PEMBERIAN GANJARAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT BAGI MENCEGAH KEKOTORAN

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah meluluskan pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat bagi mencegah kekotoran melalui Majlis Penuh Ke-446 Bil. 4/2013 pada 29hb. April 2013.

 

Ganjaran sebanyak RM 100.00 akan diberikan kepada warganegara Malaysia yang mempunyai maklumat dan bukti tentang aktiviti  pembuangan sampah dengan cara yang tidak betul di tempat-tempat awam seperti di atas, di bahu dan di hujung jalan dan lorong belakang,   mana-mana bahagian tanah lapang dan padang permainan.

 

Syarat terhadap pemberian ganjaran adalah seperti berikut :-

 

i.Mengemukakan bukti kukuh kesalahan seperti maklumat lengkap pelaku kesalahan, waktu kesalahan serta disokong dokumen lain seperti foto / gambar dan negatif. Bagi gambar yang diambil dengan mengguna kamera digital, gambar bukti kejadian hendaklah disimpan dalam memori kamera.  Bagi rakaman video, bukti kejadian hendaklah disimpan dalam memori alat perakam video tersebut.

ii.Mengemukakan maklumat sendiri dengan lengkap bagi tujuan pembayaran serta mudah dihubungi apabila diperlukan.

iii. Pengadu perlu melengkapkan borang maklumat pembuangan sampah haram.

iv.Sekiranya Majlis menerima maklumat melebihi daripada satu sumber berkaitan kes yang sama, maka maklumat yang terdahulu dan lengkap akan diterima pakai.

 

Borang maklumat  boleh diserahkan kepada MPSP melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran,  Majlis Perbandaran Seberang Perai, Tingkat 2,  Jalan Perda Utama,  Bandar Perda,  14000 Bukit Mertajam  atau melalui email kepada pegawai-pegawai seperti berikut:-

 

NAMA PEGAWAI

NO. TELEFON

EMAIL

Ir HJH ROSNANI BT HJ MAHMOD

Pengarah Perkhidmatan Perbandaran

013-4751866

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MOHD PUAD BIN HAMID

Pen. Pengarah Perkhidmatan Perbandaran

013-4364346

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 Klik untuk muat turun borang (Borang)

 

  • Maklumat pengadu di rahsiakan
  • Ganjaran sebanyak RM100.00 bagi setiap maklumat kesalahan yang di kemukakan.

JEMPUTAN KE ASIAN REGIONAL CONFERENCE- GENDER RESPONSIVE BUDGETING(GRB) NARRATIVES: TRANSFORMING INSTITUTIONS, EMPOWERING COMMUNITIES

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang(Penang Women Development Corporation) dengan usahasama pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Wanita Bangsa-Bangsa Bersatu(UN Women) akan menganjurkan ASIAN REGIONAL CONFERENCE- GENDER RESPONSIVE BUDGETING(GRB) NARRATIVES: TRANSFORMING INSTITUTIONS, EMPOWERING COMMUNITIES pada 24 – 25 Februari 2014 di Bayview Hotel Georgetown Penang.

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Penganjur dengan ini menjemput orang ramai yang berminat untuk mendaftar sebagai peserta ke persidangan tersebut. Keutamaan akan diberi kepada orang ramai yang terlibat dalam Bajet Responsif Gender(BRG) - satu pendekatan dalam membuat bajet dan dasar yang mengambil kira keperluan yang berbeza oleh kelompok masyarakat yang berlainan terutamanya dalam perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.

Borang pendaftaran boleh diperolehi secara online, di www.grb-pwdc.org.my. Untuk maklumat lebih, boleh menghubungi PWDC GRB CONFERENCE, TG6 & TG7 Tingkat 47, KOMTAR, Penang: Tel : 04-2612835/04-2615261, Faks: 04-2612839, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., Laman Web: www.grb-pwdc.org.my

PANDUAN TERBARU UNTUK PENDAFTARAN PATIL LESEN ANJING BERMULA TAHUN 2014

PANDUAN UNTUK WARGA SEBERANG PERAI MENGENAI PERATURAN DAN PROSEDUR MEMBUAT LESEN ANJING BAGI DAERAH SEBERANG PERAI

SYARAT-SYARAT

  1. Anjing yang berusia melebihi 3 bulan wajib dilesenkan oleh pemilik.
  2. Anjing dilarang sama sekali dibela di kawasan pangsapuri @ flat.
  3. Anjing tidak boleh dibela di luar premis. Pemilik mesti memastikan anjing berada di dalam premis dan tidak membiarkan anjing berkeliaran di luar premis tanpa pengawasan pemilik. Pihak MPSP berhak menangkap anjing pemilik yang dibiarkan di luar premis.
  4. Pemilik hendaklah memastikan najis anjing dilupuskan dengan sempurna serta merawat anjing dengan baik apabila anjing menghidap penyakit dan tidak menimbulkan kacauganggu kepada jiran dan kawasan sekeliling.
  5. Lesen anjing hendaklah sentiasa dipakaikan pada leher anjing pada setiap masa dan waktu.
  6. Jika tidak mematuhi sebarang syarat-syarat di atas pihak MPSP berhak megambil tindakan undang-undang di bawah U18 Undang-undang Kecil Kawalan Anjing MPSP 1982 kepada pemilik anjing.

 

PANDUAN PERMOHONAN LESEN

  1. Lesen anjing boleh dibuat di tiga cawangan pejabat MPSP. Bagi kawasan SPU di MPSP Kg. Jawa, bagi kawasan SPT di MPSP Bandar Perda, dan bagi kawasan SPS di MPSP Jawi.
  2. Tidak perlu membawa sebarang gambar anjing atau gambar pemilik.
  3. Pemilik anjing hanya perlu mengisi borang yang disediakan di kaunter permohonan lesen anjing dan lesen anjing boleh didapati pada hari yang sama.
  4. Kepada sesiapa yang hendak menolong mendaftarkan anjing bagi pihak lain hendaklah membawa sekali salinan IC/ kad pengenalan pemilik anjing tersebut bagi pengesahan maklumat.
  5. Setiap lesen anjing bernilai RM10 dan hanya sah untuk seekor anjing selama satu tahun. Sekiranya pemilik memiliki lebih daripada seekor anjing, pemilik hendaklah membayar harga lesen bagi setiap ekor anjing yang dimiliki.
  6. Lesen anjing akan tamat pada penghujung bulan Disember setiap tahun dan hendaklah diperbaharaui mulai bulan Januari setiap tahun.

 

Untuk muat turun Borang Kemaskini Maklumat Pemilik Anjing Di Seberang Perai, sila klik disini.