganggu adalah sesuatu yang umum dan boleh terjadi mengikut keadaan, situasi, persekitaran dan penempatan sesuatu lokaliti. Berikut merupakan kacau ganggu yang diambil tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan :

  • Tahap bunyi daripada corong dari pembesar suara di rumah burung walit melebihi piawai yang ditetapkan (40 desibel) dalam tempoh masa yang dibenarkan oleh MPSP iaitu 7.00 pagi hingga 10.00 pagi dan 5.00 petang hingga 8.00 malam.
  • Haiwan ternakan berkeliaran di tempat awam.
  • Memelihara ternakan dalam kawasan kediaman.
  • Masalah anjing liar.
  • Gangguan lalat dari ladang ayam dan Kompleks Makanan/ Pasar Awam MPSP
  • Gangguan nyamuk.
  • Bau busuk dari ladang ternakan.
  • Pelepasan effluen dari kandang babi yang melebihi tahap yang dibenarkan iaitu BOD 50 (Biological Oxigen Demand).
  • Rumah dalam keadaan kotor.
  • Kawasan rumah diliputi tumbuh-tumbuhan rimbunan dan memudaratkan.