Carta Organisasi

Tarikh kemaskini pada

Semakan Kriteria SPLWPK
PENGURUSAN
MBSP adalah ditadbir oleh satu badan pengurusan yang dianggotai oleh Datuk Bandar selaku ketua eksekutif dan 24 orang Ahli Majlis. Ahli - Ahli Majlis ini dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh setahun manakala tempoh perlantikan Datuk Bandar adalah bergantung kepada perkenan Kerajaan Negeri.
 
Badan pengurusan ini adalah diurusetiakan oleh 18 jabatan yang diketuai oleh Setiausaha Bandaraya selaku Ketua Pentadbiran. Beliau dibantu oleh ketua jabatan masing - masing yang digelar sebagai Pengarah Jabatan. Semua pengurusan adalah dibawah pengawalan Datuk Bandar dengan dibantu oleh Setiausaha Bandaraya yang seterusnya menjalankan penyelarasan ke atas ketua jabatan.
 
logo-mbsp
Carta Organisasi
Carta MBSP
 
Tugas - tugas Majlis adalah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Penasihat yang dianggotai oleh sebilangan Ahli Majlis yang dipilih untuk menduduki jawatankuasa Penasihat dimana tugasnya adalah menimbang, membincang dengan terperinci dan membuat rekomendasi dalam mesyuarat jawatankuasa supaya dikemukakan kepada Majlis Penuh untuk pertimbangan dan kelulusan.
 
Majlis Penuh adalah diduduki oleh kesemua 24 orang Ahli Majlis yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar yang akan membuat keputusan muktamad untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran.