Second Notice: List Of Vehicles For Disposal

Last updated on

NOTIS KEDUA : SENARAI KENDERAAN UNTUK PELUPUSAN

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan menjalankan tindakan pelupusan ke atas kenderaan - kenderaan yang telah disita/dipindah oleh MBSP. Mana - mana pemilik kenderaan berkenaan boleh membuat tuntutan di Pejabat Direktorat Penguatkuasaan, Tingkat 1, Pejabat Cawangan Jalan Betek, 14000 Bukit Mertajam dengan membawa bersama dokumen seperti berikut :-

1) Hak milik kenderaan asal (geran) dan ;
2) Salinan inventori sitaan (jika ada)

Kesemua pemilik kenderaan ini telah diberikan Notis Pertama melalui pos ke alamat pemilik untuk memaklumkan berkaitan kenderaan ini yang disita / dipindah oleh MBSP. Pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Notis Kedua ini dikeluarkan / dipaparkan sehingga proses pelupusan selanjutnya diteruskan. Senarai kenderaan untuk dilupuskan adalah seperti di LAMPIRAN.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Direktorat Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Seberang Perai di talian 04 - 5402557.

Sekian, terima kasih.