CADANGAN UNTUK MEMBUKA PENYEWAAN PREMIS MILIK MBSP DI ATAS LOT 3897, MUKIM 4, TAMAN PENAGA, SPU BAGI TUJUAN KOMERSIAL DAN AKTIVITI - AKTIVITI YANG BERKAITAN - TARIKH TUTUP 28 APRIL 2025

Cadangan untuk membuka penyewaan premis milik MBSP di atas Lot 3897, Mukim 4, Taman Penaga, SPU bagi tujuan aktiviti komersial dan aktiviti - aktiviti yang berkaitan bermula pada 28 Mac 2025 sehingga 28 April 2025 (sebelum jam 12.00 tengahari):

NO
TAWARAN CADANGAN
DOKUMEN
     
1)
Cadangan Untuk Membuka Penyewaan Premis Milik MBSP Di Atas Lot 3897, Mukim 4, Taman Penaga, SPU.
     

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA - TARIKH AKHIR BANTAHAN (19 MAC 2025) & TARIKH AKHIR PAPARAN (02 APRIL 2025)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

PENGUMUMAN KEPUTUSAN TENDER - TARIKH AKHIR BANTAHAN (19 MAC 2025) & TARIKH AKHIR PAPARAN (02 APRIL 2025)

Senarai Kontraktor Yang Berjaya (Klik Untuk Lihat)

TEMUDUGA TERBUKA KOMPLEKS MAKANAN (25 MAC 2025) DAN PASAR AWAM (26 MAC 2025) MBSP

Pemberitahuan Temuduga Terbuka Kompleks Makanan dan Pasar Awam (Sila Klik)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 04 - 5497749 / 04 - 5497685 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

KENYATAAN MEDIA KEGIATAN PENIPUAN OLEH SCAMMER YANG MENYAMAR SEBAGAI “DEBT COLLECTOR” YANG DILANTIK OLEH MBSP UNTUK MENGUTIP BAYARAN CUKAI TAKSIRAN - 11 MAC 2025

MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI
KENYATAAN MEDIA
11 MAC 2025

KEGIATAN PENIPUAN OLEH SCAMMER YANG MENYAMAR SEBAGAI “DEBT COLLECTOR” YANG DILANTIK OLEH MBSP UNTUK MENGUTIP BAYARAN CUKAI TAKSIRAN
 
Baru - baru ini, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah menerima aduan mengenai penyamaran (scammer) sebagai “Debt Collector” yang dilantik oleh MBSP untuk mengutip bayaran cukai taksiran. Kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah mengganggu usaha - usaha MBSP untuk mengutip tunggakan cukai taksiran.
 
MBSP telah melantik “Debt Collector” untuk mengutip tunggakan cukai taksiran sejak tahun 2010 hingga kini. Terdapat lima (5) syarikat yang dilantik untuk tempoh 2 tahun iaitu dari 3 Oktober 2022 hingga 2 Oktober 2024. Antara syarat yang termaktub dalam perjanjian adalah kakitangan syarikat tidak dibenarkan untuk menerima sebarang bayaran dari pemilik premis bagi pihak MBSP.
 
Namun begitu, penyebaran maklumat berkaitan pelbagai program berkaitan cukai taksiran di media sosial telah menarik perhatian scammer di luar sana untuk menjalankan aktiviti penipuan dengan menyamar sebagai “Debt Collector” yang dilantik oleh MBSP.
 
Sehubungan itu, pihak MBSP ingin menasihatkan pembayar cukai, pemilik premis dan orang ramai supaya lebih berwaspada dan berhati - hati dengan taktik scammer ini agar tidak mudah tertipu dengan kegiatan yang makin berleluasa. Sila dapatkan kepastian atau mengesahkan maklumat dengan MBSP dan membuat aduan kepada MBSP atau PDRM terlebih dahulu sekiranya ada pihak - pihak tertentu yang meminta bayaran ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh MBSP.
 
MBSP juga memberi amaran kepada scammer bahawa tindakan tegas akan diambil termasuk tindakan undang - undang. Kerjasama masyarakat amat diperlukan untuk membanteras jenayah penipuan ini. Bersama kita membanteras scammer dan lindungi hak serta keselamatan kewangan warga Seberang Perai.
 
Sebarang keraguan, boleh menghubungi Bahagian Hasil di talian 04 - 5497 470 / 471 /696 / 697 atau email di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Majlis Bandaraya Seberang Perai
Tarikh : 11 Mac 2025