PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KEMPEN TANDAS BERSIH MPSP(KATEGORI PASARAYA) 2012 DI PASARAYA GIANT, PRAI

MPSP ( Urusetia Jabatan Perkhidmatan Kesihatan ) akan mengadakan Pertandingan Mewarna sempena Kempen Tandas Bersih MPSP(Ketegori Pasaraya) 2012 di :-

Tempat : Ruang Legar Pintu Masuk Pasaraya GIANT, Prai
Tarikh : 19 MEI 2012(SABTU)
Jam : 12.00 tengah hari - 2.00 petang

Penyertaan adalah PERCUMA.

Peserta(anak-anak) dikehendaki membawa peralatan melukis.

Hadiah akan diberikan kepada 6 penyertaan terbaik mengikut 2 kategori iaitu Kategori 3-6 tahun dan Kategori 7-12 tahun.

Kepada yang berminat bolehlah mendapatkan borang dari Urusetia Program, Tingkat 7,  Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, MPSP Perda.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Rozita Ismail di sambungan 551.

Selain itu, ada pameran dari Jabatan Alam Sekitar, IWK, Peralatan Tandas oleh Syarikat Coway, Pemeriksaan Kesihatan ( BMI ) dan Kempen Tak Nak Merokok oleh Pejabat Kesihatan, Kaunter Informasi Ubat oleh Klinik Bukit Minyak.

Kehadiran tuan/puan bersama anak-anak amat dialu-alukan.

 

SENAMROBIK BERSAMA MPSP

Adalah dimaklumkan bahawa MPSP akan mengadakan program SENAMROBIK BERSAMA MPSP pada:

Tarikh    : 20 Mei 2012 (Ahad)

Masa     : 7:30 pagi

Tempat : Taman Tugu Kota Demokrasi Bagan, Jalan Ampang Jajar
               (Antara Taman Cantik dan Kawasan Perindustrian Ringan Mak Mandin)

Semua penduduk Seberang Perai dijemput hadir untuk memeriahkan program berkenaan.

PERKHIDMATAN ONLINE MPSP TERGENDALA (18/05/2012)

Perkhidmatan Online MPSP akan tergendala pada 18 Mei 2012 bermula jam 12.15 tengahari sehingga 2.45 petang untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Sebarang kesulitan yang timbul harap maaf.

 

 

PROGRAM MESRA RAKYAT PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara akan mengadakan:

Program : PROGRAM MESRA RAKYAT PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA TAHUN 2012

Tarikh    : 12 Mei 2012 (Sabtu)

Masa     : 8.00 pagi

Tempat : Pasar Awam Penaga, Kepala Batas.

Pelbagai pameran dari pelbagai Agensi Kerajaan akan diadakan dan Pasukan LA 21 MPSP akan turut serta dalam menjayakan program ini. Semua penduduk Seberang Perai adalah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan lagi program ini. Sekian, harap maklum.

 


PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA (BIL. 6/2012)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)