UUK Tandas Awam (MPSP) 1993

Di bawah Undang - Undang Kecil Tandas Awam (MPSP) 1993, ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut syarat penggunaan, caj yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan tangkapan bagi mereka yang melakukan kesalahan di bawah Undang - Undang kecil ini.

UUK ini digubal untuk memastikan kebersihan tandas awam yang terdapat di dalam kawasan Seberang Perai.

“Tandas awam” ertinya apa-apa bangunan, bilik atau ruang yang disekat-sekat yang mana orang-orang awam boleh pergi untuk membuang air besar, air kecil atau untuk mencuci dirinya dan termasuklah tandas bergerak.

 

Kesalahan - kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna tandas awam adalah seperti berikut:-

(a) membuang sampah, meludah, membuang air kecil atau air besar di atas lantai melainkan di dalam bekas yang sepatutnya;
(b) membiarkan paip air terbuka selepas menggunakannya;
(c) merosakkan atau memindahkan apa-apa barang dalam tandas;
(d) mengotorkan, melukis, menconteng atau mengecat apa - apa pada dinding atau siling tandas;
(e) berperangai tidak senonoh atau tidak sopan;
(f) meninggalkan mangkuk tandas dengan tidak memancurkan air selepas menggunakannya;
(g) membasuh pakaian;
(h) mencuci makanan, perkakas, pinggan mangkuk atau apa-apa bekas;
(i) mandi (kecuali terdapat kemudahan untuk mandi disediakan); atau
(j) membuat sambungan kepada bekalan air dan elektrik daripada mana - mana tandas awam.

Tidak, tandas yang dikhususkan untuk sesuatu jantina hanya boleh digunakan oleh jantina tersebut sahaja. Ini kerana kelengkapan yang disediakan di dalam sesebuah tandas adalah mengikut keperluan jantina tersebut. Walau bagaimanapun, UUK ini adalah tidak terpakai kepada kanak - kanak lelaki yang berusia di bawah umur enam (6) tahun yang ditemani oleh wanita dewasa untuk memasuki tandas yang dikhaskan untuk Wanita.

Boleh. Sekiranya perlu, Majlis boleh mengenakan caj bagi penggunaan mana - mana tandas awam menerusi pemberitahuan dalam Warta.

Majlis selaku PBT sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pengauditan ke atas tandas - tandas awam secara rutin dan berjadual. Di samping itu, Majlis juga melaksanakan sistem penggredan dan status semasa kebersihan tandas dipamerkan melalui pelekat di dinding hadapan tandas.

Orang ramai yang melakukan kesalahan di bawah Undang - Undang Kecil Tandas Awam (MPSP) 1993, jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua - duanya sekali. Manakala bagi kesalahan yang berterusan, pelaku akan dikenakan denda tidak melebihi RM200.00 bagi setiap hari kesalahan tersebut dilakukan.