SENAMROBIK KASTAM BERSAMA MPSP (10/02/2004)

 

Dimaklumkan senamrobik Kastam bersama MPSP untuk masyarakat akan diadakan pada :-

 

             Tarikh      :    14/02/2004 (Sabtu)

             Jam          :    8.00 pagi

             Tempat     :    Dataran Pemuda Merdeka MPSP

 

Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kecergasan fizikal dan mental serta memupuk hubungan kemesraan yang berterusan. Program derma darah dan pemeriksaan kesihatan akan turut diadakan disamping pameran dan CABUTAN BERTUAH untuk para peserta.

 

Semua warga seberang dijemput hadir.

 

SAMBUTAN PERTENGAHAN CITRAWARNA MALAYSIA 2004(ZON UTARA) (28/05/2004)

 

Dimaklumkan bahawa sambutan PERTENGAHAN CITRAWARNA MALAYSIA 2004 akan diadakan pada :-

Tarikh       :   29 Mei (Sabtu)
Jam          :   6.30 Petang.

Pelbagai acara persembahan tarian, perarakan kebudayaan serta konsert artis akan diadakan pada hari tersebut.Jalan-jalan utama akan ditutup mulai jam 6.00 petang

Semua Warga Seberang dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan CITRAWARNA ini.

 

PERKHIDMATAN SMS - 0124100300 (09/06/2004)

 

MPSP kini mempunyai sistem perkhidmatan SMS yang bertujuan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kepada masyarakat Seberang Perai.

MPSP tidak mengenakan caj tambahan untuk setiap penghantaran mesej. Setiap penghantaran mesej adalah bergantung kepada syarikat perkhidmatan.


Sistem SMS menawarkan 5 perkhidmatan iaitu :-

1)Membuat semakan mengenai bil cukai.

Taip KADAR space <no akaun bangunan/tanah>

2)Membuat semakan berkenaan kompoun kereta.

Taip KOMPAUN space <no kereta>

3)Membuat semakan tender yang ditawarkan.

Taip TENDER LIST untuk senarai tawaran tender
Taip TENDER space <no tender> untuk butir tawaran
Taip TENDERO LIST untuk senarai tender yang telah dibuka
Taip TENDERO space <no. tender> untuk senarai maklumat tender tertentu
 
4)Membuat pertanyaan inbois.

Taip INBOIS space <kod pembekal> space <no. inbois>

5)Semakan status lesen .

Taip LESEN space <jenis lesen> space <no. akaun> space <no. kad pengenalan>

Kod untuk jenis lesen :-
A - Lesen Am
H - Lesen Hiburan
I - Lesen Industri
P - Lesen Penjaja
V - Lesen Veterinar

Semua SMS hendaklah di hantar ke talian 0124100300

Sistem SMS akan menghantar mesej bantuan sekiranya maklumat yang dihantar tidak menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan.


Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi En.Abdul Fikri (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) di talian 04-5497443

Lapor Diri Untuk Pekerja Rendah Awam (22/07/2004)

 

Tahniah kepada Pekerja Rendah Awam kontrak & sambilan serta Warga Seberang Perai yang telah mendapat jawatan tetap.

 

Sehubungan itu tuan/puan dikehendaki hadir untuk lapor diri di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi pada 2 Ogos 2004 (Isnin) jam 8.00 pagi.

Semakan Dan Pembayaran Saman Trafik PDRM (03/08/2004)

 

Dimaklumkan, semakan dan pembayaran saman trafik PDRM boleh dibuat pada hari Ahad dan Hari Cuti Umum mulai jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang di Kaunter Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth