Awards And Achievements

Last updated on

AWARDS AND ACHIEVEMENTS
MBSP has received several awards at district, state, national and international level as below :-
 

Year 2023

Level Awards
National MBSP telah menerima pengiktirafan 'Diamond Award' di bawah 'Category Category 2: City and Town Park (Subcategory 1 : Below 50 Hectares)' melalui Projek 'REVITALIZING GREEN CORRIDOR A RADICAL INTERVENTION: BOUGAINVILLEA BELT' oleh Malaysia Institute of Planners (MIP) dalam Program MIP MyPLACE Awards 2023 yang berlangsung di Hotel Le' Meridien, Petaling Jaya pada 01 Disember 2023.

YBhg. Dato' Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai telah hadir bersama pasukan projek untuk menerima pengiktirafan ini. Turut hadir bersama dalam program ini ialah YBhg. Datin TPr Hjh Noraida binti Saludin, President Malaysia Institute of Planners (MIP); Encik Shaqhrony bin Md Yusoff @ Jamaludin, Pengarah Landskap; Puan Norhayati binti Sulaiman, Pengarah Jabatan Perhubungan Komuniti MBSP; dif - dif kehormat serta pegawai - pegawai MBSP.

Projek Jajaran Hijau yang diuruskan oleh Jabatan Landskap MBSP ini meliputi keluasan kawasan yang dianggarkan berjumlah 6.194 ekar. Ianya merupakan kombinasi kawasan kolam takungan basah dan parit monsun yang diserahkan kepada MBSP untuk penyelenggaraan dan kawasan ini mula digunakan sepenuhnya oleh penduduk pada Januari 2022. Kawasan ini yang dinamakan sebagai LINGKARAN BOUGAINVILLEA telah disediakan dengan fasiliti yang lengkap dan terkini serta mengambil kira keperluan riadah untuk penduduk dan pengunjung. Lingkaran Bougainvillea (Bougainvillea Belt) diberi nama bersempena dengan sejumlah 30 spesies pokok Bunga Kertas (Bougainvillea SPP) yang direkodkan melalui QR Code disamping ianya merupakan spesis yang mudah diselenggara.
   
National Sempena Penganjuran Luna Lights Wonderland 2023, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mendapat pengiktirafan dan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records atas pencapaian dan kejayaan pemasangan dan pameran 1,400,000 lampu bulb LED dalam pameran lampu cahaya (Most LED Lightbulbs in Lightning Event) di Vision Park - 14hb November 2023.
   
National Penarafan Bandar Pintar Malaysia yang julung kali diperkenalkan oleh KPKT melalui PLANMalaysia sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019 - 2025.

Objektif utama penarafan ini adalah untuk mengiktiraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah melaksanakan inisiatif Bandar Pintar (Smart City) yang berpandukan kepada indikator - indikator di dalam Malaysia Standard (MS) ISO 37122:2019 (Smart City Indicator) yang merupakan standard global yang dibangunkan oleh International Organisation for Standardization (ISO). Standard ini merupakan piawaian antarabangsa dan berdasarkan amalan terbaik yang telah disesuaikan dalam konteks Malaysia.

Bagi program tahun 2023 ini, penarafan dimulakan dengan tahap permulaan (entry level) bandar pintar iaitu "Tahap 1-Smart City Early Adopter" secara sukarela (voluntary-basis) khususnya kepada PBT - PBT yang telah bersedia terhadap kriteria - kriteria yang telah ditetapkan.

Senarai PBT yang berjaya mencapai taraf bandar pintar bagi Tahap 1 - Smart City Early Adopter telah diumumkan oleh Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib Ketua Setiausaha KPKT pada 09 November 2023 bersempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Tahun 2023 bertempat di Putrajaya.

Antara insentif kepada Smart City Early Adopter adalah :

1)
Sijil Smart City Early Adopter
2)
Plaque
3)
Peruntukkan RM 200K daripada JKT bagi melaksanakan insentif Bandar Pintar
   
National Penang Smart Parking telah menerima Penerima Terbaik Trek Infrastruktur sempena Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) Tahun 2023 pada 07 November 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.
   
National YBhg Datuk Bandar MBSP hadir di Majlis Pelancaran Malaysia SDG Cities Network dan Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023. MBSP di antara 10 penerima Anugerah National Scroll of Honour Award for Human Settlements (NSOHA) 2023 bagi Projek : "Butterworth Baharu Regeneration Program : Empowering Community & Public Spaces (5th Consolation)" Sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2023. Sebanyak 97 projek telah diterima bagi NSOHA 2023. MBSP di antara 45 PBT di Malaysia turut menerima Sijil Penghargaan Penyediaan Pelan Hala Tuju SDGs dan pelaksanaan Voluntary Local Review (VLR). Majlis telah disempurnakan oleh YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT di Malaysia Urban Forum (MUF), Kuching Sarawak.
   
State Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 yang telah diadakan pada 02 November 2023. MBSP telah menerima:
1)
Anugerah Innovation Blast kategori bukan ICT : Tempat Kedua untuk Projek Multipurpose Cleaning Trolley.
2)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi kategori bukan ICT : Tempat ketiga untuk Projek Upcycle Lane
3)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi kategori ICT : Tempat ketiga untuk projek Sistem Pengurusan Kawasan Perindustrian Bebas Perai (Sistem EFIZ Perai).
   
Federal MBSP telah menerima Anugerah PBT Cemerlang bagi Kempen Pencegahan Denggi di Kawasan Keutamaan PBT (Taman Siakap) 2022 sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2023 pada 17 Oktober 2023.
   
National AKRAB MBSP mewakili Negeri Pulau Pinang dalam Anugerah AKRAB Kebangsaan 2023 dan telah diumumkan memenangi Kategori Dinamik dalam anugerah tersebut pada 03 Oktober 2023.
   
State MBSP berjaya memenangi tempat kedua dalam perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang pada 28 September 2023.
   
State MBSP telah diberikan pengiktirafan "Solar Energy Prosumers Award" oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pulau Pinang atas penglibatan yang serius dalam mewujudkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui melalui tenaga solar serta berusaha untuk mengurangkan pelepasan gas atau "carbon emissions" pada 09 ogos 2023.
   
International MBSP telah mendapat Anugerah Lencana iaitu Mitigation Badge 2022 dan Adaption Badge 2022 atas usaha dalam mengorak langkah untuk penyesuaian perubahan iklim dunia di bawah Global Covenant of Mayors for Climate & Energy (GCoM) yang dianjurkan oleh United Cities and Local Goverments Asia - Pasific (UCLG ASPAC) serta Global Covenant of Mayors for Climate & Energy South East Asia pada 14 - 15 Jun 2023.
   
State MBSP menduduki tempat pertama (Kategori A) Kempen Hari Tanpa Tunai bagi Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang anjuran Bahagian Kerajaan Tempatan dan Payment Network Malaysia Sdn. Bhd (PayNet) dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 70,000.00 serta sijil penghargaan.
   
State MBSP telah memenangi tempat kedua bagi kategori Gerai Tercantik sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Negeri Pulau Pinang.
   
National MBSP telah memenangi tempat ketiga Anugerah Pertandingan Inovasi MALA 2.0 : Piala YB Menteri KPKT inovasi yang dikategori adalah "Revitalising Green Corridor A Radical Intervention : Lingkaran Bougainvillea" pada 12 Mac 2023.
   
National MBSP telah memenangi Anugerah Emas inovasi yang dikategori adalah "di Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 pada 18 Januari 2023.
   
National MBSP berjaya mengekalkan penarafan 5 bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB - PBT) Tahun 2022. MBSP turut mendapat penghargaan selaku PBT Terbaik Bandaraya bagi Kriteria Pengurusan.
   
National / Federal MBSP telah menerima Anugerah Bandar Mampan dan Anugerah Bandar Bahagia yang dianjurkan oleh KPKT.
   

 

Year 2022

Level Awards
District Johan bagi Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Datuk Bandar MBSP 2022 pada 10 Disember 2022.
   
State Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 yang telah diadakan pada 08 Disember 2022. MBSP telah menerima :
1) Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) : Tempat kedua untuk Inovasi SISKEN.

2) Anugerah Inovation Blast Teknikal : Tempat ketiga untuk Inovasi Visible Parking.

3) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Bukan ICT : Tempat pertama untuk Inovasi Lingkaran Bourgainvella.

4) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Kategori ICT :
i)
Tempat pertama untuk Inovasi Aspire Seberang Perai.
ii)
Tempat kedua untuk Inovasi Sistem Pengurusan Lesen Interaktif dan Bersepadu (SPEEDBiz).
iii)
Tempat ketiga untuk Inovasi Sistem E - Clocking BKK.
   
State MBSP melalui Inovasi Lingkaran Bourgainvella telah memenangi Anugerah Khas dalam Anugerah Inovasi Ketua Menteri yang telah diadakan pada 08 Disember 2022.
   
National MBSP telah mendapat sijil penghargaan di atas Pencapaian Status Bandar Mampan 2022 di dalam Program Pengukuran Bandar Mampan Malaysia melalui MURNInets bersempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2022.
   
National MBSP telah mendapat Anugerah Bandar Bahagia 2021 sempena Hari Kebahagiaan Sedunia 2022 daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
   
National Pensijilan Semula Sistem Pengurusan MBSP telah diperolehi dan berkuatkuasa mulai 05 Disember 2022 melalui Pengauditan SIRIM yang telah dijalankan pada 25 hingga 28 Oktober 2022.

Sistem Pengurusan MBSP adalah seperti berikut :

1)
Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 9001:2015 (QMS).
2)
Sistem Pengurusan Alam Sekitar, ISO 14001:2015 (EMS).
3)
Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018 (OSHMS).
4)
Sistem Pengurusan Tenaga, ISO 50001:2018 (EnMS).
5)
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2013 (ISMS).
6)
Sistem Pengurusan Anti-Suapan/Sogokan, ISO 37001:2016 (ABMS).
7)
Sistem Pengurusan Aset ISO 55001:2014 (AMS).
   
International MBSP bersama Bahagian Kerajaan Tempatan dan MBPP di dalam satu kumpulan telah memenangi Gold Medal Award melalui Program Penang Smart Parking yang telah diadakan di International Convention On Quality Control Circles 2022 di Jakarta, Indonesia yang berlangsung pada 15 hingga 18 November 2022.
   
National MBSP melalui inovasi Lingkaran Bougainvillea telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan National Scroll of Honour Award for Human Settlements 2022 pada 7 November 2022.
   
District Johan bagi Bola Jaring Piala Datuk Bandar Seberang Perai tahun 2022 pada 08 Oktober 2022.
   
International MBSP telah mendapat tempat kedua dalam SDG Awards sempena The 9th Citynet Congress 2022 yang telah berlangsung pada 20 - 23 September 2022 di Kuala Lumpur.
   
State Johan bagi Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan ke - 65 peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2022 bagi kategori sektor awam pada 31 Ogos 2022.
   
State Johan Perseorangan bagi Ten Pin Bowling Piala Datuk Bandar MBMB XVI pada 24 Julai 2022 anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sempena ulang tahun ke - 19.
   
National Tempat Ketiga bagi Sukan Hoki (MALA) pada 04 Jun 2022 anjuran Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).
   
International Seberang Perai antara 3 bandar di Malaysia yang telah disenarai pendek daripada 280 penyertaan Seluruh Dunia untuk mewakili Malaysia dalam WWF's One Planet City Challenge 2022 yang bakal berlangsung pada Mei 2022.
   
District Johan bagi Sukan Hoki Piala Datuk Bandar MBSP pada 26 Mac 2022 anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai.
   
International MBSP telah terpilih ke peringkat akhir Addressing Climate Change And Reducing Pollution dalam 12th Dubai International Award for Sustainable Best Practices yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2022.
   
National MBSP telah mendapat Pengiktirafan 3 Bintang (Bintang Tertinggi) Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) pada 17 Januari 2022 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
   
State MBSP telah mendapat Pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk Pencapaian MBSP Sepanjang Tahun 2021 semasa Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 14 Januari 2022.
   

 

Year 2021

Level Awards
National MBSP telah mendapat 3 Bintang dalam Pengauditan Persijilan Semula Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang telah diadakan pada 25 Oktober 2021. Persijilan ini bertarikh 16 Disember 2021.
   
National MBSP telah menerima Anugerah Regulatory Champion Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Aktif Melaksanakan GRP. Penganugerahan ini diberikan oleh MPC dan disampaikan dalam Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan (GRP) pada 25 November 2021.
   
International MBSP telah mengambil bahagian dalam Projek EPIC Asia - Pacific Seed Grant Proposal pada 6 Julai 2021 dengan Kerjasama Universiti Pendidkan Sultan Idris yang dianjurkan oleh EPIC Network - Global Adaptation Network dan telah diumumkan memenangi USB $2,000 (RM 8,392.00) pada 10 Ogos 2021.
   
National Projek Butterworth Digital Library (BDL) Oleh Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai telah memenangi 2 anugerah iaitu :
i. PAM AWARDS 2020 : Adaptive Re - Use Category
ii. MIID REKA Awards 2020 For Design Excellence : Mention Award in the Green Interior Awards & Adaptive Re - Use Category
   
National MBSP telah berjaya merangkul MSOSH OSH GOLD CLASS 2 AWARD WINNER FOR 2021 di bawah kategori sektor awam dan badan berkanun yang membawa maksud MBSP mempunyai prestasi OSH yang sangat baik. Penganugerahan ini diberikan oleh MSOSH OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH (MSOSH) bersempena MSOSH OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH 39TH AWARD 2021.
   
International Datuk Bandar Seberang Perai telah berjaya dilantik sebagai Vice President Of WEGO bagi tahun 2021 - 2023.
   
State MBSP dari Kumpulan Penang Smart Parking Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima Anugerah Emas sempena Mini Innovation Showcase Team Excellence (MTex) 2021 MPC Wilayah Utara pada 1 Julai 2021.
   
National MBSP telah berjaya meraih Tempat Kedua di dalam Pertandingan Piala Inovasi YB Menteri KPKT anjuran Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) bagi inovasi Taman Up - Cycle: Aspirasi Seni Taman Rendah Karbon yang diadakan pada 11 Jun 2021. Majlis pengumuman pemenang telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. MBSP telah mendapat Wang Tunai RM 2,000 dan Geran KPKT bernilai RM 500,000 berserta Piala Iringan dan Sijil.
   
National YBhg. Dato' Sr Haji Rozali Bin Haji Mohamud, Datuk Bandar Seberang Perai telah dianugerahkan Productivity Champion Award kategori Leadership Wilayah Utara daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 23 April 2021.
   
International Pada 17 Februari 2021, YBhg. Dato' Sr Haji Rozali Bin Haji Mohamud, Datuk Bandar Seberang Perai secara rasminya telah dilantik oleh ICLEI - Local Government For Sustainability sebagai Penasihat kepada Global Executive Committee (GEXCOM) of ICLEI di dalam Portfolio The Climate Action and Low Emission Development bermula 2021 hingga 2024.

 

Year 2020

Level Awards
National Persijilan Sistem Pengurusan MBSP disambung untuk tahun seterusnya melalui Pengauditan SIRIM pada 26 Oktober 2020 hingga 28 Oktober 2020.

Sistem Pengurusan MBSP adalah seperti berikut :

1. Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 9001:2015 (QMS)
2. Sistem Pengurusan Alam Sekitar, ISO 14001:2015 (EMS)
3. Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4. Sistem Pengurusan Tenaga, ISO 50001:2011 (EnMS)
5. Sistem Pengurusan Persekitaran Kualiti (5S)
6. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2013 (ISMS)
7. Sistem Pengurusan Anti-Suapan/Sogokan, ISO 37001:2016 (ABMS)
   
State Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 yang telah diadakan pada 21 dan 22 Disember 2020 di Penang Digital Library, Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang. MBSP telah menerima 2 anugerah iaitu:

i) Tempat Ketiga Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 bagi Kategori Bukan ICT untuk projek Visible Grease Trap oleh Jabatan Kejuruteraan MBSP.

ii) Tempat Ketiga Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 bagi Kategori ICT untuk projek CyberBill MBSP oleh Jabatan Perbendaharaan MBSP.
   
State Penang Green Office (September 2020 - September 2022), Penang Green Council.
   
State Puan Norazira Bt. Muhammad (Wakil Jabatan Khidmat Pengurusan) telah mendapat Tempat Kedua dalam Pertandingan Kereta Berhias Anak Merdeka Sempena Hari Merdeka yang ke - 63 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Bandar Seberang Jaya.
   
State MBSP telah mendapat Pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk Pencapaian MBSP sepanjang Tahun 2019 semasa Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam oleh YAB Ketua Menteri pada 30 Jan 2020.
   
International MBSP telah mendapat penghargaan antarabangsa daripada United Nations Development Programme (UNDP) di atas penglibatan dalam All About SDG’s Campaign 2019 semasa UNDP Roundtable Discussion With City Councils on the SDG’s pada 20 Januari 2020. Hanya 5 bandar di Malaysia diberi penghargaan bagi melaksanakan SDG’s di peringkat tempatan.
   
State MBSP telah mendapat pengiktirafan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai Most Productive Organization in Northern Region pada 20 Januari 2020.

 

Year 2019

Level Awards
State Cik Normaira Bt. Abdul Rahman (Ketua Unit Butterworth Baharu) telah mendapat Tempat Kedua Dalam Pertandingan Menulis Artikel Popular Zakat 2019 Sempena Sambutan Jubli Perak (25 Tahun) anjuran Zakat Negeri Pulau Pinang. Menerima Wang Tunai RM 700.00 + Sijil + Buku.
   
National MBSP telah mendapat 3 Bintang dalam Pengauditan Persijilan Semula Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang telah diadakan pada 2 Disember 2019. Persijilan ini bertarikh 20 Disember 2019.
   
State Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2019 telah diadakan pada 12 November 2019 bertempat di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR. Dalam majlis ini, MBSP telah menerima beberapa anugerah, iaitu:

i) Naib Johan bagi projek Safety Top and Resizable Grating oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif KIK.

ii) Anugerah Khas Inovasi Berpotensi bagi Anugerah Inovasi untuk Kategori ICT bagi projek Vehicle iAMS Internal Audit Mgt System.

iii) Naib Johan bagi Anugerah Inovasi untuk Kategori Bukan ICT bagi projek Vehicle Optimization Matrix - Decision Modelling.

iv) Johan Inovation Blast bagi Kategori Teknikal untuk projek Pothole Repair & Rangers Via Crowdsourcing CPR.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh YBhg. Encik Ahmad Rizal Bin Mohd Hanapiah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Dan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
   
State MBSP telah mendapat Anugerah Kontinjen Terbaik Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1441H/2019 pada 9 November 2019.
   
National MBSP telah berjaya mendapat Anugerah Kualiti SIRIM 2019 Kategori Kerajaan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang diadakan di One World Hotel pada 8 November 2019. MBSP telah menerima trofi, sijil dan baucer RM 10,000.
   
International MBSP telah mendapat Pengiktirafan Gred A bagi Pencapaian pengurangan penghasilan karbon di Seberang Perai oleh CDP. Seberang Perai disenaraikan sebagai 10 Bandar Raya terbaik di Rantau Asia Tenggara dan antara 100 bandar raya terbaik di peringkat dunia pada 1 November 2019. Pengiktirafan ini diberikan oleh Carbon Disclosure Project (CDP) Organization.
   
National MBSP telah mendapat Pengiktirafan Provision bagi LCC2030 Challenge semasa International GreenTech & ECO Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) di KLCC pada 9 - 11 Oktober 2019. Pengiktirafan ini diberikan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).
   
National MBSP telah menerima pengesahan daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sebagai Agensi Kerajaan Pertama Di Malaysia yang mengintegrasikan enam (6) Sistem Pengurusan pada 26 Ogos 2019.
   
National MPSP telah berjaya mendapat Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Sarawak Dan Sabah (RTEx) Tahun 2019 yang diadakan di Miri Sarawak pada 24 Julai 2019 hingga 25 Julai 2019. MPSP juga diberikan pengiktirafan Industri 4.0 dalam Konvensyen berkenaan.
   
National Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Jati Diri Penjawat Awam Melalui Kebudayaan Dan Kesenian Dalam Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2019 di Bayu Balau Beach Resort, Bandar Penawar, Johor. Dalam bengkel tersebut telah diadakan Majlis Penganugerahan Sang Wara Seni Lajang Peraja yang merupakan satu sesi penghargaan kepada penjawat awam yang telah menyumbangkan bakti dan komitmen mereka terhadap agenda kebahasaan, kebudayaan dan kesenian dalam Perkhidmatan Awam. Justeru itu, Encik Muhamad Nasir bin Ramli, Penolong Pegawai Senibina dari Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Setia Wangsa dalam majlis yang diadakan pada 13 Julai 2019. Anugerah Khas tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Suhaime bin Mahbar, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA dan YBhg. Datuk Wan Uzir bin Wan Sulaiman, Setiausaha Sulit Kanan Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri.
   
National MPSP telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB - PBT) Tahun 2018 dan dianugerahkan pencapaian 5 Bintang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pencapaian ini telah diumumkan oleh YB Tuan Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh (Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan & Perancang Bandar dan Desa) pada 3 Mei 2019.
   
National MPSP telah dianugerahkan Sijil Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntibiliti Tahun 2017 pada 31 Oktober 2018. Penganugerahan ini diberikan kepada Majlis setelah pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntibiliti Tahun 2017 dijalankan ke atas sembilan (9) elemen kawalan utama di bawah Pengurusan Kewangan Majlis iaitu Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Pengurusan Perolehan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman dan Deposit, Pengurusan Aset dan Stor, Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman serta Pengurusan Penyata Kewangan.

Majlis telah mendapat taraf 5 Bintang kerana status pengurusan kewangan berada pada tahap cemerlang.
   
State MPSP telah menerima insentif sebanyak RM35,000 oleh Kerajaan Negeri atas pencapaian yang diperolehi bagi tahun 2018. Insentif telah disampaikan oleh YAB Ketua Menteri ketika Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam Bersama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pada 7 Januari 2019 bertempat di The Top, KOMTAR Pulau Pinang.
   
State Pelancaran Manual Dealing With Construction Permit (DCP) Seberang Perai yang diadakan di Hotel The Light, Seberang Jaya pada 11 Januari 2019 telah disempurnakan oleh YB Tuan Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh (Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan & Perancang Bandar dan Desa).

MPSP menjadi Majlis Perbandaran yang pertama di Pulau Pinang dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ketiga di Malaysia telah berjaya melancarkan Manual Dealing With Construction Permit (DCP). Dalam buku manual ini terdapat 21 prosedur yang telah dipermudahkan dari 55 jumlah prosedur asal tanpa melanggar mana - mana peruntukan undang - undang dan SOP jabatan teknikal untuk menjadi panduan pemaju.

 

Year 2018

Level Awards
State Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2018 telah diadakan pada 22 November 2018 bertempat di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR. Dalam majlis ini, MPSP telah menerima beberapa anugerah, iaitu:

i) Johan Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKN) Tahun 2018 untuk Kategori ICT bagi projek MyMPSP oleh Jabatan Teknologi Informasi dan Komunikasi.

ii) Naib Johan bagi AIKN Tahun 2018 untuk Kategori Bukan ICT bagi projek Karnival Up - Cycle oleh Jabatan Kemasyarakatan.

iii) Naib Johan Inovation Blast bagi Kategori Teknikal untuk projek Penilaian Kompetensi Pemanduan Melalui Simulator oleh Encik Kamal Bin Muhammad Raini dan Puan Nurhashima Binti Ishak dari Jabatan Kejuruteraan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ghazali Bin Derahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Pulau Pinang.
   
National MPSP telah menerima Diamond Recognition for successfully achieving a carbon emissions reduction of 77.30 tCO2 through the One System Approach in 2017 under the LOW CARBON CITIES FRAMEWORK & ASSESSMENT SYSTEM (LCCF)
   
National Pada 7 September 2018, MPSP telah mendapat pengesahan daripada The Malaysia Book Of Records (MBR) atas pencapaian sebagai “Largest Golden Penda (XANTHOSTEMON CHRYSANTHUS) Tree Plantings Event” Total : 5,110 trees
   
National Pada 28 Julai 2018, MPSP telah mendapat pengesahan daripada The Malaysia Book Of Records (MBR) atas pencapaian sebagai "First Organisation To Develop Upcycle Park".
   
Audit MPSP telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dibawah Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) pada tahun 2017. Berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 1 yang telah dikeluarkan pada 6 Ogos 2018, MPSP telah berjaya mencapai tahap Cemerlang (5 bintang)merangkumi sembilan (9) elemen kawalan utama di bawah Pengurusan Kewangan iaitu Kawalan Pengurusan; Kawalan Bajet; Kawalan Terimaan; Pengurusan Perolehan; Kawalan Perbelanjaan; Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman dan Deposit; Pengurusan Aset dan Stor; Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman serta Pengurusan Penyata Kewangan.
   
State Pada 23 Julai 2018, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah berjaya menjadi Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2018, Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan untuk Sistem Amaran Paras Air Kawalan Banjir (SPARK). Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ghazali Bin Derahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Pulau Pinang.
   
National MPSP telah menerima Silver Award atas kejayaan mewujudkan Upcycle Park dan telah menerima trofi serta sijil di Majlis Konvensyen Mini Team Excellence (MTEx) 2018 Wilayah Tengah oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 24 April 2018 di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, Shah Alam. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Razali bin Hussain (Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia). Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan jabatan sokongan serta Wira Orange MPSP atas kejayaan ini.
   
National MPSP telah menerima anugerah di Majlis Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA), Gala Dinner oleh Institute Of Landscape Malaysia (ILAM) pada 21 April 2018 di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur bagi Special Honour Award bagi Government Category: Green Initiatives Awards yang telah dinobatkan kepada Projek Butterworth Fringe Festival : A Creative Placemaking In Urban Public Spaces yang telah menerima trofi dan sijil. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mantek (Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan). Tahniah diucapkan kepada Unit Butterworth Baharu dan semua jabatan sokongan atas kejayaan ini.
   
National Pada 2 Februari 2018, MPSP telah mendapat pengesahan daripada The Malaysia Book Of Records (MBR) atas pencapaian sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang mendapat tujuh (7) Persijilan Pengurusan Kualiti iaitu :

1. Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 9001:2015 (QMS)
2. Sistem Pengurusan Alam Sekitar, ISO 14001:2015 (EMS)
3. Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4. Sistem Pengurusan Tenaga, ISO 50001:2011 (EnMS)
5. Sistem Pengurusan Persekitaran Kualiti (5S)
6. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2013 (ISMS)
7. Sistem Pengurusan Anti-Suapan/Sogokan, ISO 37001:2016 (ABMS)

 

Year 2017

Level Awards
State Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2017 telah diadakan pada 28 November 2017. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ghazali Bin Derahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Pulau Pinang. MPSP telah menerima beberapa anugerah, iaitu:

i) Tempat Pertama Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2017 bagi projek Sistem Selenggara Kenderaan (SISKEN 2.0).

ii) Tempat Ketiga Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2017 untuk Kategori ICT bagi projek e-COB.
   
National Tempat Ketiga Anugerah inovasi kerajaan negeri Pulau Pinang tahun 2016 pada 28 November 2017.
   
National Pada 22 November 2017, sijil pematuhan SAGA telah disampaikan oleh YBrs Tuan Saat bin Esa, Akauntan Negara Malaysia di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang, di mana MPSP merupakan PBT yang ke-empat (ke-4) di Malaysia dan PBT yang pertama di utara Semenanjung Malaysia yang memperolehi pensijilan SAGA.

Anugerah pensijilan pematuhan SAGA ini adalah satu pengiktirafan dan perakuan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia ke atas kemantapan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan MPSP. Selain itu, ia meningkatkan keyakinan stakeholder dalam pengurusan perakaunan dan kewangan MPSP serta menandakan komitmen MPSP bergerak ke arah bandaraya pintar menjelang 2022.
   
State MPSP telah berjaya membaharui sijil Pejabat Hijau untuk dua tahun lagi dari Penang Green Council (badan di bawah naungan Kerajaan Negeri Pulau Pinang) dan juga telah memperolehi Sijil Premis “Aquasave” - pengurusan air yang mampan dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd mulai Ogos 2017 sehingga September 2019. Kali pertama sijil pejabat hijau diperolehi ialah mulai Ogos 2013 hingga September 2015. Kali kedua ialah mulai Ogos 2015 hingga September 2017. Sijil Pejabat Hijau dan Sijil Premis “Aquasave” telah disampaikan oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang di Eastin Hotel, Penang pada 22 November 2017.
   
State Pada 19 November 2017, Anugerah Tandas Bersih Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di Lebuh Pantai dan disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng.. MPSP telah memenangi tempat ketiga untuk tandas Kompleks Makanan Taman Pelangi B dan hadiah saguhati untuk tandas Kompleks Makanan Taman Pelangi A. Hadiah ini adalah untuk kategori tandas PBT peringkat Negeri Pulau Pinang.
   
National Naib Johan Bolasepak Sembilan Sebelah kejuaraan Piala TYT Pulau Pinang pada Februari 2017.

Naib Johan Pertandingan Bolasepak kejohanan MALA 2017 pada Oktober 2017 di Kuantan Pahang pada 29 September 2017 hingga 02 Oktober 2017.
   
State Penyertaan Dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 (Kategori Inovasi Sosial)

Pasukan KIK MPSP 2017, Kumpulan THO - IFAH e3 yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan, Perbendaharaan dan Bangunan telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 (Kategori Inovasi Sosial). Tajuk KIK 2017 adalah Anti Theft Sliding Service Door For Lamp Post - A.TESS DOOR 2.0.

Pasukan KIK 2017 MPSP juga turut memenangi Anugerah Persembahan Terbaik 2017 dan ini merupakan tahun 4 berturut - turut MPSP memenangi anugerah ini.
   
National Provisional Certificate For Low Carbon Cities Framework & Assessment System

MPSP telah mendapat pengiktirafan Provisional Certificate for Low Carbon Cities Framework & Assessment System Baseline Through A One System Approach melalui Projek Perintis Low Carbon Cities Framework (LCCF) – Bangunan Ibu Pejabat MPSP oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama GreenTech di Program International GreenTech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2017 (IGEM 2017) pada 13 Oktober 2017 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

LCCF & Assessment System akan digunakan bagi menilai perbandaran rendah karbon berdasarkan kaedah pengukuran jumlah pembebasan karbon di Bangunan Ibu pejabat MPSP.
   
National MPSP telah berjaya mendapat Sijil ISO 37001:2016 Anti - Bribery Management System yang mana merupakan organisasi pertama di Malaysia yang berjaya menerima sijil ini daripada SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. Sijil ini dikeluarkan kepada MPSP pada 20 Oktober 2017 dan tempoh sah sijil ini ialah sehingga 19 Oktober 2020.
   
National Pada 27 Ogos 2017, MPSP telah mendapat pengesahan daripada The Malaysia Book Of Records (MBR) atas pencapaian sebagai “Largest Tecoma (TABEBUIA SPP) Tree Planting Event” Total : 3,002 trees
   
National Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016 [Lima (5) Bintang (CEMERLANG)].

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016 (Lima (5) Bintang CEMERLANG) pada 10 Julai 2017 (Isnin) bertempat di Dewan Taklimat ICU, Aras 1 Timur, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, 62502 Wilayah Persekutuan, PUTRAJAYA. .
   
International Silver Award dalam kategori Digital Inclusion Category

Smart Monitoring System 2.0 MPSP telah memenangi Silver Award dalam kategori Digital Inclusion untuk 3rd WeGO Smart Sustainable City Award. Silver Award ini akan diserahkan semasa 4th WeGO General Assembly di Ulyanovask Region, Rusia yang berlangsung pada 27 hingga 30 Jun 2017.
   
National Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dinobatkan untuk menerima dua anugerah di Majlis Malaysia Landscape Arhitecture Awards (MLAA) Gala Dinner Oleh Institute Of Landscape Malaysia (ILAM) pada 22 April 2017 di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis Penyampaian Anugerah ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anugerah yang telah diterima oleh MPSP adalah :

i. Special Honour Award di bawah Government Category: Green Initiatives Awards telah dinobatkan kepada Projek Butterworth Baharu Regeneration Plan: Empowering Community & Public Space telah menerima trofi dan sijil.

ii. Honour Award di bawah Government Category: Green Initiatives Awards telah dinobatkan keapda Projek Sustainable Milieu Through Green Initiatives : An Approach of Public, People & Private Partnership (4PS) telah menerima trofi dan sijil.

State JOHAN MAKSAK Kategori Veteran Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 Pemain sepak takraw PESUKA / MPSP kerana telah berjaya merangkul gelaran JOHAN MAKSAK Kategori Veteran Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 yang berlangsung pada 5 Februari 2017 (AHAD) bertempat di Dewan Azman Hashim, USM Sport Arena.

 

Year 2016

Level Awards
National Anugerah Khas Menteri dan Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau Sempena Sambutan Hari Karnival KPKT 2016

i. MPSP telah dianugerahkan Anugerah Khas Menteri untuk PBT yang cemerlang. Majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada Hari Karnival KPKT 2016 yang diadakan pada 3 Disember 2016 dan disampaikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. MPSP telah mendapat piala pusingan Anugerah Khas Menteri, piala dan sijil.

ii. MPSP juga mendapat Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2016 bagi kategori Majlis Perbandaran untuk dua inisiatif iaitu Penyediaan Laluan Pejalan Kaki dan Program Pengkomposan Sisa. Setiap anugerah mendapat piala, sijil dan wang tunai RM4,500.00 setiap satu.

National MIP Planning Excellence Awards 2016 (MIP PEA 2016)

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dinobatkan untuk menerima dua anugerah oleh Malaysian Institute of Planner (MIP) sempena MIP Planning Excellence Awards 2016 pada 25 November 2016. Majlis Penyampaian Anugerah ini telah disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud,Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Anugerah yang telah diterima oleh MPSP adalah :

i. MPSP telah dinobatkan sebagai penerima Recognition Awards yang mana buat julung kalinya MIP memilih 10 buah Kerajaan Tempatan terbaik seluruh Malaysia untuk menerima anugerah ini. Anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MPSP sejajar dengan good governance dan Sustainable Development.

ii. MPSP dinobatkan sebagai penerima Merit Awards bagi Kategori Community Based Planning Category yang dianugerahkan kepada Project Butterworth Baharu Programme : Community Engagement Approached in Pekan Lama Regeneration Plan.

State Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang

Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 telah diadakan pada 25 Oktober 2016 di Ruang Pameran Paras 3, KOMTAR. MPSP telah menerima beberapa anugerah sempena Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016 iaitu:

i. Johan dalam kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) sempena Sambutan Hari Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 : Anti-Theft Sliding Door For Lamp Post (A-Test Door))

ii. Naib Johan dalam kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) sempena Sambutan Hari Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri

iii. Tempat Ketiga dalam kategori Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 : Inovasi eMahkamah

iv. Anugerah Khas dalam Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 : Inovasi Kad Pemberitahuan Tunggakan Cukai Taksiran (AiKad)

International Global Human Settlements Outstanding Contribution Award

The United Nations Conference On Housing And Sustainable Urban Development & The 11th Global Forum On Human Settlements telah menganugerahkan kepada YBhg. Dato' Maimunah Mohd Sharif, Yang Dipertua MPSP "Global Human Settlements Outstanding Contribution Award" di atas segala usaha-usaha dan kesungguhan beliau dalam menjadikan Seberang Perai sebuah bandar mampan. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan pada 18 Oktober 2016 di Quito, Ecuador.

State Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) 2016

MPSP telah berjaya untuk mendapat Anugerah Persembahan Terbaik dalam Konvensyen KIK peringkat Negeri Pulau Pinang pada 8 September 2016 melalui Tajuk Projek Masalah Mengenalpasti Binaan Tanpa Kebenaran (Freeriders) Untuk Tujuan Kadaran oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. MPSP telah berjaya mendapat penghargaan sebagai Persembahan Terbaik Kumpulan KIK untuk tiga (3) tahun berturut - turut.

National Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2016

Majlis Sambutan Hari Inovasi KPKT 2016 telah diadakan pada 13 Oktober 2016 bertempat di Dewan Kristal KPKT, Putrajaya. Dalam majlis ini, MPSP telah berjaya tersenarai antara lapan (8) PBT yang terbaik dalam kategori Anugerah Inovasi Kerajaan Tempatan (AIPBT) 2016 dan telah menerima penghargaan sebanyak RM100,000.00. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

 State Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016

Sukacita dimaklumkan,  Majlis Perbandaran Seberang Perai telah berjaya memenangi pertandingan Tandas Bersih bagi kategori Tandas Awam milik Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri 2, bertempat di Mydin Mall, Jalan Baru. Bagi kategori yang dipertandingkan, MPSP telah berjaya memenangi hadiah seperti berikut:

 
PERTAMA
TANDAS AWAM KOMPLEKS MAKANAN TAMAN SENTOSA, NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN
SAGUHATI
i)
TANDAS AWAM PASAR AWAM PENANTI, SEBERANG PERAI TENGAH
 
ii)
TANDAS AWAM KOMPLEKS MAKANAN TAMAN ROBINA, SEBERANG PERAI UTARA
  MPSP telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.00, sijil berserta trofi bagi Tempat Pertama serta sijil berserta trofi untuk Saguhati.
State

Johan Kategori Sektor Awam Pertandingan Kawad Sempena Perarakan Kemerdekaan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Pulau Pinang, 31 Ogos 2016

National Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan 2016

Dimaklumkan MPSP telah berjaya mendapat 5 Bintang di dalam Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan 2016 yang telah dijalankan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia pada 20 dan 21 Julai 2016.

National Pada bulan Julai, MPSP telah mendapat pengesahan daripada The Malaysia Book of Records (MBR) atas pencapaian sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang mendapat enam (6) persijilan Sistem Pengurusan Kualiti iaitu:
 
1.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS)
2.
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS)
3.
Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4.
Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS)
5.
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S (QEMS)
6.
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
   
National Floria President Award, 27 Mei 2016.
   
Quality Persijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013, 25 Mac 2016.
   
State Pengiktirafan Daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang

MPSP telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas pencapaian MPSP mendapat tempat kedua dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) bagi kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan. Projek inovasi yang telah dikemukakan oleh MPSP bagi Anugerah Inovasi Sektor Awam adalah Sistem Pemantauan Pintar (SPP), Perkhidmatan Kaunter Multiskills, Professional Sniper Gadjet (PSG) dan Self Managed Recycle Center (SMRC). MPSP juga mendapat pengiktirafan di atas pencapaian ‘The Malaysia Book Of Records’ (MBR) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang menerima Lima (5) Sistem Pengurusan Berteraskan Kualiti pada tahun 2015 iaitu:
 
1.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS)
2.
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS)
3.
Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4.
Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS)
5.
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S (QEMS)

 

Year 2015

Level Awards
National Tempat ke-2 dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam 2015 (AISA) bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan. Majlis ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 16 Disember 2015 dan dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Mohd Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. MPSP telah menerima hadiah berupa cek sebanyak RM100,000.00 serta sijil penghargaan.
   
Quality Anugerah Kualiti Sirim 2015 (Kategori Organisasi), 13 November 2015.
   
National Tempat kedua dlm kategori pengkomposan sisa pelaksanaan Inisitiatif Kejiranan Hijau sempena hari sambutan Hari Perancang Sedunia 2015, 3 November 2015.
   
Quality Penang Green Office (September 2015 - September 2017), Penang Green Council.
   
International Cik Nadia Faradila bt Jalawi (Penolong Pengarah Jabatan Kejuruteraan) telah menyertai ICMA YSEALI Professional Fellows Program pada 29 April 2015 hingga 6 Jun 2015 yang lalu di Washington D.C, USA.
   
National Pada 13 April 2015, MPSP telah mendapat pengesahan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang menerima lima (5) Persijilan Sistem Pengurusan berteraskan kualiti iaitu:
1.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS)
2.
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS)
3.
Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4.
Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS)
5.
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S( QEMS)
   
National Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) KPKT 2015
Inovasi MPSP iaitu :-
1.
Kaunter Bergerak Multi Skill
2.
Profesional Sniper Gadget (PSG)
3.
Sistem Pemantauan Pintar (SPP)
4.
Self Manage Recycle Center (SMRC)
MPSP telah berjaya disenarai pendekkan dalam enam (6) finalis terbaik dari 19 penyertaan PBT dalam Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan  (AIPBT) 2015 dan  telah mendapat Insentif Penghargaan sebanyak RM 100,000.00 daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaaan Tempatan (KPKT). Majlis Penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaaan Tempatan (KPKT) pada 22 Oktober 2015. Keputusan muktamad akan diumumkan pada November 2015.
   
State Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Peringkat Negeri Pulau Pinang-27 Oktober 2015
1.
Anugerah Khas untuk Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)  dengan tajuk Projek : INSENTIF DAN TINDAKAN PUNITIF BAGI KUTIPAN HASIL DAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN oleh Jabatan Perbendaharaan.
2.
Johan untuk Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) dengan Projek: KAUNTER BERGERAK MULITISKIL oleh Kumpulan CMS Team (Kumpulan KIK MPSP 2014).
3.
Naib Johan untuk  Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) dengan Projek : SISTEM PEMANTUAN PINTAR (SPP) oleh Jabatan Korporat dan Perhubungan Antarabangsa.
   
State Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif)  3i dari  Jabatan Perbandaran, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Kejuruteraan MPSP telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan pada 6 Oktober 2015 di Auditorium A, KOMTAR. Projek yang telah memenangi anugerah tersebut adalah "Lori Kompaktor Berirama"
   
International MOU MPSP BERSAMA CITY OF YOKOHAMA

Dimaklumkan bahawa MPSP telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan City of Yokohama , University of Yokohama , JICA, USM pada 20 Oktober 2015.


Year 2014

Level Awards
Quality MPSP telah berjaya mendapat Sijil Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Sijil ini dikeluarkan kepada MPSP pada 3 Disember 2014.
   
International YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif (Yang Dipertua MPSP) menjadi wakil ICLEI Asia Tenggara, “ICLEI Southeast Asia representative to the Global Executive Committee” (GEXCOM), 11 Disember 2014
   
International YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif (Yang Dipertua MPSP) dilantik menjadi “Regional Executive Committee” (REXCOM), 27 November 2014
   
National MPSP telah dianugerahkan Sijil Bandar Mampan dan diberi hadiah RM 2000.00. Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Arpah Binti Abdul Razak dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JPBD, Tn Hj Zainuddin Ahamad, 11 November 2014
   
State Menerusi Konvensyen KIK - MPSP telah mendapat tempat kedua bagi kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal serta Persembahan Terbaik, 16 Oktober 2014
   
National YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif (Yang Dipertua MPSP), telah dianugerahkan Planner of The Year 2014 semasa menghadiri Planning Excellence Awards Gala Dinner 2014, 12 September 2014
   
International MPSP dianugerahkan International Observatory on Participatory Democracy With A Special Mention of the International Jury of the IOPD 8th Year “Best Practice In Citizen Participation” pada 04 Jun 2014 di Canoas, Brazil
   
National MPSP telah mendapat pengiktirafan inisiatif Inovasi 'Mendahului Keluk Pembaharuan Melalui Peyelesaian Teknologi dan Interaksi Sosial' melalui Sistem Pemantauan Pintar (SPP) sebagai finalis dalam Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2014 oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 05 September 2014.
   
National Anugerah 4 bintang Bagi PBT Star Rating 2013, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Pihak Berkuasa Tempatan 2014 di Hotel Equatorial, Melaka pada 28 April 2014 oleh Y.B. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - 4 Bintang


Year 2013

Level Awards
National Anugerah 5 Bintang, Penilaian Laman Web Dan Portal Kerajaan Malaysia 2013 (MGPWA 2013)
   
Quality "Penang Green Office (April 2013 - April 2015)", Penang Green Council
   
National Sijil Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau melalui Penyediaan Kebun Kejiranan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 12 November 2013
   
State Johan, Pertandingan Tandas Bersih (Kategori Jabatan Kerajaan) pada 19 November 2013
   
Quality Persijilan ISO 14001:2004 diperolehi sejak 2006 dan persijilan sah sehingga 2015
   
Quality Sijil OHSAS 18001:2007 pada 01 Oktober 2013
   
Quality Persijilan ISO 9001:2008 diperolehi oleh MPSP sejak 1999 dan persijilan sah sehingga 2014 oleh SIRIM


Year 2012

Level Awards
National Anugerah 5 Bintang, Penilaian Laman Web Dan Portal Kerajaan Malaysia 2012 (MGPWA 2012)
   
National “Outstanding Contribution Towards Sustainability Award” daripada Royal Institution Of Surveyors Malaysia (RISM) pada 23 Jun 2012
   
  Persijilan Semula ISO 14001: 2004 daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Persijilan dikekalkan bagi 14 Jun 2012 hingga 13 Jun 2015.
   
National Penarafan 4 Bintang, Penilaian Sistem Star Rating Oleh KPKT Bagi Tahun 2010/2011


Year 2011

Level Awards
National Anugerah 5 Bintang, Penilaian Laman Web Dan Portal Kerajaan Malaysia 2011 (MGPWA 2011)
   
State Anugerah Khas, Kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT)
   
State Johan, Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)


Year 2009

Level Awards
State Johan, Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik
   
State Naib Johan, Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Anugerah Laman Web Terbaik
   
State Naib Johan, Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Anugerah Pengurusan Kaunter


Year 2007

Level Awards
State Johan, Anugerah K-ICT Ketua Menteri Pulau Pinang (E-service category),
Management Of MPSP’s Tax Payers
   
National Calon Peringkat Akhir, MSC-Apicta Award (E-service category)
Assessment Tax's Management
   
National Calon Peringkat Akhir, Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan
   
National Calon Peringkat Akhir, Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan


Year 2006

Level Awards
National Tempat Ke 11 dari 1,055 Laman Web Agensi Kerajaan di Malaysia, Kajian Laman Web Kerajaan MDEC
   
State Naib Johan, Anugerah K-ICT Ketua Menteri P.Pinang, Kategori e-Khidmat, Bertajuk : "Customer Relationship Management"
   
State Anugerah Khas Bagi Anugerah Kualiti Pengurusan Kaunter
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang
   
State Naib Johan, Anugerah Inovasi
Inovasi bertajuk "Pemprosesan data-data kutipan hasil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai".
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P. Pinang


Year 2005

Level Awards
National Naib Johan, Anugerah PBT Mampan


Year 2004

Level Awards
National Calon Peringkat Akhir, Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan


Year 2003

Level Awards
State Naib Johan, Pertandingan Persembahan KMK
   
State Tempat Ke 3, Kawad Kontinjen Sektor Awam, Perarakkan Hari Kebangsaan ke 46
   
State Johan, Laman Web Terbaik
   
State Johan, Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang
   
State Tempat Ke 3, Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang


Year 2002

Level Awards
National 20 Agensi Terbaik
Anugerah Kualiti Perdana Menteri
   
State Johan Landskap
Anugerah Pengindahan dan Kebersihan
   
State Naib Johan, Kategori Taman Bandar
Anugerah Pengindahan dan Kebersihan


Year 2001

Level Awards
National 20 Laman Web Terbaik Agensi KerajaanPertandingan Laman Web Terbaik Sektor Awam
   
National Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
Tajuk Inovasi:"Perkhidmatan Cepat, Cekap dan Berkesan dengan Menggunakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV)
   
State Johan Laman Web Terbaik
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang
   
State Johan
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri P.Pinang


Year 2000

Level Awards
National 20 Laman Web Terbaik Agensi Kerajaan
Pertandingan Laman Web Terbaik Sektor Awam