PENGUMUMAN KEPADA PENGGUNA KUPON LETAK KERETA HARIAN MPSP (27/09/2007)

Last updated on

Kupon letak kereta harian yang bernilai RM2 adalah sah digunapakai sehingga 31 Disember 2007 ini sahaja.

Majlis akan menguatkuasakan penggunaan kupon letak kereta harian bernilai RM3 mulai 2 Januari 2008 ini.

Pemilik yang masih memiliki stok kupon harian yang bernilai RM2 boleh membuat penukaran stok baru dengan membuat bayaran tambahan sebanyak RM1 bagi setiap keping. Penukaran hanya boleh dibuat melalui Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda dan Butterworth sahaja. Agen-agen akan menjual kupon harian yang bernilai RM3 sahaja.

Penukaran kupon hanya boleh dibuat sehingga 31 Januari 2008 sahaja.