PERKHIDMATAN ONLINE MPSP TERGENDALA (25/09/2012)

Perkhidmatan Online MPSP akan tergendala pada 25 September 2012 (Selasa), bermula jam 1.00 petang sehingga 2.00 petang untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Sebarang kesulitan yang timbul harap maaf. Sekian, untuk makluman.

 

TAKLIMAT TENDER KONTRAK PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BERSEPADU MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - Pertukaran Tempat Taklimat

Dimaklumkan bahawa Taklimat Tender Kontrak Perkhidmatan Pembersihan Bersepadu MPSP yang dijadualkan pada 5 September 2012 (Rabu) pada jam 9.30 pagi di Auditorium MPSP telah ditukar ke Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi, Butterworth. Tarikh dan masa adalah sama.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, harap maklum.

KENYATAAN YANG DIPERTUA PADA 30 OGOS 2012

KENYATAAN YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
MESYUARAT MAJLIS PENUH
30 OGOS 2012

1.DASAR PELEKAT MELETAK KERETA PERCUMA UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Penuh (Kali Ke-457) pada 31 Julai 2012  telah meluluskan cadangan mengemaskini dasar pelekat meletak kereta percuma untuk Orang Kurang Upaya (OKU) seperti di bawah :

   i.Kemudahan pelekat kereta OKU percuma ini diperluaskan kepada OKU seluruh Negeri Pulau Pinang.

  ii.Jika pelekat percuma ini  hilang, bayaran sebanyak RM30.00 akan dikenakan terhadap pemohon yang ingin 
    mendapatkan pelekat ganti yang baru.  Sehubungan itu, syarat sebelumnya di mana pemohon diminta
    mengemukakan salinan report polis adalah dibatalkan.

  iii.Definisi penjaga diperluaskan asalkan penjaga tersebut dapat menunjukkan bukti bahawa beliau menjaga dan
     tinggal dengan OKU dengan syarat alamat penjaga hendaklah sama dengan alamat OKU.

Dengan Klausa tambahan iaitu :

  i.Direktorat Penguatkuasaan tidak akan mengenakan kompaun kepada kenderaan yang mempunyai pelekat
    Tempat Letak Kereta percuma OKU yang dikeluarkan oleh MPPP yang diletakkan di Tempat Letak Kereta OKU
    di kawasan MPSP.

 

2.PERLANJUTAN WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER BAYARAN MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

Dimaklumkan perkhidmatan kaunter bayaran Majlis Perbandaran Seberang Perai akan dilanjutkan waktu perkhidmatannya hingga jam 8.30 malam pada 30 Ogos 2012 (Khamis) untuk memberi kemudahan kepada seluruh penduduk Seberang Perai membuat sebarang urusan bayaran sebelum berakhir bulan bayaran cukai taksiran.

 

3.SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Dimaklumkan bahawa pada 31 Ogos 2012 (Jumaat) adalah Hari Kemerdekaan dan merupakan Hari Kelepasan Am. 
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 kepada semua warga Seberang Perai.  Jadi sama – samalah kita menjaga dan menghargai keamanan, keharmonian dan yang paling penting kebebasan yang kita kecapi sekarang.

 

4.NOTIS E CUKAI TAKSIRAN UNTUK PENGGAL KEDUA 2012

Di sini, saya memaklumkan bahawa pada 1 September 2012, Notis E sebanyak RM10.00 akan dikenakan ke atas pembayar cukai yang masih gagal menjelaskan cukai taksiran dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pemilik harta diminta menjelaskan tunggakan dalam tempoh lima belas (15) hari bagi mengelakkan harta dari disita.

 

5.JAMUAN RAYA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

Sukacita dimaklumkan, MPSP akan mengadakan Jamuan Raya Majlis Perbandaran Seberang Perai pada  12 September 2012 (Rabu) bermula jam 2.00 – 5.00 petang.  Justeru, saya dengan berbesar hati ingin menjemput semua yang berada di dalam Dewan Kenanga ini untuk sama-sama hadir dan memeriahkan majlis tersebut.
 


6.PELANCARAN PROJEK PERINTIS BUDGET RESPONSIVE GENDER (BRG)   PPR AMPANGAN

Sukacita dimaklumkan, Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan kerjasama Penang Women’s Development Corporation (PWDC) dan AJK LA 21 PPR Ampangan akan mengadakan Pelancaran Projek Perintis Budget Responsive Gender (BRG) PPR Ampangan pada 9 September 2012 (Ahad) jam 3.00 petang, bertempat di Dewan Orang Ramai PPR Ampangan, Permatang Pauh, SPT.

 

7.SENAMROBIK BERSAMA MPSP DI TAMAN TUNKU SEBERANG JAYA

Sukacita di sini, saya ingin memaklumkan bahawa program Senamrobik Bersama MPSP akan diadakan pada 9 September 2012 (Ahad) bertempat di Taman Tunku, Seberang Jaya, jam 7:30 pagi. Justeru, saya menjemput semua yang berada di sini dan juga seluruh Warga Seberang Perai untuk turut bersama-sama MPSP, menjaga kesihatan disamping mengeratkan lagi hubungan antara MPSP dan orang ramai. Sebagai makluman, MPSP juga turut menyediakan Kaunter Bayaran Bergerak, Pemeriksaan Kesihatan percuma dan edaran risalah-risalah perkhidmatan MPSP untuk pengetahuan orang ramai.

 

8.SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
Dimaklumkan juga bahawa pada 16 September 2012 (Ahad) merupakan Hari Malaysia bagi memperingati pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Justeru, 17 September 2012 (Isnin) yang berikutnya merupakan Gantian Hari Kelepasan Am.

 

SEKIAN, TERIMA KASIH.

 

 


 

PEMBERITAHUAN : PERKHIDMATAN KAUNTER BERPUSAT DAN JADUAL KUTIPAN SAMPAH

Sempena cuti Hari raya Aidilfitri yang akan menjelang, terdapat makluman tambahan untuk disampaikan kepada para pelanggan & penduduk seluruh Seberang Perai berkaitan : 

a. Perkhidmatan Kaunter Berpusat

    18/08/2012 (Sabtu)       - Kaunter Berpusat, IbuPejabat MPSP akan beroperasi bermula jam 8.30 pagi - 12.30 tengahari.

    19-21/08/2012              - Kaunter Berpusat akan ditutup bersempena Cuti Hari raya Aidilfitri

    22-24/08/2012              - Kaunter Berpusat akan beroperasi seperti biasa bermula jam 7.30 pagi - 5.30 petang

    25-26/08/2012 (Sabtu & Ahad) - Kaunter Berpusat akan beroperasi bermula jam 8.30 pagi - 12.30 tengahari.

    30/08/2012 (Khamis)    - Kaunter Berpusat akan melanjutkan tempoh operasi sehingga jam 8.30 malam bagi hari terakhir bayaran cukai setengah  tahun kedua.  

 

b. Jadual Kutipan Sampah

     18/08/2012 (Sabtu) - Kutipan sampah akan dibuat untuk dua shift iaitu :

                                          a. 8.00 pagi - 4.00 petang

                                          b. 5.00 petang - 12.00 malam

     19/08/2012 (Ahad) - 2.00 petang - 12.00 malam 

 

 

CABUTAN KERJA UNDIAN KALI KELAPAN BIL. 8/2012

Adalah dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan Cabutan Kerja Undian Kali Kelapan bagi tahun 2012.(Sila Klik untuk maklumat lanjut)