Penguatkuasaan Kunci Tayar Kenderaan (26/07/2005)

Last updated on

 

Penguatkuasaan kunci tayar kenderaan akan dijalankan disepanjang Lorong Bagan Luar 2, jalan susur dihadapan kedai gambar Merlin sehingga Bank Alliance Bagan Luar dan sepanjang Jalan Dato' Haji Ahmad Said, Butterworth.

 

Penguatkuasaan ini adalah mengikut peraturan seperti yang ditetapkan dalam perintah 16. Perintah Lalulintas Jalan (Letak kereta Berkupon) MPSP 1995.

 

Bayaran denda sebanyak RM 50.00(kos buka kunci) dan RM30.00(kompaun kesalahan)akan dikenakan bagi setiap kenderaan yang dikunci.