Perkhidmatan Kebersihan Alam Sekitar

Tarikh kemaskini pada

Pengangkutan Sampah Di Rumah - Rumah Kediaman


Salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh MBSP supaya penghuni-penghuni dapat melupuskan sampah.

  • Pungutan dijalankan dari rumah ke rumah.
  • Kutipan dijalankan selang sehari.
  • Semua sampah hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat dengan kuat sebelum dimasukkan ke dalam tong.
  • Tong sampah boleh diletakkan di hadapan atau belakang rumah untuk memudahkan pekerja-pekerja mengosongkannya.

Larangan
 
  • Menganggu isi kandungan tong sampah.
  • Membakar bahan buangan.
  • Membuang arang terbakar, bahan letupan dan sebagainya ke dalam tong sampah.

Peringatan
 
  • Jika menggunakan plastik pasaraya pastikan ianya diikat dengan baik. 
  • Jangan menggunakan karung plastik yang berlubang. 
  • Gunakan lebih dari satu lapis karung plastik jika ia nipis.

Penggunaan Karung Plastik
 
  • Merupakan cara paling baik untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah di rumah. 
  • Menjamin kebersihan alam sekitar yang lebih teratur. 
  • Mengelak gangguan bau busuk , serangga dan binatang. 
  • Meningkat masa dan mengurangkan kos pungutan sampah.

Undang - Undang

Undang-undang kecil 3(1), undang-undang kecil pemungutan sampah, pembuangan dan pelupusan sampah sarap (Majlis Perbandaran Seberang Perai) 1994 di mana penghuni setiap rumah hendaklah menyediakan tong sampah dengan bertutup rapat tidak kurang daripada 0.085 meter padu isipadunya.
 
Jadual Pungutan Sampah
 
  • Pungutan dari rumah ke rumah - 3 kali seminggu.
  • Pungutan di tong-tong kompaktor di tepi jalan - setiap hari. 
  • Tong ro-ro (tong yang diangkat terus oleh lori) - setiap hari.
  • Sampah kebun - sekali seminggu (Sabtu atau Ahad).

Pelupusan Sampah

Tempat-tempat pelupusan adalah:

  • Ampang Jajar - Untuk kegunaan MBSP sahaja 
  • Pulau Burung - Untuk kontraktor kerajaan/persendirian

Bayaran RM 10.00 sehari dikenakan bagi setiap lori persendirian.