Engineering Department

Last updated on

Jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek Majlis untuk membantu pembangunan kawasan Seberang Perai. Ia bertanggungjawab untuk kerja - kerja penyelenggaraan serta menyediakan kemudahan awam seperti menyediakan pasar awam, tempat meletak kereta, pondok perhentian bas dan lampu jalan. Di samping itu, jabatan ini juga memainkan peranan dalam penyeliaan sistem lalulintas dan kerja tanah di Seberang Perai.
     
BAHAGIAN / UNIT
     
bullet-right.png
Bahagian Pentadbiran
     
bullet-right.png
Bahagian Pembangunan dan Perancangan :
 
i.
Unit Perancangan
 
ii.
Unit Ulasan Pelan
     
bullet-right.png
Bahagian Pengurusan Aset Mekanikal dan Pengangkutan :
 
i.
Unit R&D, Pembelian dan Penyelenggaraan Alatan Mekanikal
 
ii.
Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Kenderaan
     
bullet-right.png
Penyelenggaraan Harta dan Kemudahan Awam :
 
i.
Unit Projek dan Perolehan
 
ii.
Unit Penyelenggaraan Fasiliti
 
iii.
Unit Penyelenggaraan Infrastruktur
 
iv.
Unit Skuad Penyelenggaraan
     
Fungsi Jabatan Kejuruteraan adalah :
     
1.
Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek Majlis bagi pembangunan seluruh kawasan Seberang Perai.
     
2.
Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam kawalan dan pengawasan sistem lalulintas, kawalan kerja tanah yang mendapat kelulusan tetapi menyebabkan jalan kotor dan pembangunan.
     
3.
Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam serta infrastruktur.
     
4.
Menyelenggara jalan - jalan taman perumahan di seluruh kawasan Seberang Perai.
     
5.
Melaksana pembelian serta penyelenggaraan kenderaan dan peralatan mekanikal Majlis.
     
6.
Menguruskan projek pembangunan yang telah dirancang.