Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Tarikh kemaskini pada

Jabatan ini berperanan membentuk dan memelihara Sistem Percukaian MBSP supaya ianya sentiasa responsif dan efektif menjurus konsep keadilan dan kemampanan bagi maksud pengenaan cukai taksiran di bawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Jabatan komited dengan budaya kerja yang proaktif dan efisyen, melaksanakan penilaian secara profesional dan berintegriti, seterusnya pengenaan cukai taksiran berciri cekap dan telus ke atas segala harta berkadar di dalam kawasan pentadbiran MBSP.
   
Disamping itu, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta - harta tak alih MBSP bagi maksud komersil dan maksud awam.
   
1.
Jabatan ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian, iaitu :-
 
I.
BAHAGIAN KADARAN
 
 
II.
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA
 
 
III.
BAHAGIAN PENTADBIRAN DALAMAN
 
 
2.
Fungsi - Fungsi Utama Jabatan adalah seperti berikut :-
 
i.
Penyediaan Senarai Nilaian baru bagi segala harta berkadar yang berada di kawasan pentadbiran MBSP untuk tujuan mengenakan cukai taksiran sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Rujukan Akta : Sek. 127 & 137 Akta 171
       
 
ii.
Pindaan Kepada Senarai Nilaian Semasa melalui penilaian harta - harta baru dan pindaan kepada bangunan sedia ada bagi memastikan sistem percukaian MBSP sentiasa terkini dan saksama.
Rujukan Akta : Sek. 144 Akta 171
       
 
iii.
Melaksanakan penilaian ke atas semua harta Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri & Badan - badan Berkanun bagi maksud tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK).
Artikal 156, Perlembagaan Persekutuan
       
 
iv.
Menguruskan harta - harta tak alih MBSP yang berada di bawah tindakan Jabatan Penilaian & Pengurusan MBSP.
 
       
 
v.
Melaksanakan penilaian untuk maksud Insurans bagi harta - harta tak alih MBSP, Penilaian Modal serta Sewaan Harta.
 
       
 
vi.
Menguruskan Inventori Harta Tak Alih MBSP.
 
       
 
vii.
Memproses dan memperaku permohonan pengecualian / Pengurangan daripada bayaran cukai taksiran.
Rujukan Akta : Sek. 134/135, Akta 171
       
 
viii.
Pengendalian Mesyuarat Rayuan Cukai Taksiran untuk mendengar dan menyiasat rayuan / bantahan terhadap cukai taksiran yang dicadangkan.
Rujukan Akta : Sek. 142 & 143(3). Akta 171
       
 
ix.
Memproses permohonan Pertukaran Nama Pembayar Cukai di dalam Senarai Nilaian MBSP.
Rujukan Akta : Sek. 160, Akta 171
       
 
x.
Menguruskan Pangsa PPR Ampangan.
 
       
 
xi.
Memproses permohonan Pertukaran Alamat Pos Pembayar Cukai di dalam Senarai Nilaian MBSP.
 
       
 
xii.
Memproses Semakan Maklumat Harta - Harta Berkadar di dalam Senarai Nilaian MBSP oleh tuanpunya harta / peguam / perunding.
 
       
 
xiii.
Pengurusan Kompleks Tidak Aktif.