UUK Bangunan Seragam 1986

Undang - Undang Kecil Bangunan Seragam 1986 merupakan Undang - Undang Kecil yang digubal di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan hanya digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pulau Pinang.

UUK ini digubal bagi menentukan piawaian sesuatu perancangan pembinaan seperti bangunan dan infrastruktur untuk melindungi ataupun mengawal beberapa aspek yang terlibat dengan tatacara mengemuka pelan, pembinaan, keselamatan kebakaran, kualiti pesekitaran dalaman bangunan, dan struktur.

Undang - Undang Kecil ini terpakai bagi mana-mana bangunan berikut atau mana-mana bahagiannya:-
a) Pejabat, bank, pejabat pos, kedai, gedung, pasar raya dan bangunan pentadbiran dan komersial lain; kecuali rumah kedai yang wujud pada permulaan undang-undang.
b) Hospital, pusat perubatan, klinik dan bangunan kesihatan dan kebajikan.
c) Restoran, dewan konsert, teater, pawagam, bangunan persidangan, bangunan masyarakat, kolam renang, bangunan sukan dan kafe, gedung hiburan dan rekreasi.
d) Bangunan keagamaan.
e) Sekolah, kolej, universiti, zoo, muzium, galeri seni, perpustakaan, bangunan pameran dan bangunan pendidikan dan kebudayaan.
f) Asrama, hotel dan bangunan kediaman lain selain rumah kediaman persendirian keluarga tunggal.
g) Bangunan atau ruang yang bolehhuni (habitable space).

SPAH ialah ringkasan daripada Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan.

Ya, pemasangan SPAH adalah diwajibkan seperti mana dinyatakan dalam Undang - Undang Kecil 115 di bawah Undang - Undang Kecil Bangunan Seragam 1986 iaitu “Semua bumbung bangunan hendaklah dibina supaya boleh disalurkan dengan berkesan kepada saluran, talang, pelongsor atau palung yang sesuai dan mencukupi yang hendaklah disediakan mengikut kehendak-kehendak Undang - Undang Kecil ini bagi menerima dan membawa semua air yang mungkin jatuh di atas dan daripada bumbung itu.”

Bangunan yang perlu dipasang SPAH adalah seperti berikut:-
(a) Berhubung dengan bangunan kediaman, SPAH perlu dipasang hanya untuk rumah banglo dan rumah berkembar yang mempunyai kawasan bumbung sama atau melebihi 100m2 sahaja; dan
(b) Berhubung dengan semua kategori bangunan berasingan yang mempunyai bumbung sama atau melebihi 100m2.