UUK Larangan Merokok Dalam Panggung Seberang Perai 1978

Undang - Undang Kecil ini digubal untuk melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok basi.

“Panggung” ertinya sebarang tempat, kepungan, bangunan, khemah, pentas atau binaan yang tertutup baik yang kekal ataupun sementara, di mana sesuatu pertunjukan wayang dipertunjuk atau dipersembahkan dan yang mana ke dalamnya orang ramai dibenarkan masuk baik di atas pembayaran suatu bayaran masuk ataupun secara percuma, tetapi tidaklah termasuk mana - mana bangunan yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri atau Persekutuan, mana - mana bahagian bangunan sebarang kelab, persatuan, institusi atau lain - lain badan di mana sebarang pertunjukan wayang dipertunjuk atau dipersembahkan, sama ada dengan percuma ataupun sebaliknya terutamanya untuk faedah  -faedah ahli - ahlinya.

“Pertunjukan wayang” ertinya sesuatu pertunjukan wayang gambar dan termasuklah pertunjukan pentas kecuali jika ianya dipersembahkan di dalam mana - mana kelab malam.

“Pertunjukan wayang gambar” ertinya sebarang pertunjukan gambar atau sebarang bentuk tayangan yang lain dipersembahkan dengan cara menggunakan sesebuah alat penayang gambar ataupun perkakas lain yang serupa dengannya dan termasuklah pengeluaran sebarang muzik, suara, bunyi bising atau apa juga bunyi yang mengiringi penayangan yang dibuat melalui sesebuah alat penayang gambar ataupun melalui perkakas lain yang serupa dengannya.