Bahagian Keselamatan Dan Komuniti

Tarikh kemaskini pada

Bahagian Keselamatan Dan Komuniti MBSP ditubuhkan bagi membentuk sebuah pasukan keselamatan profesional dengan mengambil kira aspek bidang kuasa, pengalaman dan kecekapan yang bertanggungjawab mengekalkan keamanan dan keselamatan komuniti Seberang Perai serta memastikan kepatuhan kepada undang - undang berada di tahap optimum. Bahagian Keselamatan dan Komuniti juga diberi tanggungjawab melaksanakan pemantauan dan kawalan terhadap aktiviti pembuangan sampah haram di seluruh Seberang Perai.
   
BAHAGIAN / UNIT
   
bullet-right.png
Pentadbiran
   
bullet-right.png
Unit Kawalan Menara Bandaraya
   
bullet-right.png
Unit Saman / Mahkamah / Operasi & Komuniti
   
bullet-right.png
Unit Kawalan Kamera Litar Tertutup
   
bullet-right.png
Unit Keselamatan Zon Perindustrian Bebas (FIZ)
   
bullet-right.png
Strategic Surveillance Unit (SSU)
   
   
Fungsi Bahagian Keselamatan Dan Komuniti adalah seperti berikut:
   
tag-black.png
Memastikan keselamatan sekitar Mahkamah Munisipal.
   
tag-blue.png
Melaksanakan serahan saman bagi kes - kes tindakan Mahkamah Munisipal.
   
tag-green.png
Menjaga dan mengawasi harta, aset dan hasil MBSP daripada diceroboh, hilang atau rosak.
   
tag-red.png
Mengawal selia keselamatan semasa jabatan - jabatan lain melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut permohonan.
   
tag-yellow.png
Keselamatan Komuniti.
   
tag-black.png
Memastikan keselamatan dan ketenteraman semasa melaksanakan tugas kawalan aman majlis - majlis rasmi.
   
tag-blue.png
Rondaan bit ke atas kawasan - kawasan yang telah digazetkan oleh MBSP bagi memastikan undang - undang sentiasa dipatuhi dan tahap keselamatan yang terkawal.
   
tag-green.png
Kawalan dan pemeriksaan keselamatan di setiap pos kawalan dan pintu -pintu masuk utama ke Menara MBSP serta pejabat-pejabat cawangan MBSP.
   
tag-red.png
Kawalan dan pemeriksaan di Free Industrial Zone (FIZ).
   
tag-yellow.png
Pengawasan Kamera Litar Tertutup (CCTV).
   
tag-black.png
Hal - hal pentadbiran Strategic Surveillance Unit (SSU):
   
 
  • Corporate Priorities
  • Cuti
  • Kehadiran
  • Kerja lebih masa
   
tag-blue.png
Kawalan keselamatan majlis rasmi. Kawalan lalulintas majlis rasmi di bawah tanggungjawab Direktorat Penguatkuasaan.
   
tag-green.png
Kawalan harta dan aset di Up Cycle Park dan Eco - Coridor.
   
tag-red.png
Menghadiri Mesyuarat Keselamatan dan Ketenteraman Awam SPU / SPT / SPS dan Mesyuarat Keselamatan Negeri Pulau Pinang.
   
tag-yellow.png
Melaksanakan pemantauan dan kawalan terhadap aktiviti pembuangan sampah haram di seluruh kawasan Seberang Perai.