Jabatan Perancang Bandar

Tarikh kemaskini pada

Majlis Bandaraya Seberang Perai telah menggunapakai keseluruhan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976, (Akta 172 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa (pindaan) 1995, (Akta A933).

 

BAHAGIAN / UNIT

 

  • Unit Pentadbiran

  • Bahagian Rancangan Pemajuan

  • Bahagian Kawalan Pembangunan

  • Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan
     

Fungsi Jabatan Perancang adalah seperti berikut :

 

  • Menyediakan rancangan pemajuan mengikut kehendak-kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

  • Mengawal pembangunan perumahan, perniagaan dan perindustrian di seluruh Seberang Perai.

  • Merancang projek-projek Majlis atau kerajaan seperti perumahan awam, medan penjaja, pasar awam dan kemudahan rekreasi.

  • Menjalankan kajian dan penyelidikan bagi merumuskan dasar-dasar perancangan dan mewujudkan satu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang terancang dan teratur.

  • Menjalankan tindakan penguatkuasan selaras dengan kehendak-kehendak Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

  • Memberi ulasan dan nasihat perancangan kepada jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan orang awam.