PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN INVOIS MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (SPi MBSP) BAGI URUSAN PENGHANTARAN DOKUMEN TUNTUTAN OLEH PEMBEKAL
![]() |
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sentiasa komited dalam memperkukuh tadbir urus kewangan dan meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan kepada masyarakat serta rakan strategik MBSP. Seiring dengan era digitalisasi perkhidmatan kerajaan, MBSP kini telah membangunkan Sistem Pengurusan Invois MBSP (SPi MBSP) sebagai satu inisiatif baharu bagi menggantikan kaedah manual penghantaran dokumen tuntutan pembekal kepada penggunaan sistem elektronik sepenuhnya. Pelaksanaan sistem ini akan bermula pada 1 Oktober 2025, di mana semua urusan tuntutan pembekal perlu menggunakan sistem baharu ini.
|
Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pihak pembekal menghantar dokumen tuntutan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat MBSP. Dengan adanya inovasi ini, pembekal dapat menjimatkan kos dan masa, di samping ianya dapat mempercepatkan proses semakan serta kelulusan. SPi MBSP turut membantu mengurangkan kesilapan dokumen, membolehkan pemantauan status tuntutan secara masa nyata, serta menyokong komunikasi dua hala secara dalam talian antara MBSP dan pembekal. Sistem ini juga memperkukuh pelaksanaan urusan tanpa kertas yang lebih efisien, telus, dan mesra alam.
|
Sistem ini boleh diakses oleh pembekal MBSP mulai 1 Oktober 2025 melalui laman web rasmi MBSP di ruangan Perkhidmatan Cyber Counter seperti berikut :
|
Menu :
Perkhidmatan Cyber Counter → Tuntutan Pembekal → Sistem Pengurusan Invois MBSP (SPi MBSP) |
Manual dan video tutorial pendaftaran pengguna serta kaedah penghantaran dokumen tuntutan juga boleh dirujuk pada menu utama yang sama seperti berikut:
|
Menu :
Perkhidmatan Cyber Counter → Tuntutan Pembekal → Manual/ Video Tutorial Panduan Pengguna |
Adalah menjadi harapan MBSP agar dengan pelaksanaan SPi MBSP ini, ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembekal sebagai satu platform yang mesra pengguna serta berkesan. MBSP yakin sistem ini akan meningkatkan keyakinan terhadap integriti proses kewangan majlis, di samping menyumbang kepada perkhidmatan bandar raya yang lebih moden, mampan, dan responsif kepada keperluan semasa.
|
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada MBSP di talian 045497465 / 466 / 472 / 889 / 891 atau melalui e - mel rasmi di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
|
Untuk melihat paparan montaj pelancaran sistem, sila klik PAUTAN ini.
|
Untuk melihat paparan video tutorial manual pengguna, sila klik pautan berikut :
|
Manual Bahagian 1 : Panduan Pendaftaran Kod Pembekal Serta Pengguna.
|
Manual Bahagian 2 : Pendaftaran Pengguna Pembantu Syarikat / Pembekal.
|
Manual Bahagian 3 : Penyediaan Dan Penghantaran Invois.
|