Bayar Cukai Taksiran Dengan Kad Kredit Di Laman Web MPSP (16/01/2007
Kini anda tidak perlu beratur untuk membayar cukai taksiran. Bayaran boleh dibuat melalui Laman Web MPSP dengan menggunakan kad kredit Mastercard atau VISA. Tekan butang bayaran on-line dan masukkan nombor akaun cukai taksiran anda. Tekan butang cari dan pilih untuk membuat bayaran. Mudah & Cepat. Jangan bertangguh lagi, bayar segera dan elakkan harta anda dari disita.
|