JADUAL KUTIPAN SAMPAH PUKAL DAN DOMESTIK SEMPENA TAHUN BARU CINA 2017

Adalah dimaklumkan bahawa jadual dan perkhidmatan kutipan sampah domestik dan pukal akan mengalami penambahan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017. Perubahan jadual kutipan akan berlaku seperti ketetapan berikut;

1. SAMPAH PUKAL

MPSP akan memberi perkhidmatan kutipan sampah pukal mulai 20 Januari 2017 sehingga 29 Januari 2017. Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan tambahan kepada perkhidmatan sediada.

Penduduk boleh menghubungi pegawai kawasan bagi mendapat perkhidmatan kutipan atau boleh meletakkan bersebelahan dengan tong komunal berdekatan bagi tujuan kutipan. Senarai pegawai kawasan adalah seperti di Lampiran 1.

2. SAMPAH DOMESTIK

    i. Tong Komunal
       - 26, 27 & 28 Januari 2017
       Kutipan akan dibuat sebanyak dua (2) kali sehari yang melibatkan kutipan dari tong komunal (Tong RORO, Tong CU dan Tong MGB) yang mempunyai kapasiti sampah yang tinggi iaitu dengan  ketetapan:

       Kutipan pertama : 7.00 pagi hingga 1.00 petang
       Kutipan kedua : 3.00 petang hingga 8.00 malam.

    ii. Tong Individu
       - Kutipan sampah akan dijalankan mengikut jadual biasa sepanjang minggu sehingga hari perayaan.

       Nota: Jadual A : Isnin, Rabu, Jumaat
               Jadual B : Selasa, Khamis, Sabtu


3. Penambahan Tong RORO di Pasar Awam

Bagi memudahkan masyarakat membuang sampah pukal seperti perabut lama, tilam, bantal dan sebagainya, pihak MPSP telah menambah bilangan tong RORO di beberapa Pasar Awam yang sering menjadi hotspot pembuangan sisa semasa musim Perayaan Tahun Baru Cina mulai 18 Januari 2017.

Antara Pasar Awam yang terlibat adalah seperti berikut:
 

BIL.

NAMA PASAR AWAM BILANGAN DAN JENIS TONG

TONG SEDIADA

TAMBAHAN

JUMLAH

1. Pasar Awam Kampung Baru 1 (RORO) 1 (RORO) 2 (RORO)
2. Pasar Awam Taman Selamat 1 (RORO) 1 (RORO) 2 (RORO)
3. Pasar Awam Taman Sri Rambai 1 (RORO) 1 (RORO) 2 (RORO)
4. Pasar Awam Bandar Tasek Mutiara 1 (RORO) 1 (RORO) 2 (RORO)
5. Pasar Awam Taman Merak 3 (MGB 660 Lt) 1 (RORO) 3 (MGB 660 Lt)
1 (RORO)

Adalah diharapkan agar semua masyarakat akan bekerjasama bagi menjaga kebersihan dengan membuang semua sisa mengikut prosedur dan ketetapan yang telah dinyatakan.

 

Senarai Pegawai Bertugas


Penyelaras:

En Muhammad Aidil Bin Samsuri : 019-4451764
En Mohd Naim Bin Mohd Ali : 013-4883851

 

KAWASAN

NAMA PEGAWAI & NO.TELEFON

Depoh Kepala Batas

PPKP Faris Zaki  Basri

013-2005074

PKAK Mohd Tahir  Othman

012-4740526

PKA Khairul Nizam Abd Hamid

018-4671490

PKA Ghuzaimi Harun

011-10702827

PP Mohd Afiq  Kamal

017-4887004

Depoh Padang Cempedak

PPKP Rajeswary A/P Subramani

011-12192708

PKAK Ahmad  Abdul Rahman

012-4750523

PP Ramli  Ahmad

013-5352067

PP Aslahusni Ahmad

017-9694063

PP Hafizah Mohamad Shukri

013-3001705

Depoh Bagan Lalang

PPKP Siti Nur Azani  Azizan

019-2593317

PKAK Mohd Sabri  Sidek

019-4740535

PKA Zaini  Abd Rashid

019-4506946

PP Siti Aminah Abdullah

018-4087011

PP Nur Syuhada Zainal Anuar

012-4800851

PP Ahmad Fadhli Abdul  Jamil

012-5194488

PP Muhammad Roslizan Md Rodzi

016-6375921

Depoh Ampang Jajar

PPKP Mohd Norazizul  Sahabdin

013-3041331

PKAK Mohd Fauzi Johari

017-4669306

PKA Kumar A/L Packiri

012-4740519

PKA Zool Hilmi Roslan

019-4816161

PP Nornadiah Abd Rasiad

019-5597890

PP Syakirah Md Hassan (cuti bersalin)

017-4595008

Depoh Berapit

PPKP Zairomzi  Nayan

019-4714691

PKAK Murugiah a/l Muniandy

012-4984545

PP Vishalini A/P Suppiah

016-4114045

PP Baharuddin Mansor

012-5650696

PP Jafri Hamdan

012-4122962

PP Norhasri Nor Rashid

013-5226510

PP Ahmad Suhairi Sidek

016-4485393

Depoh Jalan Betik

PPKP Fatin Thaniah  Ramli

013-4801949

PKAK Mohd Awaludin  Mustafa

012-4677354

PKA Zulkifli Bin Baharin

012-2881516

PP Mohamad Nazlan Ahmad

019-4215027

PP Mohd Anas Muslim

019-5015187

PP Mohd Syahir Rosli

017-5932319

PP Mohd Zabani Mohd Zahir

019-4008261

Depoh Asas Murni

PPKP Norshahada  Ramli

013-2648642

PKAK Azhar  Abu Bakar

012-4740507

PKA Muhamad Razizi Hassan

011-24135334

PP Thilageswary Nagappan

016-4718409

PP Mohd Sukeri Ahmad Mansor

019-5442414

PP Samiah Mat Isa

019-4755692

PP Muhamad Aiman Mohd Noor

016-4586745

PP Norkasniza Mat Kasa

013-5152307

Depo Jawi

PKAK Ho Kun Thong

019-4528583

PKA Sundram A/L Vegadeson

017-4248332

PKA Mohd Haniba Ibrahim

016-4310166

PP Sugan Raj Ravandar

017-4605567

PP Yogeswaary Marimuthu

012-4881090

PP Muhammad Rafiie Him

013-4749534

SEBUTHARGA KAFETERIA IBU PEJABAT MPSP BANDAR PERDA DAN PEJABAT CAWANGAN MPSP JALAN BETEK, SPT

DIMAKLUMKAN BORANG SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENGURUS DAN PENYEDIAAN MAKANAN BERMASAK UNTUK KAFETERIA IBU PEJABAT MPSP, BANDAR PERDA, BUKIT MERTAJAM DAN KAFETERIA PEJABAT CAWANGAN MPSP, JALAN BETEK, BUKIT MERTAJAM BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER BERPUSAT (KAUNTER 12) BERMULA 3 JANUARI 2017, MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI, JALAN PERDA UTAMA DAN JUGA DI PEJABAT CAWANGAN MPSP, JALAN BETEK, SPT PADA WAKTU PEJABAT.

TARIKH TUTUP PADA 31 JANUARI 2017. MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI PENOLONG SETIAUSAHA 1 PUSPANITA DI TALIAN 04-5497761.

SEKIAN, HARAP MAKLUM.

PENYEWAAN KOMPLEKS MAKANAN MPSP YANG TERLETAK BERSEBELAHAN KOMPLEKS SUKAN BERTAM, MUKIM 6, SEBERANG PERAI UTARA

gam1

gam2

pelanlokasi

gam3

 

SYARAT-SYARAT SEWAAN KOMPLEKS MAKANAN MPSP YANG TERLETAK BERSEBELAHAN KOMPLEKS SUKAN BERTAM, MUKIM 6, SEBERANG PERAI UTARA


(i)Permohonan ini terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas atau syarikat-syarikat yang berminat dan hendaklah tidak berstatus muflis;

(ii)Pemohon-pemohon yang layak bolehlah memohon secara bertulis (tiada borang disediakan) kepada MPSP untuk menyewa kompleks makanan MPSP bersebelahan Kompleks Sukan Bertam,  Mukim 6, Seberang Perai Utara dengan menyatakan kadar sewaan, tujuan sewaan, tempoh sewaan dan jumlah pelaburan yang akan dibelanjakan bagi tujuan permohonan ini;

(iii)Tiap-tiap pemohon mestilah menyerahkan permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani serta diletakkan ke dalam satu sampul surat yang dimateraikan. Permohonan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti menerima permohonan yang disediakan di Kaunter Berpusat MPSP bermula pada 6 Januari 2017 hingga 6 Februari 2017 (sebelum jam 12 tengahari).

(iv)Setiap pemohonan perlulah mencatitkan perkataan ’Permohonan Untuk    Menyewa Kompleks Makanan MPSP Bersebelahan Kompleks Sukan Bertam,  Mukim 6, Seberang Perai Utara’ di atas sebelah kiri sampul surat permohonan;

(v)MPSP dan Pihak Berkuasa Negeri berhak menerima atau menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan apa-apa alasan kepada mana-mana pemohon atau mana-mana pihak;

(vi)Pemohon yang berjaya akan hanya ditawarkan penyewaan kompleks makanan MPSP bersebelahan Kompleks Sukan Bertam, Mukim 6, Seberang Perai Utara setelah MPSP dan Pihak Berkuasa Negeri memberikan kelulusan tertakluk kepada syarat-syarat;

(vii)Kadar sewa rezab yang ditetapkan ialah RM 5,400 sebulan + GST untuk tiga (3) tahun yang pertama. Kadar sewaan akan dinaikkan sebanyak 10% untuk tempoh sewaan dua (2) tahun selanjutnya. Pemohon dikehendaki menawarkan kadar sewa yang menyamai kadar sewa rezab atau melebihi kadar sewa rezab;

(viii)Tempoh sewaan ialah tiga (3) tahun dan dengan opsyen untuk melanjutkan sewaan selama dua (2) tahun. Opsyen penyewaan adalah kepada MPSP;

(ix)Jenis kegunaan premis yang disewakan adalah seperti berikut:-
    a)Pejabat
    b)Pusat sukan
    c)Kolej / Institusi pendidikan / pusat pendidikan
    d)Hotel / motel
    e)Restoran

(x)Permohonan penyewaan ini adalah tertakluk kepada konsep “As Is Where Is Basis”. Segala kos pembaikan, kos penyenggaraan dan lain-lain kos yang berkaitan adalah di bawah tanggungjawab pemohon yang berjaya;

(xi)Bayaran sewaan hendaklah dijelaskan di awal bulan sebelum 7 haribulan;

(xii)Bayaran deposit sewaan adalah bersamaan 3 bulan sewa + GST + bayaran deposit elektrik dan air  sebanyak RM1,000 hendaklah dibayar sebaik sahaja menerima tawaran sewaan MPSP;

(xiii)Bayaran deposit ini akan dipulangkan semula kepada pemohon yang berjaya tanpa faedah selepas tamatnya tempoh sewaan atau apabila berlaku penamatan awal dan selepas ditolak apa-apa hutang yang tertunggak kepada MPSP. Walau bagaimanapun, pemulangan bayaran deposit ini adalah turut tertakluk kepada klausa (xxvi). Pemohon yang berjaya juga dikehendaki menambah bayaran deposit sewaan di setiap tempoh opsyen lanjutan sewa;

(xiv)Caj denda lewat sebanyak 10% daripada bayaran sewa bulanan akan dikenakan sekiranya terlewat membayar selama 1 bulan dan kadar 20% daripada bayaran sewa bulanan akan dikenakan sekiranya lewat membayar selama 2 bulan;

(xv)Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan segala bil air, elektrik dan bil-bil utiliti lain yang berkaitan dengan penggunaan di atas premis yang disewakan dan mengemukakan salinan resit-resit bayaran bil yang berkaitan setiap tiga (3) bulan kepada MPSP;

(xvi)Pemohon yang berjaya hendaklah dalam masa selewat-lewatnya satu (1) bulan daripada tarikh penerimaan tawaran mengemukakan pelan-pelan pengubahsuaian bangunan untuk pertimbangan dan kelulusan MPSP terlebih dahulu sebelum dibenar menjalankan apa-apa pengubahsuaian bangunan;

(xvii)Bayaran sewa hendaklah mula dijelaskan oleh pemohon yang berjaya selewat-lewatnya dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh penerimaan tawaran sewa atau ketika operasi perniagaan mula beroperasi mengikut mana yang terdahulu;

(xviii)Pemohon yang berjaya hendaklah menyatakan persetujuan menerima tawaran sewa daripada MPSP dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh surat MPSP dikeluarkan. Pemohon yang berjaya dianggap menolak tawaran jika gagal menyatakan persetujuan menerima tawaran sewa dalam jangkamasa yang ditetapkan;

(xix)Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan menyerah, menyewa kecil atau melepaskan mana-mana bahagian premis yang disewakan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada MPSP;

(xx)Pemohon yang berjaya hendaklah membenarkan pegawai-pegawai, kakitangan atau agen MPSP pada masa-masa yang munasabah memasuki dan memeriksa premis yang disewa;

(xxi)Pemohon yang berjaya dikehendaki menyerahkan keseluruhan premis yang disewa serta apa-apa pengubahsuaian dan pembangunan yang telah dilaksanakan kepada MPSP selepas tamatnya tempoh sewaan atau apabila berlaku penamatan awal tanpa menuntut apa-apa pampasan;

(xxii)Pemohon yang berjaya dikehendaki menyediakan meter yang berasingan untuk bekalan elektrik dan air ke premis yang disewa. Segala kos mengenainya hendaklah ditanggung oleh pemohon yang berjaya;

(xxiii)Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan mendirikan apa-apa struktur binaan berhala atau tokong di atas tapak yang disewa;

(xxiv)Mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian sewaan ini dengan memberi pihak satu lagi 3 bulan notis secara bertulis;

(xxv)MPSP berhak menamatkan perjanjian sewaan ini tanpa memberi sebarang notis sekiranya bayaran sewaan premis berkenaan tidak dibayar selama 2 bulan;

(xxvi)MPSP berhak menamatkan sewaan dengan lebih awal serta merampas sepenuhnya kesemua bayaran deposit yang dibayar oleh pemohon yang berjaya sekiranya dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh penerimaan tawaran, kerja-kerja pengubahsuaian dan pembangunan di atas premis yang disewa masih belum siap sepenuhnya dan pemohon yang berjaya masih belum menjalankan operasi perniagaan. Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan menuntut apa-apa gantirugi daripada MPSP atau Pihak Berkuasa Negeri dan hendaklah secara aman menyerahkan premis yang disewakan serta apa-apa pengubahsuaian dan pembangunan kepada MPSP;

(xxvii)Pemohon yang berjaya dikehendaki memperolehi lesen yang berkaitan dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi atau jabatan-jabatan yang mengawalselia aktiviti-aktiviti perniagaan pemohon yang berjaya;

(xxviii)Pemohon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian sewaan dengan MPSP dan menanggung sepenuhnya kos penyediaan perjanjian serta kos-kos lain yang berkaitan dengannya; dan

(xxix)Syarat-syarat lain sewaan yang akan ditentukan oleh MPSP.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN TENDER - TARIKH AKHIR BANTAHAN 27 DISEMBER 2016 & TARIKH AKHIR PAPARAN (11 JANUARI 2017)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

PROMOSI CUKAI PINTU TAHUN 2017 & BERPELUANG MEMENANGI HADIAH CABUTAN BERTUAH

 cabutanb2017
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pembayar cukai taksiran yang membayar KESELURUHAN CUKAI TAHUNAN 2017 BERSERTA TUNGGAKAN mulai 1 DISEMBER 2016 HINGGA 28 FEBRUARI 2017 akan menerima cenderahati ‘KUPON LETAK KERETA PERCUMA’ serta LAYAK UNTUK MENYERTAI CABUTAN BERTUAH.
 
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: -
a. Pembayar cukai taksiran mesti membayar keseluruhan cukai setahun 2017 berserta tunggakan (jika ada).
b. Pembayaran mesti dibuat dalam tempoh yang ditetapkan mulai 1 Disember 2016 hingga 28 Februari 2017.
c. Tidak layak bagi pemilik premis yang telah mendapat pelepasan/pengecualian bayaran cukai taksiran untuk tahun 2016 dan 2017 kecuali pemilik premis yang mempunyai tunggakan dengan syarat menjelaskan keseluruhan tunggakan yang ada.
d. Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter MPSP, laman web dan agen-agen yang sah dilantik oleh MPSP iaitu: -
 
1. Kaunter Bayaran MPSP di Jawi, Butterworth dan Bandar Perda
2. Bayaran secara on-line di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my
3. Bayaran di agensi setempat iaitu: -
 
a. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
b. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
c. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
d. Pos Malaysia Berhad termasuk bayaran secara on-line di www.posonline.com.my
e. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
f. Bayaran secara on-line di laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu www.penang.gov.my
e. Bayaran di agen-agen bank iaitu: -
 
(a) Bank Islam (M) Berhad (i) Alliance Bank (M) Berhad
(b) CIMB Bank Berhad (j) Ambank (M) Berhad
(c) Citibank Berhad (k) Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad
(d) HSBC Bank (M) Berhad (l) United Overseas Bank (M) Berhad
(e) Malayan Banking Berhad (m) Affin Bank Berhad
(f) MBF Cards Sdn Bhd (n) Public Bank Berhad
(g) RHB Bank Berhad (o) Bank Muamalat Malaysia Berhad
(h) Bank Simpanan Nasional (p) Agrobank
 
Bagi hadiah cabutan bertuah kali ini, berikut adalah senarai hadiah yang disediakan:
  Hadiah Pertama 1 Unit Mountain Bike KTM Ultra 2.9 (10 Speed)
  Hadiah Kedua 1 Unit Mountain Bike KTM Ultra 1964 Ltd 27.5 (10 Speed)
  Hadiah Ketiga 1 Unit Mountain Bike KTM Ultra 5.65 / 27.5 14" (8 Speed)
  Hadiah Keempat 1 Unit Mountain Bike KTM Ultra 5.65 / 27.5 14" (8 Speed)
  Hadiah Kelima 1 Unit Mountain Bike KTM Ultra 3.9 / 2.9er (9 Speed)
  Hadiah Keenam 1 Unit Mountain Bike KTM Ultra 5.0 26" (8 Speed)
  Hadiah Ketujuh 1 Unit Ipad Air 2
  Hadiah Kelapan 1 Unit Ipad Mini 4
  Hadiah Kesembilan 1 Unit Gintell Magnetic Fitness Bike FT8601
  Hadiah Kesepuluh 1 Unit Panasonic Full HD 200Hz IPS LED TV 43"
  Lain-Lain Hadiah 40 Hadiah Lain berupa mountain bike, basikal, barangan, elektrik, telefon pintar, tablet pc dan perkakasan rumah.
 
Bagi promosi kali ini, MPSP terus mengekalkan kategori tambahan iaitu cabutan bertuah khusus kepada pemilik yang membayar keseluruhan cukai tahunan 2017 berserta tunggakan (jika ada) dan bayaran mestilah dibuat secara ONLINE dalam tempoh yang telah ditetapkan.
 
Sebanyak sepuluh (10) unit telefon pintar jenama Samsung Galaxy A3 disediakan khusus bagi kategori ini.
 
MPSP telah menyediakan cenderahati berupa ‘KUPON LETAK KERETA PERCUMA (KUPON JAM)’ kepada pembayar cukai yang menyertai promosi ini dan ia boleh dituntut di Kaunter Bayaran MPSP di Bandar Perda, Jawi dan Butterworth. STOK KUPON PERCUMA ADALAH TERHAD. Setiap akaun yang layak akan menerima 1 buku kupon letak kereta (kupon jam) sebagai cenderahati.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mpsp.gov.my atau menghubungi di talian 04-5497470/471/697/696/468/790 atau e-mail di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.