previous arrow
next arrow
Shadow
Slider

Pengumuman

Aktiviti Terkini

Jumlah Pengunjung

385082
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Keseluruhan
23
1733
33231
385082

25-04-2024

Perutusan Pengerusi PUSPANITA MBSP

Pengerusi Puspanita
Starter
   
Syukur Alhamdulillah dengan limpah KurniaNya serta doa ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik, hidayah dan perkenan - Nya dapat saya bersama - sama ahli - ahli Persatuan Suri Dan Anggota Perkhidmatan Awam Wanita (PUSPANITA) Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Saya amat terharu kerana dalam kesibukan tugas rasmi dan menguruskan rumah tangga, masih ada ruang kepada ahli - ahli PUSPANITA MBSP untuk melaksanakan aktiviti berpersatuan. Dengan berbekalkan kepada pengalaman dalam berpersatuan ianya boleh meningkatkan capacity building Puan - Puan dalam menjalankan tugas rasmi di pejabat mahupun di rumah.
   
Keperluan berpersatuan adalah selari dengan kehendak Pengurusan Atasan MBSP untuk melihat lebih ramai kaum wanita bangkit mengorak langkah menerajui tampuk pentadbiran. Sebagai sebuah persatuan, PUSPANITA MBSP merupakan platform terbaik untuk mengukuhkan ukhwah. Aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh PUSPANITA MBSP tidak hanya tertumpu kepada ahli - ahlinya tetapi juga kepada Suri. Pihak Jawatankuasa PUSPANITA MBSP sentiasa mencari dan memperbanyakkan program - program pendekatan bersifat ilmiah berbentuk kerohanian, kebajikan, kekeluargaan, kesihatan dan keusahawanan yang dijalankan.
   
Besarlah juga harapan saya agar PUSPANITA MBSP dapat disertai oleh ramai isteri atau suri kepada penjawat awam lelaki di MBSP ini. Penyertaan mereka merupakan satu langkah yang amat penting bagi menjamin kesinambungan aktiviti yang dirancang oleh PUSPANITA MBSP. Diharapkan perkongsian ilmu dan penglibatan semua ahli, cetusan idea yang kreatif dan inovatif, serta semangat berpasukan yang tinggi yang ditonjolkan oleh ahli - ahli PUSPANITA MBSP sememangnya menjadi aset utama untuk menyemarakkan hubungan muhibah dan menyatupadukan semua pihak.
   
Sekian, terima kasih.
   
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
"PUSPANITA MBSP - DINAMIK DAN CEMERLANG"
   
YBHG. DATIN RAZIMAH BT. MOHAMED
PENGERUSI PUSPANITA
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI
#TAJUK BORANGMUAT TURUN
     
Point
Borang Puspadara.
Muat Turun
     
Point
Borang Pencalonan AJK Sesi 2023 - 2025.
Muat Turun
     
Point
Borang Usul AGM Ke - 25 Tahun 2024.
Muat Turun
     
Point
Borang Sumbangan.
Muat Turun
     
Point
Borang Permohonan Ahli.
Muat Turun