No events |
![]() |
Perutusan Pengerusi PUSPANITA MBSP:
“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah bersyukur dan merafakkan ucapan setinggi harapan serta doa ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik, hidayah dan perkenan-Nya dapat saya bersama- sama ahli-ahli Persatuan Suri Dan Anggota Perkhidmatan Awam Wanita (PUSPANITA) Majlis Bandaraya Seberang Perai. Keperluan berpersatuan adalah selari dengan kehendak Pengurusan Atasan MBSP untuk melihat lebih ramai kaum wanita bangkit mengorak langkah menerajui tampuk pentadbiran. Perkongsian ilmu dan penglibatan semua ahli, cetusan idea yang kreatif dan inovatif, serta semangat berpasukan yang tinggi yang ditonjolkan oleh ahli-ahli PUSPANITA MBSP sememangnya menjadi aset utama untuk menyemarakkan hubungan muhibah dan menyatupadukan semua pihak. ...” |
|
YBhg. Datin Hajah Che Limah Binti Haji Ujang
Pengerusi PUSPANITA MBSP |