TREASUREHUNT 2010 PESUKA MPSP (19/07/2010)

 

Adalah dimaklumkan PESUKA, MPSP akan menganjurkan ‘TREASUREHUNT 2010’ pada

Tarikh : 25 Julai 2010 (Ahad)

Bermula dari MPSP Bandar Perda dan berakhir di Black Forest Golf Club Bukit Kayu Hitam.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM250.00 untuk satu kereta terdiri daripada 4 orang.

Tarikh tutup penyertaan pada 23 Julai 2010 (Jumaat) sebelum atau pada jam 3:00 petang.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Marina ditalian 019-4024940.

Borang

PENGKALAN DATA TENDER & SEBUTHARGA (02/08/2010)

 

Adalah dimaklumkan mulai 1 Ogos 2010 semua tender/sebutharga baru yang akan diiklan pihak kontraktor/pembekal adalah dikehendaki menginputkan sendiri maklumat-maklumat seperti pendaftaran syarikat, pengalaman kerja, kerja semasa, loji dan kakitangan syarikat melalui Sistem Pengkalan Data Tender/Sebutharga.

Pihak kontraktor/pembekal hanya mengemukakan dokumen tender atau borang sebutharga bersama penyata bank 3 bulan terkini dan/atau Laporan Institusi Kewangan (Borang CA) semasa menghantar Tender/Sebutharga di Kaunter Berpusat.

Maklumat yang di input hendaklah benar dan jika didapati terdapat penipuan data secara automatiknya MPSP berhak membatalkan Tender/sebutharga yang telah dimasuki.

Jualan Gerai / Promosi Sempena Sambutan Perayaan Hari Majlis Yang Ke 36 (23/06/2010)

 

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan mengadakan Sambutan Perayaan Hari Majlis yang ke 36 tahun 2010 pada 17/7/2010 ( Sabtu ) di Ibu Pejabat MPSP. Sehubungan itu, MPSP menyediakan ruang niaga / promosi untuk kanopi bersaiz 20 x 20 pada harga RM200 untuk satu unit ( termasuk kipas siling ). Sesiapa yang berminat untuk tempahan sila hubungi pejabat PESUKA ditalian 04-5393790 ( Rina / Fairus ). Aksesori tambahan - 1) Plug / Soket : RM25.00 seunit 2) Meja : RM4.00 seunit 3) Tudung Meja : RM2.00 seunit 4) Kerusi : RM1.00 seunit.

KURSUS EMS 14001 & OHSAS 18001 (13/01/2010)

 

KURSUS PENGURUSAN ALAM SEKITAR ( EMS 14001 ) SERTA KURSUS  KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN  ( OHSAS 18001 ) KEPADA KONTRAKTOR

Dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan Kursus Pengurusan Alam Sekitar (EMS 14001) serta Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001) kepada kontraktor pada :

Tarikh   :   22 Februari 2010 ( ISNIN )
Masa   :   8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat    :   Dewan Datuk Hj. Ahmad Badawi, Butterworth

 Sehubungan itu, pihak tuan bolehlah membuat pendaftaran dan bayaran sebanyak RM 50.00 di Kaunter Berpusat MPSP sebelum atau selewat-lewatnya  pada 18 Februari 2010.

Notis Tawaran Menyewa Kantin Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam (02/12/2010)

 

KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa daripada pengendali-pengendali makanan atau katering bagi Menyewa Kantin Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

2. Borang boleh didapati pada 2 Disember 2010 di Kaunter Berpusat, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam dengan percuma pada waktu-waktu pejabat.  Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Setiausaha Puspanita di talian 04-5497429.

3. Tawaran penyewaan akan ditutup pada 15 Disember 2010.  Borang hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan mestilah sampai atau dimasukkan di dalam Peti Tawaran sebelum pukul 12.00 tengah hari.  Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.