Tempahan Kemudahan Majlis

Tarikh kemaskini pada

Bagaimana membuat tempahan Dewan & Kompleks Sukan MBSP?


Tempahan kemudahan sukan dan dewan boleh dibuat melalui kaunter berpusat MBSP di Ibu Pejabat MBSP Bandar Perda, Bukit Mertajam. Orang ramai juga boleh membuat tempahan melalui tempahan online di laman web MBSP iaitu
Sistem e - Tempahan
.


Borang Tempahan Dewan & Komples Sukan MBSP

Syarat - syarat Penyewaan Dan Penggunaan Dewan & Komples Sukan MBSP


Lain - lain (Sila Klik)

 
Berapa harikah yang diperlukan oleh pemohon untuk menghantar borang permohonan sebelum dapat menggunakan kemudahan yang diperlukan?

Permohonan penggunaan kemudahan hendaklah dibuat tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan.
 
Bagaimana memohon peralatan gotong - royong?

Orang ramai boleh memohon menggunakan peralatan untuk kerja - kerja gotong - royong di tempat - tempat awam, kawasan kampung dan taman perumahan. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Rukun Tetangga / Persatuan Penduduk / MPKK / pertubuhan / persatuan sukarela kepada Pengarah Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam.  Surat permohonan hendaklah mempunyai maklumat seperti berikut :

  • Tarikh, Masa dan Tempat  perlaksanaan gotong - royong
  • Jenis dan jumlah peralatan yang diperlukan
  • Jumlah peserta yang akan terlibat semasa gotong - royong
  • No. telefon orang yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat


Surat permohonan hendaklah diterima oleh Majlis dalam tempoh 1 minggu sebelum tarikh gotong - royong.
 

Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui laman web Sistem Tempahan Gotong - Royong.


Pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dibuat melalui talian 04 - 5497658 (Encik Putera) atau email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 
Bagaimana tempah kebudayaan?


Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan khidmat kumpulan tersebut bolehlah membuat pertanyaan atau semakan tempahan melalui talian 04 - 5497486 (Puan Roslenda), 04 - 5305685 (En. Ahmad Hizamry) atau email  ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.