| Adalah dimaklumkan bahawa mulai Januari 2018, tarikh tamat lesen perniagaan MBSP akan tamat pada 31 Disember setiap tahun. |
| |
| Di samping itu, kadar bayaran lesen juga akan diselaraskan mengikut tarikh pembaharuan lesen yang dibuat seperti berikut:- |
| |
| 1. Jika pembaharuan SEBELUM ATAU PADA TARIKH TAMAT LESEN |
- Kadar bayaran lesen akan dikira secara pro rata (pro-rate) sehingga tarikh tamat lesen baru iaitu pada 31 Disember.
|
| 2. Jika pembaharuan SELEPAS TARIKH TAMAT LESEN |
- Kadar bayaran lesen akan dikenakan caj untuk setahun dan tarikh tamat bagi lesen premis juga ditetapkan pada 31 Disember.
|
| |
| Sehubungan dengan itu, semua pemegang lesen dikehendaki untuk membuat pembaharuan lesen SEBELUM ATAU PADA TARIKH TAMAT LESEN bagi mengelakkan pembayaran kadar lesen yang lebih tinggi. |