Anugerah Dan Pencapaian

Tarikh kemaskini pada

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN
MBSP telah menerima beberapa anugerah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa seperti di bawah :-
 

Tahun 2025

Peringkat Anugerah
Negeri MBSP telah dinobatkan Naib Johan bagi kategori Pakaian Terbaik dan Naib Johan bagi kategori Kontinjen Perbarisan Terbaik (Agensi Awam) sempena perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan Ke - 68 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 dan yang telah membawa pulang Piala Iringan beserta Wang Tunai Berjumlah RM2,000 bagi setiap kategori yang dimenangi pada 31 Ogos 2025 di Stadium Batu Kawan, SPS.
   
Negeri PUSPANITA MBSP telah menerima pengiktirafan Sijil Penghargaan atas Inisiatif Menyediakan Kemudahan Bilik Penyusuan Susu Ibu dalam menyokong dan memudahkan kakitangan wanita menjalankan tanggungjawab sebagai ibu menyusu serta menyokong amalan penyusuan susu ibu di tempat kerja pada 01 Ogos 2025 (Jumaat) bertempat di Auditorium, Aras 4 Bangunan Multistorey, Hospital Seberang Jaya dalam Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
   
Negeri MBSP telah menerima pengiktirafan tempat ketiga bagi Anugerah Nirtunai bagi Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Kategori A, sempena Majlis Peluncuran Cashless 3.0 Tahun 2025 yang berlangsung pada 21 Julai 2025 (Isnin) di Iconic Marjorie Hotel.
   
Kebangsaan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah menerima Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Badan Berkanun & Pihak Berkuasa Tempatan CUEPACS Tahun 2025 atas komitmen dan keprihatinan terhadap kebajikan warga kerja pada 02 Mei 2025.
   
Kebangsaan MBSP telah menerima pengiktirafan "Silver Award" di bawah kategori Planning Service Excellence Award melalui Projek Implementation of SPEED MBSP oleh Malaysia Institute of Planners (MIP) dalam Program MIP Planning Excellence Awards (MIPPEA) 2024 yang berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada 24 Januari 2025.
   

 

Tahun 2024

Peringkat Anugerah
Antarabangsa 'Spreading Experiences and Knowledge on School Meals Programmes in ASEAN Cities'

MBSP telah menghantar satu kertas cadangan kepada Milan Urban Food Policy Pact (MUFPP) yang bertajuk 'Sustainable School Meals Programme'. Dan pada 3 Disember 2024 (Selasa) sempena Majlis Penganugerahan (MUFPP) di Bangkok, Thailand MBSP telah dianugerahkan sebagai 8 bandar terbaik daripada keseluruhan 43 bandar yang menyertai forum ini.
   
Kebangsaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Kebangsaan Tahun 2024 pada 3 Disember 2024 bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Terdapat sembilan (9) anugerah disampaikan salah satu anugerah iaitu Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Prihatin dianugerahkan kepada MBSP bagi kategori MAJLIS BANDARAYA PRIHATIN TAHUN 2024 peringkat kebangsaan.
   
Antarabangsa MBSP telah mendapat SDG City Award bagi tema Inclusive City yang diterima di 44th Executive Committee Meeting di Iloilo City, Filipina pada 19 November 2024 (Selasa).
   
Negeri MBSP telah memenangi Anugerah Akrab Organisasi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 12 November 2024.
   
Negeri Jabatan Landskap MBSP telah memenangi Tempat Pertama bagi Kategori Video Pendek AKRAB semasa Hari Terbuka Psikologi Dan Akrab Peringkat Negeri Pulau Pinang (Anugerah AKRAB Organisasi) oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 12 November 2024.
   
Kebangsaan MBSP telah berjaya menerima Safety Excellence Elite Award (terdapat tiga (3) Kategori iaitu Elite, Premier dan Honor) dalam penyertaan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam (MSOSH - CUEPACS). Majlis Penyampaian Anugerah berkenaan telah diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya, Selangor pada 11 November 2024.

Sebelum ini MBSP pernah menyertai Anugerah MSOSH Award (terbuka kepada agensi kerajaan dan swasta) dan mendapat pengiktirafan Gold Class II bagi penyertaan kali pertama pada tahun 2021.
   
Kebangsaan YBhg. Dato' Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Seberang Perai telah menerima sijil penghargaan Leadership in Occupational Safety and Health Excellence semasa Majlis Penyampaian Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam (MSOSH - CUEPACS).

Majlis Penyampaian Anugerah berkenaan telah diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya, Selangor pada 11 November 2024.
   
Negeri Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 yang telah diadakan pada 07 November 2024, MBSP telah menerima :

1)
Anugerah Inovasi Ketua Menteri Pulau Pinang (AIKNPP)
i)
Integrated Flood and Monitoring Pump House System (INFLOS).
2)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP) Bagi Kategori Bukan ICT
i)
Johan : Projek Operation Crow Sharpshooter (Ops CroSS) MBSP Bukan Sekadar Operasi Tangkap Gagak
ii)
Naib Johan : Projek Seberang Perai Express & Effective Development (SPEED).
3)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP) Bagi Kategori ICT
i)
Tempat Ketiga : Projek Sistem Pengurusan Kawasan Perindustrian Bebas Perai (Sistem eFIZ Perai).
   
Kebangsaan Lawatan Panel Penilaian Sistem Penarafan BiIntang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2024 ke Majlis Bandaraya Seberang Perai telah diadakan pada 15 Mei 2024. Sebanyak 253 indikator telah dinilai dan MBSP sekali lagi berjaya mengekalkan penarafan 5 bintang pada sesi penilaian tahun ini.
   
Kebangsaan MBSP telah mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book Of Records sebagai Organisasi Pertama di Malaysia yang mendapat Pensijilan ISO 37301:2021 Sistem Pengurusan Pematuhan (CMS).

Di kalangan beberapa agensi daripada pihak swasta, kerajaan dan PBT yang menyertai projek pilot bersama SIRIM pada November 2022, MBSP telah berjaya menjadi organisasi pertama di Malaysia mendapat pensijilan CMS pada 2023.

Permohonan telah dikemukakan kepada pihak MBR dan Majlis pengiktirafan serta penyerahan sijil telah diadakan pada 29 Ogos 2024 bertempat di Dewan Kenanga, MBSP.

Tetamu kehormat pada majlis ini adalah Yang Berhormat Tuan H’ng Mooi Lye, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa yang menandatangani sijil sebagai saksi pengiktirafan yang diterima oleh MBSP.
   
Kebangsaan MBSP telah mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Agensi Kerajaan Pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh pihak SIRIM yang mempunyai dan mengintegrasikan Lapan (8) Sistem Pengurusan Berasaskan Standard ISO Dalam Konteks Pelaksanaan, Dokumentasi dan Pengauditan.

Majlis pengiktirafan dan penyerahan sijil dibuat pada 29 Ogos 2024 bertempat di Dewan Kenanga, MBSP.

Tetamu kehormat pada majlis ini adalah Yang Berhormat Tuan H’ng Mooi Lye, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa yang menandatangani sijil sebagai saksi pengiktirafan yang diterima oleh MBSP.
   
Antarabangsa Mitigation and Adaptation Badge bagi tahun 2023 terhadap isu berkaitan perubahan dan penyesuaian iklim.

Pada 29 April 2024, The United Cities and Local Governments Asia - Pacific (UCLG ASPAC) melalui Global Covenant of Mayors for Climate Energy (GCoM) Southeast Asia Secretariat telah menganugerahkan Mitigation and Adaptation Badge bagi tahun 2023 kepada MBSP atas komitmen terhadap isu berkaitan perubahan dan penyesuaian iklim. Kriteria penganugerahan ini dibuat berdasarkan laporan tahunan CDP - ICLEI yang dihantar oleh MBSP. MBSP telah menerima anugerah yang sama pada tahun 2022. MBSP akan terus komited menjadi sebuah bandaraya mampan dan berdaya huni.
   
Kebangsaan Pada 08 Mac 2024 MBSP telah mendapat pengiktirafan tiga (3) Bintang melalui Pengauditan Persijilan Semula Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
   
Kebangsaan MBSP telah memenangi Anugerah Perak di Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 pada 22 Februari 2024.
   

 

Tahun 2023

Peringkat Anugerah
Kebangsaan MBSP telah menerima pengiktirafan 'Diamond Award' di bawah 'Category Category 2: City and Town Park (Subcategory 1 : Below 50 Hectares)' melalui Projek 'REVITALIZING GREEN CORRIDOR A RADICAL INTERVENTION: BOUGAINVILLEA BELT' oleh Malaysia Institute of Planners (MIP) dalam Program MIP MyPLACE Awards 2023 yang berlangsung di Hotel Le' Meridien, Petaling Jaya pada 01 Disember 2023.

YBhg. Dato' Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai telah hadir bersama pasukan projek untuk menerima pengiktirafan ini. Turut hadir bersama dalam program ini ialah YBhg. Datin TPr Hjh Noraida binti Saludin, President Malaysia Institute of Planners (MIP); Encik Shaqhrony bin Md Yusoff @ Jamaludin, Pengarah Landskap; Puan Norhayati binti Sulaiman, Pengarah Jabatan Perhubungan Komuniti MBSP; dif - dif kehormat serta pegawai - pegawai MBSP.

Projek Jajaran Hijau yang diuruskan oleh Jabatan Landskap MBSP ini meliputi keluasan kawasan yang dianggarkan berjumlah 6.194 ekar. Ianya merupakan kombinasi kawasan kolam takungan basah dan parit monsun yang diserahkan kepada MBSP untuk penyelenggaraan dan kawasan ini mula digunakan sepenuhnya oleh penduduk pada Januari 2022. Kawasan ini yang dinamakan sebagai LINGKARAN BOUGAINVILLEA telah disediakan dengan fasiliti yang lengkap dan terkini serta mengambil kira keperluan riadah untuk penduduk dan pengunjung. Lingkaran Bougainvillea (Bougainvillea Belt) diberi nama bersempena dengan sejumlah 30 spesies pokok Bunga Kertas (Bougainvillea SPP) yang direkodkan melalui QR Code disamping ianya merupakan spesis yang mudah diselenggara.
   
Kebangsaan Sempena Penganjuran Luna Lights Wonderland 2023, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mendapat pengiktirafan dan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records atas pencapaian dan kejayaan pemasangan dan pameran 1,400,000 lampu bulb LED dalam pameran lampu cahaya (Most LED Lightbulbs in Lightning Event) di Vision Park - 14hb November 2023.
   
Kebangsaan Penarafan Bandar Pintar Malaysia yang julung kali diperkenalkan oleh KPKT melalui PLANMalaysia sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019 - 2025.

Objektif utama penarafan ini adalah untuk mengiktiraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah melaksanakan inisiatif Bandar Pintar (Smart City) yang berpandukan kepada indikator - indikator di dalam Malaysia Standard (MS) ISO 37122:2019 (Smart City Indicator) yang merupakan standard global yang dibangunkan oleh International Organisation for Standardization (ISO). Standard ini merupakan piawaian antarabangsa dan berdasarkan amalan terbaik yang telah disesuaikan dalam konteks Malaysia.

Bagi program tahun 2023 ini, penarafan dimulakan dengan tahap permulaan (entry level) bandar pintar iaitu "Tahap 1-Smart City Early Adopter" secara sukarela (voluntary-basis) khususnya kepada PBT - PBT yang telah bersedia terhadap kriteria - kriteria yang telah ditetapkan.

Senarai PBT yang berjaya mencapai taraf bandar pintar bagi Tahap 1 - Smart City Early Adopter telah diumumkan oleh Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib Ketua Setiausaha KPKT pada 09 November 2023 bersempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Tahun 2023 bertempat di Putrajaya.

Antara insentif kepada Smart City Early Adopter adalah :

1)
Sijil Smart City Early Adopter
2)
Plaque
3)
Peruntukkan RM 200K daripada JKT bagi melaksanakan insentif Bandar Pintar
   
Kebangsaan Penang Smart Parking telah menerima Penerima Terbaik Trek Infrastruktur sempena Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) Tahun 2023 pada 07 November 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.
   
Kebangsaan YBhg Datuk Bandar MBSP hadir di Majlis Pelancaran Malaysia SDG Cities Network dan Majlis Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023. MBSP di antara 10 penerima Anugerah National Scroll of Honour Award for Human Settlements (NSOHA) 2023 bagi Projek : "Butterworth Baharu Regeneration Program : Empowering Community & Public Spaces (5th Consolation)" Sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2023. Sebanyak 97 projek telah diterima bagi NSOHA 2023. MBSP di antara 45 PBT di Malaysia turut menerima Sijil Penghargaan Penyediaan Pelan Hala Tuju SDGs dan pelaksanaan Voluntary Local Review (VLR). Majlis telah disempurnakan oleh YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT di Malaysia Urban Forum (MUF), Kuching Sarawak.
   
Negeri Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 yang telah diadakan pada 02 November 2023. MBSP telah menerima:
1)
Anugerah Innovation Blast kategori bukan ICT : Tempat Kedua untuk Projek Multipurpose Cleaning Trolley.
2)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi kategori bukan ICT : Tempat ketiga untuk Projek Upcycle Lane
3)
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi kategori ICT : Tempat ketiga untuk projek Sistem Pengurusan Kawasan Perindustrian Bebas Perai (Sistem EFIZ Perai).
   
Persekutuan MBSP telah menerima Anugerah PBT Cemerlang bagi Kempen Pencegahan Denggi di Kawasan Keutamaan PBT (Taman Siakap) 2022 sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2023 pada 17 Oktober 2023.
   
Kebangsaan AKRAB MBSP mewakili Negeri Pulau Pinang dalam Anugerah AKRAB Kebangsaan 2023 dan telah diumumkan memenangi Kategori Dinamik dalam anugerah tersebut pada 03 Oktober 2023.
   
Negeri MBSP berjaya memenangi tempat kedua dalam perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang pada 28 September 2023.
   
Negeri MBSP telah diberikan pengiktirafan "Solar Energy Prosumers Award" oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pulau Pinang atas penglibatan yang serius dalam mewujudkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui melalui tenaga solar serta berusaha untuk mengurangkan pelepasan gas atau "carbon emissions" pada 09 ogos 2023.
   
Antarabangsa MBSP telah mendapat Anugerah Lencana iaitu Mitigation Badge 2022 dan Adaption Badge 2022 atas usaha dalam mengorak langkah untuk penyesuaian perubahan iklim dunia di bawah Global Covenant of Mayors for Climate & Energy (GCoM) yang dianjurkan oleh United Cities and Local Goverments Asia - Pasific (UCLG ASPAC) serta Global Covenant of Mayors for Climate & Energy South East Asia pada 14 - 15 Jun 2023.
   
Negeri MBSP menduduki tempat pertama (Kategori A) Kempen Hari Tanpa Tunai bagi Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang anjuran Bahagian Kerajaan Tempatan dan Payment Network Malaysia Sdn. Bhd (PayNet) dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 70,000.00 serta sijil penghargaan.
   
Negeri MBSP telah memenangi tempat kedua bagi kategori Gerai Tercantik sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Negeri Pulau Pinang.
   
Kebangsaan MBSP telah memenangi tempat ketiga Anugerah Pertandingan Inovasi MALA 2.0 : Piala YB Menteri KPKT inovasi yang dikategori adalah "Revitalising Green Corridor A Radical Intervention : Lingkaran Bougainvillea" pada 12 Mac 2023.
   
Kebangsaan MBSP telah memenangi Anugerah Emas inovasi yang dikategori adalah di Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 pada 18 Januari 2023.
   
Kebangsaan MBSP berjaya mengekalkan penarafan 5 bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB - PBT) Tahun 2022. MBSP turut mendapat penghargaan selaku PBT Terbaik Bandaraya bagi Kriteria Pengurusan.
   
Kebangsaan / Persekutuan MBSP telah menerima Anugerah Bandar Mampan dan Anugerah Bandar Bahagia yang dianjurkan oleh KPKT.
   

 

Tahun 2022

Peringkat Anugerah
Daerah Johan bagi Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Datuk Bandar MBSP 2022 pada 10 Disember 2022.
   
Negeri Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 yang telah diadakan pada 08 Disember 2022. MBSP telah menerima :
1) Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) : Tempat kedua untuk Inovasi SISKEN.

2) Anugerah Inovation Blast Teknikal : Tempat ketiga untuk Inovasi Visible Parking.

3) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Bukan ICT : Tempat pertama untuk Inovasi Lingkaran Bourgainvella.

4) Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Kategori ICT :
i)
Tempat pertama untuk Inovasi Aspire Seberang Perai.
ii)
Tempat kedua untuk Inovasi Sistem Pengurusan Lesen Interaktif dan Bersepadu (SPEEDBiz).
iii)
Tempat ketiga untuk Inovasi Sistem E - Clocking BKK.
   
Negeri MBSP melalui Inovasi Lingkaran Bourgainvella telah memenangi Anugerah Khas dalam Anugerah Inovasi Ketua Menteri yang telah diadakan pada 08 Disember 2022.
   
Kebangsaan MBSP telah mendapat sijil penghargaan di atas Pencapaian Status Bandar Mampan 2022 di dalam Program Pengukuran Bandar Mampan Malaysia melalui MURNInets bersempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2022.
   
Kebangsaan MBSP telah mendapat Anugerah Bandar Bahagia 2021 sempena Hari Kebahagiaan Sedunia 2022 daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
   
Kebangsaan Pensijilan Semula Sistem Pengurusan MBSP telah diperolehi dan berkuatkuasa mulai 05 Disember 2022 melalui Pengauditan SIRIM yang telah dijalankan pada 25 hingga 28 Oktober 2022.

Sistem Pengurusan MBSP adalah seperti berikut :

1)
Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 9001:2015 (QMS).
2)
Sistem Pengurusan Alam Sekitar, ISO 14001:2015 (EMS).
3)
Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018 (OSHMS).
4)
Sistem Pengurusan Tenaga, ISO 50001:2018 (EnMS).
5)
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2013 (ISMS).
6)
Sistem Pengurusan Anti-Suapan/Sogokan, ISO 37001:2016 (ABMS).
7)
Sistem Pengurusan Aset ISO 55001:2014 (AMS).
   
Antarabangsa MBSP bersama Bahagian Kerajaan Tempatan dan MBPP di dalam satu kumpulan telah memenangi Gold Medal Award melalui Program Penang Smart Parking yang telah diadakan di International Convention On Quality Control Circles 2022 di Jakarta, Indonesia yang berlangsung pada 15 hingga 18 November 2022.
   
Kebangsaan MBSP melalui inovasi Lingkaran Bougainvillea telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan National Scroll of Honour Award for Human Settlements 2022 pada 7 November 2022.
   
Daerah Johan bagi Bola Jaring Piala Datuk Bandar Seberang Perai tahun 2022 pada 08 Oktober 2022.
   
Antarabangsa MBSP telah mendapat tempat kedua dalam SDG Awards sempena The 9th Citynet Congress 2022 yang telah berlangsung pada 20 - 23 September 2022 di Kuala Lumpur.
   
Negeri Johan bagi Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan ke - 65 peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2022 bagi kategori sektor awam pada 31 Ogos 2022.
   
Negeri Johan Perseorangan bagi Ten Pin Bowling Piala Datuk Bandar MBMB XVI pada 24 Julai 2022 anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sempena ulang tahun ke - 19.
   
Kebangsaan Tempat Ketiga bagi Sukan Hoki (MALA) pada 04 Jun 2022 anjuran Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).
   
Antarabangsa Seberang Perai adalah antara tiga (3) bandar di Malaysia yang telah disenarai pendek daripada 280 penyertaan bandaraya - bandaraya Seluruh Dunia untuk mewakili Malaysia dalam WWF's One Planet City Challenge 2022 yang berlangsung pada Mei 2022. Atas kejayaan usaha MBSP dalam mengurangkan pelepasan karbon, mitigasi yang komprehensif dan pengadaptasian kepada langkah - langkah untuk menangani krisis, Seberang Perai telah terpilih dan diisytiharkan sebagai pemenang One Planet City Challenge di peringkat kebangsaan (National Winner) pada 24 Mei 2022.

Dua plak pencapaian telah disampaikan oleh pihak World Wide Fund for Nature Malaysia (WWFM) kepada MBSP pada 15 September 2022 bersempena Sambutan Hari Bandaraya Seberang Perai. Plak pertama adalah anugerah pencapaian Seberang Perai sebagai “National Winner of the One Planet City Challenge 2022”, manakala Plak kedua adalah kejayaan Seberang Perai memenangi anugerah “National & Global Finalist of the One Planet City Challenge 2022”.
   
Daerah Johan bagi Sukan Hoki Piala Datuk Bandar MBSP pada 26 Mac 2022 anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai.
   
Antarabangsa MBSP telah terpilih ke peringkat akhir Addressing Climate Change And Reducing Pollution dalam 12th Dubai International Award for Sustainable Best Practices yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2022.
   
Kebangsaan MBSP telah mendapat Pengiktirafan 3 Bintang (Bintang Tertinggi) Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) pada 17 Januari 2022 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
   
Negeri MBSP telah mendapat Pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk Pencapaian MBSP Sepanjang Tahun 2021 semasa Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 14 Januari 2022.
   

 

Tahun 2021

Peringkat Anugerah
Kebangsaan MBSP telah mendapat 3 Bintang dalam Pengauditan Persijilan Semula Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang telah diadakan pada 25 Oktober 2021. Persijilan ini bertarikh 16 Disember 2021.
   
Kebangsaan MBSP telah menerima Anugerah Regulatory Champion Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Aktif Melaksanakan GRP. Penganugerahan ini diberikan oleh MPC dan disampaikan dalam Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan (GRP) pada 25 November 2021.
   
Antarabangsa MBSP telah mengambil bahagian dalam Projek EPIC Asia - Pacific Seed Grant Proposal pada 6 Julai 2021 dengan Kerjasama Universiti Pendidkan Sultan Idris yang dianjurkan oleh EPIC Network - Global Adaptation Network dan telah diumumkan memenangi USB $2,000 (RM 8,392.00) pada 10 Ogos 2021.
   
Kebangsaan Projek Butterworth Digital Library (BDL) Oleh Unit Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai telah memenangi 2 anugerah iaitu :
i. PAM AWARDS 2020 : Adaptive Re - Use Category
ii. MIID REKA Awards 2020 For Design Excellence : Mention Award in the Green Interior Awards & Adaptive Re - Use Category
   
Kebangsaan MBSP telah berjaya merangkul MSOSH OSH GOLD CLASS 2 AWARD WINNER FOR 2021 di bawah kategori sektor awam dan badan berkanun yang membawa maksud MBSP mempunyai prestasi OSH yang sangat baik. Penganugerahan ini diberikan oleh MSOSH OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH (MSOSH) bersempena MSOSH OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH 39TH AWARD 2021.
   
Ántarabangsa Datuk Bandar Seberang Perai telah berjaya dilantik sebagai Vice President Of WEGO bagi tahun 2021 - 2023.
   
Negeri MBSP dari Kumpulan Penang Smart Parking Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima Anugerah Emas sempena Mini Innovation Showcase Team Excellence (MTex) 2021 MPC Wilayah Utara pada 1 Julai 2021.
   
Kebangsaan MBSP telah berjaya meraih Tempat Kedua di dalam Pertandingan Piala Inovasi YB Menteri KPKT anjuran Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) bagi inovasi Taman Up - Cycle : Aspirasi Seni Taman Rendah Karbon yang diadakan pada 11 Jun 2021. Majlis pengumuman pemenang telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. MBSP telah mendapat Wang Tunai RM 2,000 dan Geran KPKT bernilai RM 500,000 berserta Piala Iringan dan Sijil.
   
Kebangsaan YBhg. Dato' Sr Haji Rozali Bin Haji Mohamud, Datuk Bandar Seberang Perai telah dianugerahkan Productivity Champion Award kategori Leadership Wilayah Utara daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 23 April 2021.
   
Antarabangsa Pada 17 Februari 2021, YBhg. Dato' Sr Haji Rozali Bin Haji Mohamud, Datuk Bandar Seberang Perai secara rasminya telah dipilih melalui proses undian oleh ICLEI - Local Government For Sustainability sebagai Penasihat kepada Global Executive Committee (GEXCOM) of ICLEI di dalam Portfolio The Climate Action and Low Emission Development bermula 2021 hingga 2024.

 

 

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN MENGIKUT TAHUN
BIL
TAHUN
LIHAT
1.
Anugerah Dan Pencapaian Tahun 2011 - 2020
Anugerah Dan Pencapaian Tahun 2011 - 2020
2.
Anugerah Dan Pencapaian Tahun 2000 - 2010
Anugerah Dan Pencapaian Tahun 2000 - 2010