Charges For MBSP Facilities

Last updated on

JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN
       
1.0
HARGA SEWAAN BAGI KEMUDAHAN MAJLIS (COUNCIL FASILITY CHARGES)
 
TONG SAMPAH
Bil
Kemudahan
Biasa (RM)
Konsesi(RM)
1
Tong sampah MGB 240L seunit / sesi
RM20.00
RM10.00
2
Tong sampah MGB 660L seunit / sesi
RM40.00
RM20.00
3
Tong sampah galvanize seunit / sesi
RM100.00
RM50.00
4
Tong sampah RORO seunit / sesi
RM300.00
RM150.00
 
Caj tambahantrip tong RORO pada hari yang sama
RM150.00
RM75.00
       
 
KEMUDAHAN SANITASI
Bil
Kemudahan
Biasa (RM)
Konsesi(RM)
1
Tandas bergerak satu set / sesi
RM800.00
RM400.00
       
 
JENTERA
Bil
Kemudahan
Biasa (RM)
Konsesi(RM)
1
Lori terbuka 1 tan / sesi
RM300.00
RM150.00
2
Lori terbuka tiga (3) tan / sesi
RM500.00
RM250.00
3
High pressure jetter / sesi
RM800.00
RM400.00
4
Catch basin cleaner / sesi
RM1000.00
RM500.00
5
Roadsweeper / sesi
RM1000.00
RM500.00
6
Backhoe / sesi
RM600.00
RM300.00
7
Grabber crane / sesi
RM600.00
RM300.00
       
 
PEKERJA
Bil
Kemudahan
Biasa (RM)
Konsesi(RM)
1
Pekerja pembersihan seorang / sesi
RM100.00
RM50.00
2
Pekerja pemotongan rumput seorang / sesi
RM250.00
RM125.00
       
       
2.0
SYARAT - SYARAT SEWAAN KEMUDAHAN MAJLIS
       
 
2.1
Syarat - syarat bagi sewaan kemudahan yang disediakan oleh Majlis bagi program atau aktiviti rasmi dan tidak rasmi adalah seperti berikut:
       
   
2.1.1
Sewaan tong sampah roll on roll off (RORO)
       
     
SEWAAN TONG SAMPAH ROLL ON ROLL OFF (RORO)
Skop perkhidmatan
Skop perkhidmatan ini hanya merangkumi pengurusan sisa domestik, sisa pukal dan sampah sarap taman sahaja. Manakala sebarang sisa komersial , sisa industri, sisa binaan dan sisa runtuhan struktur adalah tidak dibenarkan.
Tempoh permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang - kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh sewaan bermula.
Bilangan trip dan caj tambahan
Bilangan trip bagi setiap sewaan tong RORO adalah satu (1) kali sahaja. Sebarang tambahan trip atau penukaran tong RORO akan dikenakan caj tambahan mengikut kadar harga yang ditetapkan.
Tempoh masa sewaan
Sewaan tong RORO hanya diberikan maksimum dua (2) hari (48 jam).
Masa mula operasi
Kerja - kerja penghantaran tong RORO kepada penyewa hanya akan dilaksanakan selepas jam 8.00 pagi.
Masa tamat operasi
Kerja - kerja pemungutan tong RORO akan dibuat sebelum atau pada jam 4.00 petang.
       
   
2.1.2
Sewaan tong sampah MGB 240L / MGB 660L dan galvanized 1100L
       
     
SEWAAN TONG SAMPAH MGB 240L / MGB 660L DAN GALVANIZED 1100L
Skop perkhidmatan
Skop perkhidmatan ini hanya merangkumi pengurusan sisa domestik dan sisa kitar semula sahaja.
Tempoh permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang - kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh sewaan bermula.
Bilangan trip dan caj tambahan
Bilangan trip bagi setiap sewaan jenis tong sampah adalah sekali sahaja.
Sebarang tambahan trip atau tong sampah akan dikenakan caj tambahan mengikut kadar harga yang ditetapkan.
Jumlah minima sewaan tong
Jumlah minimum sewaan tong adalah seperti berikut:
Jenis Tong Sampah
Jumlah Minima Sewaan Tong Sampah
MGB 240L
4 unit
MGB 660L
2 unit
Galvanized 1100L
2 unit
Tempoh masa sewaan
Mengikut tempoh sewaan
Masa mula operasi
Kerja - kerja penghantaran tong sampah kepada penyewa hanya akan dilaksanakan selepas jam 8.00 pagi.
Masa tamat operasi
Kerja - kerja kutipan pemungutan tong sampah pula hanya akan dibuat sebelum atau pada jam 4.00 petang.
       
   
2.1.3
Sewaan jentera
       
     
SEWAAN JENTERA
Skop perkhidmatan
Skop perkhidmatan adalah pembekalan jentera mengikut jenis dan kapasiti yang dipersetujui.
Tempoh permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang - kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh sewaan bermula.
Bilangan trip dan caj tambahan
Bilangan trip adalah sekali (1) sahaja. Manakala sebarang tambahan trip adalah dikenakan caj tambahan mengikut kadar harga yang ditetapkan.
Tempoh masa sewaan
Sewaan jentera diberikan maksimum 5 jam.
Masa mula operasi
Sewaan jentera kepada penyewa hanya akan dilaksanakan selepas jam 8.00 pagi.
Masa tamat operasi
Penyewaan jentera akan tamat sebelum atau pada jam 4.00 petang.
       
   
2.1.4
Perkhidmatan pembersihan awam
       
     
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN AWAM
Skop perkhidmatan
Skop perkhidmatan adalah kerja - kerja pembersihan sampah terapung dan pembersihan sampah haram atau semak samun sahaja.
Tempoh permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang - kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh sewaan bermula.
Tempoh masa sewaan
Tempoh maksimum perkhidmatan adalah lima (5) jam sahaja.
Jumlah minima pekerja
Jumlah minimum pekerja adalah tiga (3) orang dalam satu masa.
       
   
2.1.5
Kemudahan sanitasi (Tandas Bergerak)
       
     
KEMUDAHAN SANITASI (TANDAS BERGERAK)
Skop perkhidmatan
Pembekalan dan penghantaran tandas bergerak ke lokasi
Tempoh permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang - kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh sewaan bermula.
Tempoh masa
Mengikut tempoh sewaan
       
   
2.1.6
Perkhidmatan pemungutan sisa pukal atau sisa kebun
       
     
PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN SISA PUKAL / SAMPAH SARAP TAMAN
Skop perkhidmatan
Skop perkhidmatan adalah melibatkan pemungutan sisa pukal dan sampah sarap taman. Sisa binaan atau sisa runtuhan adalah tidak dibenarkan.
Tempoh permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang - kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh sewaan bermula.
Bilangan trip dan caj tambahan
Bilangan trip bagi perkhidmatan pemungutan sampah pukal dan sampah sarap taman adalah sekali (1) sahaja. Sebarang tambahan trip akan dikenakan caj tambahan mengikut kadar harga yang ditetapkan.
       
       
3.0
SYARAT TANGGUNGJAWAB KEROSAKAN DAN SYARAT PENGGANTIAN SEMULA KEMUDAHAN MAJLIS
       
 
3.1
Segala kerosakan dan kehilangan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Perbandaran adalah di bawah tanggungjawab penyewa atau pengguna perkhidmatan.
       
 
3.2
Penggantian semula kemudahan yang disediakan adalah berdasarkan harga semasa di pasaran dan mengikut spesifikasi yang disyaratkan Majlis.
       
       
4.0
SYARAT - SYARAT PEMBERIAN KADAR HARGA DAN PENGECUALIAN BAYARAN KEMUDAHAN MAJLIS
       
 
4.1
Kemudahan sewaan hanyalah tertakluk di dalam kawasan Seberang Perai sahaja.
       
 
4.2
Kadar harga konsesi hanya diberi terus untuk program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Kakitangan MBSP, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun, Institusi Keagamaan, Institusi Pengajian atau Pendidikan Kerajaan, Ahli Parlimen dan ADUN Kerajaan serta Pegawai Penyelaras KADUN. Program - program anjuran kerajaan sahaja diberikan pengecualian sewaan kemudahan seperti program MBSP, Kerajaan Persekutuan, Pejabat SUK Negeri Pulau Pinang dan Ahli Majlis.
       
 
4.3
Pengecualian bayaran atau pengurangan boleh diberi dengan kelulusan Datuk Bandar melalui permohonan secara rasmi.
       
 
4.4
Program - program komersial yang dianjurkan oleh mana - mana pihak hendaklah dikenakan kadar harga biasa selain daripada para 4.2 dan 4.3.