previous arrow
next arrow
Shadow
Slider

Pengumuman

Aktiviti Terkini

Jumlah Pengunjung

459219
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Keseluruhan
105
226
4906
459219

22-10-2024

Perutusan Pengerusi PUSPANITA MBSP

Pengerusi Puspanita
Starter
   
Terlebih dahulu saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin - Nya dapat saya bersama - sama ahli - ahli Persatuan Suri Dan Anggota Perkhidmatan Awam Wanita (PUSPANITA) Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Alhamdullilah, sepertimana kita semua sedia maklum, PUSPANITA ditubuhkan atas matlamat untuk merekayasa dan mengupaya ahli - ahlinya, di samping memupuk semangat persefahaman dalam kalangan ahli terhadap rancangan - rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini. Sehubungan itu, saya melihat PUSPANITA sememangnya memainkan peranan yang signifikan dalam memperkasa perkhidmatan awam secara amnya.
   
Selain itu, jalinan hubungan melalui pelbagai medium di luar kerja hakiki seperti PUSPANITA dijangka akan memperkukuh networking, kemesraan dan persefahaman dalam kalangan warga kerja wanita dengan suri warga kerja. Dengan berbekalkan kepada pengalaman dalam berpersatuan ianya boleh meningkatkan capacity building Puan - Puan dalam menjalankan tugas rasmi di pejabat mahupun di rumah.
   
Sebagai sebuah persatuan, PUSPANITA MBSP merupakan platform terbaik untuk mengukuhkan ukhwah. Aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh PUSPANITA MBSP tidak hanya tertumpu kepada ahli - ahlinya tetapi juga kepada Suri. Pihak Jawatankuasa PUSPANITA MBSP sentiasa mencari dan memperbanyakkan program - program pendekatan bersifat ilmiah berbentuk kerohanian, kebajikan, kekeluargaan, kesihatan dan keusahawanan yang dijalankan.
   
Diharapkan perkongsian ilmu dan penglibatan semua ahli, cetusan idea yang kreatif dan inovatif, serta semangat berpasukan yang tinggi yang ditonjolkan oleh ahli - ahli PUSPANITA MBSP sememangnya menjadi aset utama untuk menyemarakkan hubungan muhibah dan menyatupadukan semua pihak. Syabas dan tahniah kepada semua ahli PUSPANITA.
   
Sekian, terima kasih.
   
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
"PUSPANITA MBSP - DINAMIK DAN CEMERLANG"
   
YBHG. DATIN NORAISHAH BT. HASHIM
PENGERUSI PUSPANITA
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI
27 JULAI 2024
#MINIT MESYUARATPDF
     
Point
Buku Laporan Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Kali Ke 25 Tahun 2024.
Lihat
     
Point
Buku Laporan Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Kali Ke 22 Tahun 2021.
Lihat
     
Point
Buku Laporan Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Kali Ke 21 Tahun 2020.
Lihat
     
Point
Buku Laporan Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Kali Ke 20 Tahun 2019.
Lihat